Wednesday, March 27, 2013

London & Paris Travel Log Day 2

Penerbangan dijangka tiba di London pada pukul 8 pagi. Alhamdullilah inilah kali pertama Kak Sue menjejakkan kaki di bumi bekas penjajah kita. Selepas urusan imigresyen selesai dan beg semua telah diambil, kami semua berkumpul di balai utama. Masing-masing sibuk pergi ke tandas melakukan apa yang patut. Mr. Darren memberi taklimat tentang rancangan hari ini. Kita tidak akan terus balik ke hotel. Kita akan terus mengikut program lawatan dan akan pulang ke hotel selepas makan malam. Nasib baik dah bersihkan diri dan gosok gigi. Ada 3 buah bas yang dikhaskan untuk kami semua mengikut kumpulan. Sebelum ni Kak Sue dapat maklumat mengatakan cuaca di London pada waktu ini macam Genting tapi rasanya tak betul langsung. Dengan suhu 4-7 darjah celcius ditambah dengan angin dalam 20 minit saja kalau berdiri memang rasa macam nak beku. Nasib baik bawak baju winter yang dibeli sebelum ini.
Lokasi pertama lawatan adalah London Eye. Nyaman sungguh suasana pagi disini. Masa ni tak ramai orang lagi. Bila sampai saja dilokasi apa lagi semua sibuk berposing secara individu dan berkumpulan. Kak Sue pun sama ler. Yalah bukan senang nak datang sini, gunakanlah peluang yang ada secukupnya. Dalam 20 minit kot sibuk bergambar lepas tu terus Mr. Darren mengarahkan kami pergi kami ke lokasi. Rasanya kami semua adalah kumpulan awal naik London Eye pada pagi-pagi buta ni. Dah ada orang tempatan didepan kami beratur. Bila naik jer kapsul kami semua apa lagi, cari posisi terbaik untuk bergambar. Bukan nak nikmati suasana tapi sibuk bergambar. Hehehehehe nak buat macam mana bukan kampung kami... Satu pusingan London Eye rasanya mengambil masa selama setengah jam. Kak Sue agak-agak saja, yalah mana nak ingat sebab masa habis terbuang untuk bergambar saja. Dah nak sampai bawah baru teringat sayang tak nikmati pemandangan tadi. Tak per janji ada gambar. Dibawah kami sibuk lagi mengambil gambar sementara menunggu kawan-kawan lain selesai. Lepak minum hot chocolate memang best cuma cuaca memang sejuk untuk kita yang berkulit sawo matang ni.

Selepas hampir 2 jam disini, kami menaiki bas semula untuk pergi makan tengahari di restoren Melur yang diusahakan oleh orang Malaysia, berasal dar Johor Baru. Semua makan tak tengok belakang. Tahulah sejuk. Apa yang datang semua habis. Makanan disini biasa saja yang penting ada nasi.

Selepas selesai makan tengahari kami ada lawatan ke sekitar kawasan penting di kota London. Lokasi pertama adalah Masjid "Central London Mosque". Bila sampai saja, ada yang pergi sembahyang dan ada yang melawat-lawat kawasan persekitaran. Masjid yang moden dan biasa saja cuma terletak dikawasan yang memang mahal. Kebanyakkan hadirin adalah terdiri daripada warga arab. Warganegara atau bukan tu Kak Sue tak tahulah. Hampir 40 minit disini sebelum meneruskan perjalanan. Mengikut kata, lawatan Mesjid ini tidak ada dalam senarai lawatan tapi atas jasa baik Mr. Darren dan permintaan mereka membawa kami. Terima Kasih Mr. Darren. Semasa dalam perjalanan Mr. Darren ada bagitahu sesetengah kawasan di Kota London terutama dikawasan zon mahal. Caj parking boleh dikatakan agak keterlaluan. 2 minit dalam 1 atau 2 pound kalau tak silap Kak Sue. Sila ambil perhatian!!! MINIT tau bukan JAM. 1 pound dibulatkan adalah dalam RM 5. Minyak pula, confirmed mahal. Cuma dari pengamatan Kak Sue sepanjang perjalanan tak jumpa lagi tol plaza.

Kami menuju pula ke Istana Buckingam. Tak ada apa yang menarik cuma ia adalah istana lama yang menempatkan Quenn Elizabeth dan keluarganya. Mengikut Mr. Darren jika ada Quenn didalam istana, bendera diraja akan dikibar dan sebaliknya. Ingat nak ambik gambar pengawal yang pakai topi hitam besar tu tapi malangnya pengawal tu jauh kedalam dan tak nampak pun ada orang yang boleh menghampiri pengawal. Kami dan semua pelawat hanya berdiri di pintu pagar masuk istana yang tiada pengawalnya. Ingat cerita Mr. Bean yang memainkan pengawal istana semasa sesi bergambar. Hahahahha...
Diluar istana ada tembok yang mempunyai nama negara yang pernah dijajah oleh British. Kak Sue nampak tembok yang diletakkan nama MALAYA. Tak sempat nak ambik gambar secara dekat sebab masa terhad.

Selepas selesai semuanya kami semua menaiki bas untuk menuju ke tempat yang sinonim dengan London. "Big Ben" atau bangunan yang ada jam besar tu serupa macam kat dataran merdeka tapi dia lagi besar. Mengikut cerita Mr. Darren "Ben" adalah nama orang yang membina jam tersebut. "Big" adalah kerana jam yang besar so dinamakan sebagai "Big Ben". Disekitar kawasan sini dipenuhi dengan bangunan dari kurun yang lama. Apa yang Kak Sue boleh banggakan adalah hasil seni bangunan lama disini. Memang teliti dan berkualiti. Semua sekitar tahun 1700-1800 dijaga rapi. Jalanraya memang kecik di zon sini. Maklumlah dulu kereta kuda atau pejalan kaki saja yang guna.

Destinasi seterunya adalah London gate. Suasana dah agak gelap tetapi masih boleh lihat jambatan tersebut dari jauh. Bolehlah ambik gambar untuk kenang-kenangan. Kawasan ni biasa saja cuma penuh dengan pelancong. Kami lawat pun tak lama sebab dah gelap. Tak sabar nak balik makan malam.

Makan malam berhampiran dengan Malaysian Hall. Makanan disediakan oleh Chef dari Malaysia rasanya. Makanan biasa saja tapi kerana semua lapar dan penat. Makan saja apa yang ada. Nak balik hotel rehat dan penat sekarang ni.

Selesai saja semua urusan di Lapangan terbang kami semua naik bas mengikut kumpulan. Kak Sue berada didalam kumpulan B2. Bersemangat walaupun penat duduk dalam pesawat tak habis lagi.



Lokasi pertama selepas turun dari bas, London Eye. Pertama kali Kak Sue melawat ke sini. Leader kami CDM Al-faath menjadi orang utama untuk semua sesi gambar berkumpulan.


Sampai-sampai saja sibuk bergambar dekat dengan London Eye

Gambar bersama CDM Lily

Aween ni sempat lagi adjust melawa masa beratur

Teruja nak naik London Eye

Naik saja kapsul semua posing nak bergambar bukan nak nikmati pemandangan

Suasana sekitar London yang berkabus dan sejuk

Pagi-pagi buta dah naik London Eye walaupun penat naik pesawat tak habis tapi semua tak kisah

Bila dah setengah pusingan semua baru duduk sebab penat posing bergambar

Husband letih nak layan kami bergambar. Aween nak belanja makan lepas ni kena ambik gambar dia banyak-banyak.


Berlatar belakangkan monumen yang sinonim dengan kota London. Big Ben.

Bersama cik abang yang sibuk jadik cameraman.

Kerana sejuk sangat masing-masing minum coklat panas.

Dah abis turun macam nak naik lagi tak puas sebab masa banyak ambik gambar.

Kanak-kanak riang lepas naik London Eye. Semua nak lapar nak gi lunch.

Restoren melur di bawah tanah bangunan. Diusahakan oleh rakyat Malaysia dari Johor Baru

Semua apa lagi makan dengan pantas. Sejuk dan lapar.

Selepas makan semuanya teruja nak ke destinasi seterusnya.

Perkarangan masjid London Central Mosque. Terletak dikawasan yang boleh dikatakan zon mahal.

Sempat bergambar sebelum masuk kedalam masjid. Tidak dibenarkan mengambil gambar didalam masjid.

Destinasi seterusnya adalah Istana Buckingam tempat dimana keluarga diraja menetap dan acara resmi diraja.

Nampak tak tembok tegak  dibelakang gambar. Ada nama Malaya ditembok tersebut sebagai tanda simbolik Malaya pernah dijajah oleh British. Kawasan didepan Istana Buckingam.

Destinasi seterusnya adalah melawat Big Ben. Ini adalah kawasan gereja yang berhampiran dengan Big Ben.

Gereja lama disekitar kawasan Big Ben. Sejuk betul tak tahan walaupun nampak macam tenang.

Mengikut kata pemandu pelancong, Nelson Mandela pernah berkata satu hari nanti aku mahu tugu aku didirikan disini. Sempena memperingati perjuangan beliau kerajaan British membinanya. Bukan senang nak dapat penghargaan sebegini sebab kawasan ni kawasan penting dan ramai pelancong.

Posing terbaik untuk gambar yang cantek. Di sekitar kawasan Big Ben.

Lepak kesejukan

Ambik gambar dan post kat FB Wani.

Ku cekup Big Ben

Destinasi seturusnya adalah London Gate. Ini memang tempat kena pergi juga. Suasana dah gelap semakin sejuk terpaksa minum Coklat panas dulu.

Gambar jambatan lama yang biasa kita lihat di poster. Kak Sue tak pergi hampir ke jambatan kerana penat dah satu hari ini. Lepas ni nak pergi dinner.

Lokasi makan malam adalah berhampiran dengan Malaysian Hall. Semua menunggu dengan penuh sabar. Makan buffee nak beratur pun malas sebab ramai. Lepas ni balik hotel semua dah penat nak berehat.


Sebenarnya banyak lagi gambar yang diambil tapi Kak Sue letakkan gambar yang penting saja disini. Nanti boring lak gambar banyak sangat. Mengikut rancangan, esok adalah hari bershopping. Tak sabar nak tunggu  hari esok. Jom shopping....




No comments:

Post a Comment