Assalammualaikum, dah hampir sebulan Kak Sue tak update blog ni. Sibuk betul dan alhamdullilah memang sekarang tengah rancak dengan urusan kerja dan business sambilan ni. Memang Kak Sue nak kongsi semua cerita kalau boleh tapi Kak Sue bukannya sepenuh masa buat business ni hanya tertumpu pada waktu lapang dan sambilan tapi apa yang Kak Sue perolehi lebih daripada apa yang dibuat sebelum ini.
Pada minggu lepas Kak Sue telah pergi bersama business partner yang lain pergi bercuti ke London dan Paris selama 8 hari. Seronok kerana imbuhan yang diberi atas usaha yang hanya dilakukan pada masa lapang berbaloi. Ni Kak Sue nak cerita sikit apa yang dilakukan pada hari pertama.
Kami berkumpul di KLIA pada pukul 5 petang. Ada 3 kumpulan yang dipecah-pecahkan mengikut kumpulan terdiri daripada B1, B2 dan B3. Kak Sue berada dalam kumpulan B2. Selepas selesai urusan check-in, ketua lawatan kumpulan B2, Mr. Darren memberi taklimat ringkas mengenai lawatan. Kami semua akan berlepas ke bandar Ho Chin Minh, Vietnam pada pukul 8 malam sebelum meneruskan perjalanan ke London. Tak tahu kenapa perlu transit melalui Vietnam dulu, mungkin ada sebab yang tersendiri. Anyway mana-mana pun Kak Sue tak kisah asalkan boleh sampai ke destinasi yang dituju. Semua teruja dan tak kisah naik kapal terbang mana. Kami bertolak mengikul jadual dan sampai ke Vietnam dalam pukul 10 malam. Jadual penerbangan ke London adalah lebih kurang pada pukul 12 malam. Kami semua sempat minum ringan di Cafe didalam lapangan terbang. Seperti yang dijadualkan kami semua berada dalam pesawat pada waktu yang dirancangkan. Hampir separuh dari penumpang pesawat adalah terdiri dari kami semua. Ada lebih 120 orang kesemuanya mengikut anggaran Kak Sue. Itu belum lagi kumpulan yang pergi sehari sebelumnya. Kalau sekali gerak mungkin penuh pesawat ni dengan kami. Anggaran dari kumpulan awal dan Kak Sue adalah lebih kurang 300 orang semuanya. Bayangkanlah macam pesawat charted pulak. Siap ada announcement dari pramugari menyambut kehadiran kami kedalam pesawat. VIP treatement lah katakan. Tapi kalau syarikat booking MAS ada peluang dapat naik pesawat dua tingkat Airbus A380 dari KLIA itu baru betul-betul VIP. Pesawat berlepas seperti direncanakan. Apa lagi lepas diberi makan Kak Sue pun tidurlah. Perjalanan akan mengambil masa selama 9 jam lebih kurang.
Ok tak perlu Kak Sue nak cerita panjang. Orang cakap dengan gambar boleh ceritakan segalanya.

Kak Sue menunggu kawan-kawan lain di KLIA. Sempat lagi buat business.
Mr. Darren sedang memberi taklimat. Yang bestnya masing-masing buat hal sendiri siap posing. Karang sesat susah sendiri.
Aween!!! tak habis lah lagi briefing. Ko ni asyik posing jer...
Masing-masing memakai t-shirt TLC. Tak sabar ni nak ke terminal perlepasan.
Tersenyum lebar semua walaupun naik keretapi sekejap saja. Baru terasa lapar masa ni.
Lepas pekena nasi goreng kat Cafe terus ke gate. Sambil menunggu kemasukan ke pesawat sempat beri pesanan kepada kawan-kawan dan keluarga
Kali ini dah memang atas pesawat. Duduk sebelah Wani.
Gambar sedikit goyang. Bandar Ho Chin Minh, Vietnam sebelum mendarat.
Kak sue.. Bestnya bcuti.. Congrat ye...
ReplyDeleteTq sya ...cuti free mmg best kan hehhehe
DeleteTq sya ...cuti free mmg best kan hehhehe
Delete