Malam tadi lepas balik makan, dalam pukul 9 malam terus mandi dan tidur kerana penat sangat. Ada juga kawan-kawan yang boleh tahan badan masih sempat keluar minum-minum kopi di Cafe berdekatan. Kak Sue dah tak sedar dah. Oleh kerana badan masih lagi ikut masa Malaysia, pukul 3 pagi dah tersedar. Baring-baring sambil tengok TV sementara tunggu matahari naik. Hotel Holiday Inn sangat selesa dan paling best tak ada asap rokok dalam bilik, bagus untuk Kak Sue tapi hubby merana... Kesian pukul 1 pagi turun lobby hisap rokok. Perokok ni sanggup buat apa saja melepaskan gian. Kak Sue cakap dengan abang, baguslah macam tu boleh berhenti terus. Abang terus bukak pintu turun bawah.
Hari ini boleh dikatakan hari untuk shopping saja. Semua dah berkira-kira nak cari barang yang nak dibeli. Awal Kak Sue turun berserapan pagi ni. Lepas serapan turun ke lobby sementara menunggu kawan-kawan yang lain siap. Dijanjikan untuk berkumpul pukul 8 pagi di lobi hotel. Bila cukup kami semua terus naik bas yang telah sedia menunggu di depan hotel.
Semasa menaiki bas Mr.Darren memberi nasihat jangan membeli belang branded brand disini. Cari barang yang biasa. Mr. Darren menasihati supaya memberli barang-barang seperti Channel, LV, Prada, Gucci, LongHorn dan macam-macam lagi di Paris. Menurut beliau harga di Paris lebih murah berbanding di London.
Sementara menunggu pasaraya dibuka lebih kurang pukul 10 pagi. Kami menuju ke destinasi pertama Royal Albert Hall yang sangat hampir dengan hotel dan mengambil masa 5 minit perjalanan dengan bas. Respect dengan driver bas, kerana lorong disini memang kecil, setakat muat-muat saja. Royal Albert Hall yang Kak Sue ingat tempat artis kita pernah membuat persembahan seperti Allahyarham Sudirman dan Dato Siti Nurhaliza. M.Nasir, Kak Sue tak pasti. Royal Albert Hall ni bangunan dia bulat membujur dan tinggi lebih kurang 5 tingkat rasanya. Bangunannya lama dan biasa cuma bukan sebarangan artis boleh membuat persembahan disini. Kami disini tak lama dalam 40 minit sebelum beredar ke destinasi seterusnya.
Kami singgah sebentar ke taman diraja. Kensington Garden yang juga tidak jauh dari lokasi pertama. Taman ini adalah taman diraja. Memang cantik dan bersih. Kami berhenti untuk ambil gambar saja. Nak jalan sekeliling taman memang tak cukup masa sebab memang besar. Dahlah taman luas dan pokok-pokok banya bila angin bertiup macam nak beku tangan jadinya. Orang tempatan biasa saja berjogging dengan seluar pendek. Serius bukan sejuk biasa tapi sejuk yang amat. Tangan boleh kebas bila berdiri sekejap tanpa penebat haba. Mungkin badan kita yang sudah biasa dengan cuaca di Malaysia. Selepas ambik-ambik gambar kami semua terus menuju ke bas sebab tak tahan dengan kesejukan,
Seperti dijanjikan destinasi shopping. Mr. Darren akan menurunkan kita di Oxford Street, London dan akan membiarkan kita bershopping sehingga ke pukul 6 petang, Jam sekarang baru pukul 11 pagi,. First kita orang cari tandas. Nasib baik ada Mc Donald boleh tumpang tandas. Lepas tu, shopping mall pertama masuk adalah Primark. Banyak pakaian yang harganya boleh dikatakan berpatutan dan murah. Ini bukan pasaraya mewah tapi pasaraya biasa. Kalau kat Malaysia boleh dikategorikan macam JJ dan Metrojaya. Kasut jenama Clerk memang murah kat sini. Suami Kak Sue sempat beli sepasang. Ada pakaian yang boleh dikatakan murah dari Malaysia tapi berkualiti. Kak Sue beli sakan untuk suami dan anak-anak. Baju raya katanya. Masa shopping ni tak banyak gambar diambil sebab cameraman tak larat nak ikut. Biasalah perempuan jumpa shopping complex. Cameraman cari lokasi lain untuk berehat. Kak Sue dengan Aween apa lagi pusing semua. Sedar-sedar saja dah pukul 5 petang. Sekejap jer masa. Sebelum menuju ke tempat bas menunggu kami semua pergi minum di Mc. Donald. Tepat pukul 6 kami terus menuju ke bas. Malam ni pukul 8 malam ada official dinner untuk syarikat so kita kena terus pergi ke hotel untuk majlis resmi. Ingat nak tukar kepada baju lain tapi since semua dah penat dan tak larat, pakai saja baju yang ada. Lagipun kurang bau sebab tak berpeluh. Kami terus ke majlis di hotel.
Majlis makan malam diserikan dengan hiburan artis tempatan. Kak Sue tak ambik endah sangat sebab tak kenal pun artis tu. Cuma layan berbual dengan kawan-kawan. Pada majlis tersebut ada hadiah yang disampaikan dan cabutan bertuah. Testimoni dari ahli juga diperdengarkan. Dinner hari ini terbaik. Semua makanan citarasa Malaysia. Yang bagusnya Chef berbangsa melayu semalam yang masak untuk dinner, menyediakan makanan yang sama sedap kat hotel sini. Mungkin Chef ini yang terbaik untuk citarasa orang Malaysia. Bila tiba waktu makan semua terus beratur sebab kelaparan selepas membeli belah dari pagi tadi. Lepas majlis tamat kita orang semua berkumpul untuk pulang ke hotel pada pukul 10 malam. Setelah kami semua kembali bertenaga. Kami bercadang bersama untuk pergi ke Hard Rock Cafe London untuk membeli sedikit cenderahati. Bila bas sampai kami semua cepat-cepat naik untuk pulang ke Hotel.
Lepas sampai ke hotel, kami semua bawak naik ke bilik untuk menyimpan barangan yang dibeli pagi tadi dan terus turun ke lobi untuk ke Hard Rock Cafe pula. Ini rancangan TLC sendiri so kena naik teksi untuk kesana. Kita sewa dalam 2 teksi. Sampai saja nasib baik Hard Rock Cafe shop belum tutup. Kami semua apa lagi bergegas cari barangan dicari. Lepas membeli ingat nak pekena kopi kat Hard Rock Cafe tapi tak jadi. Kami pun berjalan untuk cari cafe yang lain. Cafe lain dah tutup. So kami semua ambik keputusan balik ke hotel. Sampai hotel nampak A&W terus lepak kejap sambil minum kopi dengan kawan-kawan. Dekat pukul 12 pagi kami pun balik ke hotel. Apa lagi... Mandi dan terus tidur. Esok adalah hari shopping gak. Tapi shopping di kawasan outlet barangan berjenama iaitu di Bicester Outlet Village yang terletak lebih kurang 200 km dari sini. Perjalanan dengan bas mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tunggu esok pulak habiskan duit.
Selepas selesai serapan keluar ambik angin. Nyaman tetapi amat sejuk.
Ruang lobi hotel holiday Inn, London
Tempat Allahyarham Sudirman pernah buat persembahan
Ada yang sudah berjaya dan akan terus berjaya pada masa depan.
Berposing depan pintu orang pulak
Tak masuk pun Cafe sebab kenyang lagi lepas baru serapan
Yang bulat tu adalah Royal Albert Hall
TLC sedang buat muzik video
CDM Salha sedang menyanyikan lagu Siti diikuti oleh rakan-rakan yang lain. Macam akapella.. betul ker ejaannya.
Tolong lepaskan kami semua. Kami nak pergi shopping tau...
Jalan jangan tengok atas ya. Tengok tangga.
Ni kat teman diraja Kensington Garden. Cuaca sejuk dan berangin tak boleh nak berdiri lama.
Kalau malam-malam takut juga tengok pokok yang besar di kiri dan kanan, Kami ambik gambar kejap saja. Sebab dah tukar mood shopping.
Aween jadi pelindung sebab baju besar dan tebal.
Lepas penat bergambar kat taman terus lari naik bas.
Cehhh Aween kalau berposing memang kasi kat dia. Ini adalah Oxford Street, London. Tempat membeli belah popular bagi penduduk disini. Tak banyak gambar diambil semasa shopping sebab kami sibuk membeli belah. Cameraman pulak tak boleh follow rentak kami bila bershopping.
Lepas bershopping terus pergi ke majlis makan malam syarikat. Tempat duduk kami telah diberikan mengikut kumpulan
Orang buat persembahan, kita pun borak .
Makan time. Ehhhhh... lauk samalah macam semalam. Memang sedap lagipun tengah kesejukan dan lapar.
Semua tengok lauk mana yang nak ambik
Lepas balik ke hotel simpan barang. Kami bergegas naik teksi untuk pergi ke Hard Rock Cafe untuk membeli cenderamata
Pilihlah yang murah-murah. Nanti tak cukup duit pulak nak shopping kat Paris.
Biasalah, entah bila nak pergi lagi ke sini. Ambik gambar dan berposing dalam kedai Hard Rock Cafe, London.
Rancangn nak minum kat Hard Rock Cafe tapi tak jadi so kena berjalan cari kedai lain. Msalahnya kedai banyak dah tutup. Dah pukul 11 malam. Ini bukan macam KL, kedai mamak 24 jam.
Ambik teksi terus balik hotel. Perut lapar balik. Cari makanan dan minumam kat A&W. Lepas minum-minum kami semua terus pulang ke Hotel.
Hari ini memang seronok seperti semalam. Cuma terkilan sebab kedai kasuk yang ada jual kasut jenama VANS yang anak Kak Sue pesan tutup pulak. Esok kena pergi sekali lagi kat sini,.
No comments:
Post a Comment