Thursday, September 6, 2012

Back to business - Selamat Hari Raya

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada anda semua. Telah hampir sebulan Kak Sue tidak meluangkan masa untuk update blog ini. Banyak sebenarnya aktiviti yang Kak Sue telah laksana dan temujanji. Sepanjang bulan puasa hingga ke hari raya, ada saja aktiviti keluarga dan juga perniagaan. Alhamdullilah setakat ini semuanya berjalan lancar.

Kak Sue dan keluarga semuanya dalam keadaan sihat. Raya tahun ini Kak Sue beraya di Kuala Lumpur sebelum balik ke rumah mentua di Johor pada hari raya yang keempat. Tahun ini tak banyak rumah yang Kak Sue beraya hanya rumah saudara yang terdekat saja.

Kak Sue berkunjung raya ke rumah Puan Sri Bibi Sharliza di Senawang untuk memperkenalkan Premium Beautiful. Bilalah agaknya nak dapat rumah sebegini. 

Beraya bersama rakan-rakan di rumah Puan Sri Bibi Sharliza

Kelakar, macam-macam pelanggan ada di rumah pelanggan. Kena karaoke dulu sebelum buat bisnes.

Majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan lama di Wisma Felda

Banyak sebenarnya aktiviti Kak Sue tetapi rasanya kalau diletakkan semua gambar disini mahu bukan jadi blog dah... tu macam jadi album pulak. Apa yang Kak Sue nak sampaikan adalah Kak Sue masih lagi aktif dalam perniagaan Premium Beautiful dan sentiasa berusaha bersama rakan perniagaan lain. InsyAllah Kak Sue akan lebih kerap lagi untuk kemaskini blog untuk pembaca semua.