Pagi ni Kak Sue tak sempat nak berserapan sebab malam tadi sibuk mengemas barang. Dijangkan kami semua akan menaiki keretap EuroStar ke Paris. Selepas siap semuanya Kak Sue pun turun ke lobby untuk chek-out dari Hotel. Ikut perancangan kami kena bertolak ke stesyen keretapi pada pukul 7 pagi kerana takut bas terperangkap dalam jem. Tapi terlewat juga gerak. Perjalanan ke stesyen tak mengambil masa yang lama. Kurang dari setengah jam dah sampai. Sampai saja ke stesyen keretapi. Mr. Darren memberitahu kami terpaksa menunggu didalam stesyen kerana perkhidmatan Eurostar menuju ke Paris telah ditunda waktunya kerana ribut salju yang melanda di sempadan Perancis. Jadual baru akan diberitahu nanti.
Masa tu kami tak kisah, semua masuk kedalam stesyen sambil berjalan-jalan melihat kedai-kedai yang terdapat didalam stesyen. Penat berjalan, kami lepak di cafe berdekatan. Tunggu punya tunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari, pihak keretapi membatalkan perjalanan Eurostar ke Paris atas alasan keselamatan. Kesian Mr. Darren terpaksa membuat rancangan lain. Walau apa pun kita kena pergi ke Paris sebab semua tiket dan hotel telah ditempah. Mr. Darren memberitahu syarikat akan cuba mencari Bas pelancong untuk membawa kami ke Paris. Kena lagi tunggu bas pulak.
Sepanjang menunggu ni satu pekara yang Kak Sue nampak adalah orang disini kurang mesra dengan pelancong. Mungkin kerana kulit kita tak sama kot. Dengan selamba saja pekerja cafe disini menghalau kami dari tempat duduk. Disini hanya untuk pelanggan saja katanya. Dia tak nampak ker dah berapa banyak cawan hot chocolate yang kami minum atas meja ni. Tapi malas nak banyak cerita kami beredar saja. Kak Sue nampak ada customer dari orang tempatan selamba saja duduk minum lama-lama. Nak buat macam mana dah negara orang.
Pendek kan cerita, bas pun datang. Dah dekat pukul 4 petang. Bayangkanlah dari pagi sampai petang duduk kat sini. Bayangkanlah. Nasib baik cuaca sejuk kalau panas tentu bermacam-macam baunya. Lega rasanya bila kami semua boleh bergerak ke Paris. Tak kisahlah naik bas atau keretapi janji bergerak.
Perjalanan dari kota London ke sempadan melintasi laut ke Perancis akan mengambil masa 2 jam. Bas bergerak dan terus menuju ke sempadan. Bila hampir saja ke sempadan memang suasana menjadi lain. Salji tebal mula meliputi pemandangan. Dalam bas ni Kak Sue macam-macam dengar cerita dari kawan-kawan lain. Semuanya cerita lawak yang menghiburkan hati. Yalah dah bosan menunggu dari awal pagi. Kami sampai disempadan lebih kurang pukul 6 dan suasana sudah gelap sedikit dan sejuk. Pada mulanya ingat dah boleh naik keretapi (Bas naik atas keretapi tau, kita semua duduk dalam bas atas keretapi). Tetapi diberitahu kenderaan berat 2 tan keatas tidak dibenarkan menyeberangi selat. Kena tunggu kebenaran dari pihak seberang. Jadi kena tunggu lagi sehingga diberitahu. Terpaksalah bas terpaksa pusing semula dan berehat di kawasan R&R yang berhampiran. Menurut Mr. Darren kita kena tunggu sehingga jam 8 malam. Adoi dah lah penat kena tunggu lagi. Terpaksalah duduk dalam bangunan disitu. Apalagi semua duduk tidor jerlah kat mana-mana yang boleh.
Pukul 8 malam, kami pun bergerak semula dan Alhamdullilah bas boleh berlepas. Untuk pengetahuan, tidak perlu cek pasport pun. Pihak imigresyen UK hanya memeriksa secara rawak, kali ni kita tak perlu. Kak Sue tak tahupun bas akan naik atas keretapi. Kak Sue ingat kita kena turun dari bas dan naik keretapi. Memang canggih, bas akan naik diatas gerabak keretapi, kita hanya duduk saja dalam bas. Dalam masa 10 minit saja keretapi terus bergerak melalui terowong bawah laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Alhamdullilah semua selamat dan kami berjaya jejak ke sempadan Perancis. Bas meneruskan perjalanan.Selepas setengah jam perjalanan Bas terperangkap dan tak boleh bergerak kerana jalan ditutup. Kak Sue terus tidur, harap-harap akan bergerak nanti. InsyaAllah.
Pukul 8 malam, kami pun bergerak semula dan Alhamdullilah bas boleh berlepas. Untuk pengetahuan, tidak perlu cek pasport pun. Pihak imigresyen UK hanya memeriksa secara rawak, kali ni kita tak perlu. Kak Sue tak tahupun bas akan naik atas keretapi. Kak Sue ingat kita kena turun dari bas dan naik keretapi. Memang canggih, bas akan naik diatas gerabak keretapi, kita hanya duduk saja dalam bas. Dalam masa 10 minit saja keretapi terus bergerak melalui terowong bawah laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Alhamdullilah semua selamat dan kami berjaya jejak ke sempadan Perancis. Bas meneruskan perjalanan.Selepas setengah jam perjalanan Bas terperangkap dan tak boleh bergerak kerana jalan ditutup. Kak Sue terus tidur, harap-harap akan bergerak nanti. InsyaAllah.
Pagi-pagi lagi dah sampai ke Stesyen keretapi Eurostar.
Masing-masing masih segar dan tak sabar nak meneruskan perjalanan.
Jom kita naik keretapi.
Oh la la...
Kawasan sekitar stesyen keretapi.
Mundar-mandir menunggu masa perjalanan baru ke Paris.
Belum letih lagi. Sempat jalan-jalan disekitar kawasan stesyen.
Semua dah mula rasa letih. Minum dah bercawan-cawan sampai kena halau dengan staff cafe. Tak mesra pelanggan langsung dorang ni.
Bas yang akan membawa kami ke Paris.
Sekitar kawasan imigresyen sebelum bas boleh naik keretapi melintasi laut. Terpaksa pusing balik dan berehat di R&R berhampiran kerana kenderaan berat tidak dibenarkan.
Walaupun kecewa tak boleh bergerak melintasi sempadan, masing-masing masih boleh tersenyum.
Sejuk gila bila hari semakin gelap.
Posing kat R&R di sempadan UK.
Menunggu di R&R berhampiran sempadan UK sementara menunggu kebenaran untuk berlepas dengan keretapi.
Penumpang boleh keluar berjalan-jalan dalam keretapi yang bergerak.
Bayangkanlah bas dua tingkat parking dalam keretapi.
Harap esok pagi kita boleh sampai ke Paris.
No comments:
Post a Comment