Tuesday, April 23, 2013

Macamana nak tukar domain name "http://suzanamohdramli.blogspot.com" kepada "http://www.premium-beautiful.com" - Panduan dari Mat Rempit

Secara teknikal "suzanamohdramli.blogspot.com" dan "www.premium-beautiful.com" adalah nama domain atau dalam bahasa orang putih "domain name". Contoh "suzanamohdramli.blogspot.com" adalah sub domain kepada "www.blogspot.com". Maknanya "www.blogspot.com" adalah ibu kepada sub domain dibawahnya seperti "matrempit.blogspot.com", "kereta.blogspot.com", "kapalterbang.blogspot.com" dan lain-lain lagi.

Sebenarnya kalau nak cerita teknikal mesti pembaca tak faham. Dia berkait rapat dengan infrastuktur rangkain, dns server, ip address, hosting location dan lain-lain lagi yang begitu asing dengan orang yang bukan teknikal. Saya ringkaskan ikut senario mudah. Contohnya anda mempunyai nama yang tak glamour, nama kampunglah katakan "Rogayah" tapi anda tak nak orang panggil "Gayah" anda suruh orang semua panggil "Gee" baru sedap sikit. Hehehehehehe.. Jadi sama macam nama domain instead name "suzanamohdramli.blogspot.com" tukar kepada "www.premium-beautiful.com".

Jadi untuk menukar nama domain name ini mudah saja. Anda perlu mencari domain name yang anda mahu. Pastikan nama domain yang anda pilih bersesuain dengan apa yang anda nak lakukan.

Untuk periksa domain name yang boleh anda beli sila klik Periksa domain name anda akan dapat seperti page dibawah

Page untuk periksa domain name yang boleh dibeli

Contoh diatas saya akan cuba periksa domain name "akunakjualmotor.com". Anda boleh letakkan nama domain anda sendiri mengikut citarasa anda. Klik button "Search" untuk periksa jika domain name tersebut boleh dibeli. Page dibawah akan dipaparkan

Domain "akunakjualmotor.com" masih ada dan boleh dibeli 

Dalam contoh diatas domain name "akunakjualmotor.com" masih ada dan boleh dibeli. Hehehehehe... kalau anda nak beli tapi tak tahu macam mana nak mula kena PM Kak Sue sebab prosesnya agak teknikal dan ada banyak service provider yang menawarkannya.

Tapi janganlah anda beli domain name "microsoft.com", memang tak boleh beli sebab dah dibeli dan ekslusif untuk microsoft saja. Tulah sebab ada antara pengguna yang membeli domain name yang bagus untuk dijual dan di transfer hak milik pada orang lain. Tapi mahal harganya.

Itulah saja pelajaran untuk hari ini. Jap lagi nak kena repair motor sebab nak merempit weekend ni.

No comments:

Post a Comment