Friday, March 29, 2013

London & Paris Travel Log Day 4

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di London. Mengikut rancangan kita akan melawat ke Bicester Outlet Village di pinggir kota London. Kalau sesiapa yang pernah pergi Ke Johor Premium Outlet. Konsepnya sama seperti JPO. Barangan terus dari kilang dengan harga yang lebih murah. Perjalanan dengan menaiki bas akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kak Sue bangun awal pagi ini. Selepas berserapan terus turun turun ke lobi..Bila semuanya sudah bersedia kami pun bergerak menaiki bas pada pukul 8 pagi. Semasa perjalanan Mr. Darren memberi sedikit penerangan mengenai Bicester Outlet Village. Antara tips yang diberi adalah kalau nak beli barang berjenama kena sabar dulu dan Mr. Darren mencadangkan supaya membeli barangan tersebut di Paris saja. Lebih murah katanya. Perjalanan kesana lancar dan kami berada disana lebih kurang pada pukul 10 pagi.

Kak Sue pun tak merancang nak membeli sakan disini cuma kalau ada barangan yang memang betul-betul berkenan saja Kak Sue beli. Dalam fikiran, Kak Sue, dah ada satu dua barang nak lihat. Kalau harganya berpatutan dan menarik baru Kak Sue beli. Selepas sampai saja kami semua turun dari bas, Keadaan cuaca memang lebih sejuk kerana kita berada dikawasan pinggir bandar yang lapang dan kurang pembangunan pencakar laingit..Kita akan berada disini sehingga pukul 5 petang. Jadi boleh guna masa yang panjang untuk melawat setip outlet yang berjenama. Lunch adalah sendiri untuk hari ini mengikut kata Mr. Darren. Setuju sebab kami semua tak ada mood nak makan. Nak shopping saja. Cuaca disini amat sejuk dan berangin dan sesekali ada salji ringan turun bila angin bertiup kuat.

Pada mulanya Kak Sue rasa terlalu lama sangat berada disini dari 11 pagi hingga 5 petang kerana kalau nak diikutkan bukanlah sebesar mana kawasan sini. Lebih kurang keluasan JPO di JB saja. Masa kita orang sampai kebanyakkan kedai masih lagi tutup. Jadi pada awalnya seperti biasa sesi bergambar.Selepas selesai kami mencari kedai minuman untuk minum sebentar. Mr. Darren ada memberi kupon percuma yang diberikan kepada kami yang boleh digunakan untuk makan dan minum. Yang bestnyer ada kupon yang memberikan diskaun VIP. Memang terbaik. Terima kasih kepada Mr. Darren yang bersusah payah mendapatkan kupon-kupon VIP untuk kami semua dari pihak pengurusan outlet. Kupon yang diberikan hanya valid untuk satu hari saja dan tidak dihari lain. Jadi Kak Sue kena fikirkan apa barang yang patut dibeli. Suasana disemua kedai adalah mesra pelanggan dan macam Kak Sue cakap, ingatkan terlalu lama tetapi sebenarnya tak cukup masa. Bukan semua tempat Kak Sue masuk. Pada minit terakhir pun masih lagi nak singgah kedai yang belum pergi.

Kali ini tak banyak gambar yang boleh diambil sebab semua outlet melarang gambar diambil didalam kedai. Ada satu kedai yang Kak Sue masuk, penjualnya berbangsa cina yang boleh berbahasa melayu. Confirm orang Malaysia berdasarkan pelatnya. Dari pengamatan Kak Sue target utama pelanggan disini adalah dikalangan pelancong Asia  (Jepun, China, Malaysia dll) dan Asia barat (negara-negara arab) kerana majoriti outlet ada penjual berbangsa asia. Mungkin kerana faktor harga dan cukai membuat ramai pelanggan dari asia membeli disini. Mengikut Mr. Darren, pencuri juga menjadikan orang Asia sebagai mangsa utama jenayah kerana biasanya orang Asia akan membawa banyak wang semasa melancong ke sini. Tak mengharainkan ramai yang menjadi mangsa. Bagi orang muslim, surau yang selesa disediakan untuk mendirikan solat. Jarang kemudahan surau ada ditempat awam di sini melainkan ada kepentingan.

Jalan punya jalan bila tengok jam dah menunjukkan pukul 5 petang, kami semua berkumpul semula sebelum menaiki bas balik ke hotel. Adalah dalam 3 barang Kak Sue beli iaitu beg, kasut dan aksesori wanita. Lepas balik hotel, Kak Sue rancang nak keluar dengan Aween pergi ke Harrods dan Oxford Street untuk mencari kasut yang dipesan oleh anak Kak Sue.

Mengikut rancangan awal kami semua akan terus ke Restoren Melur untuk dinner bersama. Oleh kerana ini hari terakhir di London, ada permintaan dari kami untuk tidak pergi dinner. Kami nak gunakan masa yang ada untuk pergi shopping. Terima kasih Mr. Darren kerana melayan kerenah kami. Bagi yang nak dinner malam ni bas akan hantar ke Restoren Melur dan bagi yang nak bershopping lagi, bas akan berhenti berhampiran hotel untuk menurunkan kami sebelum terus ke restoren.  Kami sampai ke London semula lebih kurang pukul 7 malam. Dalam 39 penumpang yang ada dalam bas hanya 5 orang saja yang nak pergi dinner termasuk suami Kak Sue.Pesan kami pada mereka habiskan makanan untuk kami tau.

Kak Sue pun hantar barang naik ke Hotel dan turun semula untuk pergi ke Harrods dan Oxford Street bersama Aween. Bila Kak Sue balik jer ke hotel, suami Kak Sue dah tido. Barang-barang dah dimasukkan kedalam bag kecuali barang-barang Kak Sue. Esok kena bangun awal sebab mengikut perancangan kita perlu bergerak dari hotel pada pukul 7 pagi menuju ke stesyen keretapi untuk menaiki EuroStar menuju ke Paris. Kak Sue pun kemas barang yang patut. Selepas selesai gi mandi dan tidur.  

Sampai saja di Bicester Outlet Village, kena tengok beg duit dulu. Pastikan Credit Card ada dan cash mencukupi9. 



Angin kuat sebenarnya kat sini. Kami adalah pelanggan yang paling awal. Kedai pun belum bukak nak menyorok panaskan badan

Ingat nak masuk kedai tapi pintu kuncilah...

Semua kontrol cun kecuali Kak Sue yang dah memang kesejukan yang amat sangat.

Nasib baik ada bangsal ni, boleh menyorok dari angin kejap.

Siapa yang pernah pergi ke JPO di JB, konsepnya lebih kurang sama.

Cehhh Awen berbag-bag belinya.

Jangan sampai ada yang tertinggal sudah.

Suami dah pesan awal, dia nak duduk satu tempat kalau dah siap nanti call.

Lunch hari ni kita makan roti dan kena Coklat panas.

Sekejap berangin kuat dengan salji, kejap tenang semula

Kat sini memang patut beli kasut brand Clarks ni, memang murah dari Malaysia.

Terpaksa beli beg nak bawak barang-barang yang terlebih beli. Ingat beg 30 kilo saja sorang.


Cei.. Cei... Aween, banyak membeli. Jangan mendongak bila berjalan Aween,  pandang kebawah takut nanti tergolek susah.


Esok kami akan bergerak ke Paris... Kak Sue tak sabar nak kesana... Shopping dan jalan-jalan.





1 comment:

  1. More details: london paris travel
    Guide to the best booklets and novels set in Florence bookworms will love. A dash of romance, thriller, travel, & mystery to inspire visits to Italy.

    ReplyDelete