Monday, February 25, 2013

Sabun Marine Essence Beauty

Sabun kecantikan Marine Essence Beauty bukan saja digunakan untuk menjaga kulit dan kecantikan malah bagi mereka yang mempunyai bau badan dan ketiak yang kehitaman boleh dirawat.

Sabun Wangian Marine Essence sesuai untuk digunakan pada semua bahagian badan

Satu kotak mengandungi 3 biji sabun yang berbentuk seperti daun dan berharga RM 105.00 saja

Antara kebaikannya adalah:
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membekalkan bahan mineral 
  • Menyelaras fungsi badan agar berfungsi secara normal
  • Menyelaras keseimbangan pH badan
  • Meningkatkan daya pemulihan badan dan menjaga kulit lebih lembut,sihat dan berseri
  • Menghidrat dan menghaluskan kulit
  • Memperbaharui dan memperbaiki sel-sel mati
Ramuan sabun Marine Essence Beauty ini adalah terdiri dari 7 ramuan asli iaitu:
  1. Gliserin - Sabun biasa yang kita gunakan akan mengering dan menegangkan kulit berbanding Gliserin yang akan menarik kelembapan udara ke dalam kulit yang melembapkan kulit.
  2. Garam buluh - Merupakan sumber kaya dengan bahan mineral dan anti-oksida,. anti-bakteria, anti-alergi dan anti-keradangan.
  3. Ekstrak Liquorice - mengurangkan perubahan warna dan bintik-bintik hitam, mencerahkan pigmentasi kulit.
  4. Vitamin E - merupakan anti-oksidan  dan anti-penuaan. Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dgn berkesan..
  5. Minyak Tea Tree - Mengekalkan kulit sihat dengan sifatnya yang anti-bakteria dan anti -kulat..
  6. Pheno-SFE( ekstrak teh pu-erh) -.terkenal dgn anti-oksida dan  anti-penuaan. Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan memeliharanya agar tetap sihat dan muda untuk satu jangkamasa yang lama
  7. Aloe Vera - Kebolehan untuk menyembuhkan dan meransang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah...

Kita boleh lakukan walaupun kita rasa mustahil pada awalnya

Assalammualaikum pada semua yang membaca. Dah lama juga Kak Sue tak update blog ni. Seperti biasa Kak Sue sibuk betul dengan aktiviti harian. Mesti ada tertanya-tanya Kak Sue ni aktif ker lagi sebenarnya Kak Sue bertambah aktif dan lebih sibuk dari sebelumnya. Bulan January dan February Kak Sue banyak berjumpa dengan pelanggan yang minat. Dari orang biasa hingga kepada ahli perniagaan. InsyaAllah kalau diizinkan tuhan dan pintu rezeki terbuka, sasaran untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perniaggan sambilan boleh tercapai. Alasan tidak ada masa dan banyak halangan untuk berjaya tidak boleh dipakai. Kak Sue yang bekerja dari pagi sehingga lewat petang masih mampu untuk menyambung aktiviti sambilan sehingga lewat malam. Nak cakap mudah tak mudah tapi tekad untuk berjaya perlu ada. Bukan selamanya Kak Sue akan bekerja kuat seperti begini tapi pengorbanan ini rasanya berbaloi. Kak Sue sasarkan dalam 2 tahun jika usaha sebegini, insyaAllah akan datang Kak Sue tak perlu bersusah payah. Macam pepatah "Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian".

Pada hari Sabtu lepas 23/02/2014 Kak Sue telah diberi peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan perniagaan bagaimana Kak Sue mampu menjual produk Bio Velocity yang diluar jangkaan. Dalam masa 2 minggu saja Kak Sue dan Azlina Mazwin mampu menjual lebih 50 set yang nilainya lebih kurang RM 60k. Bukan mudah tapi Kak Sue mampu lakukan dengan Azlina Mazwin. Usaha ini perlu pengorbanan bukan saja dari segi masa malah keluarga. Terima kasih pada keluarga yang sentiasa memahami dan menyokong.




Kak Sue sedang membuat pembentangan mengenai pengalaman dan tips kepada rakan-rakan perniagaan

Azlina Mawin juga berkongsi maklumat mengenai produk Bio Velocity

Sebahagian dari pelanggan yang  Kak Sue jumpa

Semakin ramai lagi yang  Kak Sue jumpa dan ada lagi yang masih menuggu temujanji

Alhamdullilah berkat usaha Kak Sue dah capai sasaran awal untuk mendapat pendapatan 5 angka. Macam Kak Sue selalau katakan bukan senang nak senang dan bukan mustahil nak senang. Pucuk pangkal adalah kemahuan. Buangkan sikap malu dan banyak alasan jika kita nak berjaya. Kejayaan tidak datang dengan doa saja tanpa usaha. Lagi cepat dilakukan lagi cepat hasilnya. Kak Sue tahu apa yang sebahagian pembaca fikirkan dan tak perlu Kak Sue huraikan kerana Kak Sue juga berfikiran sama dahulu tetapi tidak lagi sekarang macam pepatah tak kenal maka tak cinta dah kenal kita akan seronak nak lagi. Apa yang kita lakukan hari ini mungkin mengubah masa akan datang. InsyaAllah

Friday, February 8, 2013

Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti

Kak Sue ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan kenalan yang menyambutnya. Cuti selama beberapa hari ini penuh dengan aktiviti perniagaan yang semakin berkembang. Bulan ini dapat ang pow lebih sedikit, sudah semestinya hasil dari usaha yang berterusan.

Selamat Tahun Baru Cina

Kak Sue sampai tak menang tangan untuk melayan dan membuat temujanji dengan pembeli dan bakal business partner. Maklumlah  Kak Sue  bukannya sepenuh masa tapi secara sambilan menjalankan perniagaan. Memang seronok dengan peluang yang terbuka luas bagi mereka yang optimistik.  Kak Sue  akan kekalkan rentak dan fokus. Setiap tindakan akan menghasilkan keputusan. Tanpa tindakan tiada apa-apa yang datang. Tanya pada diri kita adakah kita bertindak atau hanya menunggu kejayaan datang dari orang lain. 

Kepada rakan-rakan yang akan bercuti, selamat bercuti. Memandulah dengan berhati-hati. Sekali lagi  Kak Sue ucapkan Selamat Tahun Baru Cina semoga tercapai objektif yang diusahakan. Amin...

Monday, February 4, 2013

Bio Velocity Sleep Mate mampu membantu pesakit lumpuh

Kak Sue nak berkongsi mengenai produk pelapik tilam yang unik ini. Pelapik ini memberikan terapi dan urutan bila kita tidur. Antara kebaikan menggunakannya adalah:
  • Dapat menyelaras dan merangsang sistem saraf pada badan. Terasa bila pertama kali menggunakkannya. Badan terasa seperti lepas diurut
  • Darah rasa lebih lancar dan boleh meningkatkan metabolisma 
  • Memberikan aura dan tenaga positif pada sistem badan
  • Meningkat tenaga batin dan awet muda
  • Membasmi radiasi pada persekitaran dan banyak lagi ...
Bio Velocity yang mampu merawat dan meningkatkan tenaga positif

Testimoni dari  Kak Sue  yang telahpun memakainya.
  • Badan rasa lebih segar setiap kali bangun tidur. Lebih bertenaga untuk menyiapkan kerja harian
  • Memang mudah untuk bangun pagi
  • Anak Kak Sue yang tidur bersama, biasanya berdengkur. Sekarang tidak lagi. Begitu juga suami yang sebelum ini memang kuat bunyinya. Sekarang sudah berkurangan sangat. Tapi suami Kak Sue tak mengaku dia berdengkur. Yalah orang tidur mana boleh dia dengar. Hehehe...
Kak Sue bukan nak cakap kosong, pelapik ni bukan setakat membantu orang yang sihat malah mereka yang kurang sihat juga dapat dipulihkan izin dariNya. Cuba tengok video dibawah ini.

Makcik ini yang kena strok dan tak mampu bergerak telah sedikit pulih setelah menggunakan


Tuan Haji yang mempunya sakit kepala yang teruk berpunca dari resdung dapat dipulihkan juga

Makcik ini yang mempunyai sakit-sakit badan dan kurang bertenaga merasa perbezaannya

Testimoni dari serorang anak yang mencuba merawat ibunya. Mesti tonton dan dengar sendiri

Bagi mereka yang mempunya ahli keluarga yang ada masalah-masalah kesihatan bolehlah mencubanya. Kita hanya berusaha tetapi semuanya ditentukan olehNya. Semuanya berlaku dengan bersebab dan kita bertindak untuk menjadi penyebabnya. InsyaAllah.

Sila hubungi Kak Sue untuk keterangan lanjut.