Pengenalan.
Prenggg....Prennnggg.....kana matikankan motor kejap. Ada pemintaaan dari pelanggan minta untuk bagi pengenalan mengenai Blog. Lagipun ada masa sikit sebab tak ada aktiviti lagi sebab motor tak ada road tax dan insuran. Rempit-rempit jugak tapi undang-undang kena ikut.
Perkataan Blog memang biasa kita dengar dan lihat. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat Blog bukan benda asing bagi mereka, tetapi bukan semua dari mereka mempunyai Blog sendiri. Nak buka akaun Blog memang senang tapi nak aktif bukan semua orang suka dan ada masa. Sebab tu ramai dari kita hanya aktif di Facebook kerana lebih mudah dan tak perlu fikir apa yang nak ditulis. Blog walaupun lebih kurang sama dengan Facebook tetapi pembaca lebih focus membaca dengan apa yang disampaikan. Setiap post yang dibuat perlu difikirkan apa kandungannya. Kalau setakat bagi post yang mudah , Facebook sudah mencukupi. Kalau bagi saya yang selalu naik motor ke hulu hilir pilihan saya adalah Facebook, mudah pakai handphone ambik gambar motor dan post ke Facebook Contohnya, "Untunglah hari ini kau tinggalkan aku 4 tiang, esok jangan lupa ko akan jumpa 2 tiang". hehehehe...
Jangan ingat Mat rempit tak ada ilmu.Cuma hobi dia merempit.
Perkataan Blog memang biasa kita dengar dan lihat. Bagi mereka yang bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat Blog bukan benda asing bagi mereka, tetapi bukan semua dari mereka mempunyai Blog sendiri. Nak buka akaun Blog memang senang tapi nak aktif bukan semua orang suka dan ada masa. Sebab tu ramai dari kita hanya aktif di Facebook kerana lebih mudah dan tak perlu fikir apa yang nak ditulis. Blog walaupun lebih kurang sama dengan Facebook tetapi pembaca lebih focus membaca dengan apa yang disampaikan. Setiap post yang dibuat perlu difikirkan apa kandungannya. Kalau setakat bagi post yang mudah , Facebook sudah mencukupi. Kalau bagi saya yang selalu naik motor ke hulu hilir pilihan saya adalah Facebook, mudah pakai handphone ambik gambar motor dan post ke Facebook Contohnya, "Untunglah hari ini kau tinggalkan aku 4 tiang, esok jangan lupa ko akan jumpa 2 tiang". hehehehe...
Majoriti pengguna Internet di Malaysia ini ada akaun Facebook berbanding Blog. Blog biasanya digunakan oleh pengguna yang lebih serius untuk menerangkan sesuatu perkara dan lebih informasi cuma kita kena pandai menilai apa yang disampaikan. Apa-apapun jangan pening-pening, kita lihat dulu perbezaan antara Blog dan Facebook seperti dibawah:
Blog | Facebook |
· Perlukan masa dan sedikit ilmu mengenai karangan. Kalau dulu masa sekolah karangan boleh fail. Sekarang tidak lagi, penulis boleh mengasah bakat menulis disini. | · Mudah dan tak perlu difikirkan sangat apa yang ditulis. Tak kisah masa sekolah fail karangan sebab biasanya post yang dihantar pun kadang-kadang orang tak faham. Guna bahasa rojak dan short form. Contohnya “Ak nk mkn. Nk kut tk?” Cikgu BM sure kasik bulatan merah kalau tulis kat karangan. |
· Blog lebih kepada komunikasi satu hala, walaupun pembaca boleh membalas setiap post yang dihantar. Tetapi penulis lebih mengharapkan pembaca membaca dan faham apa yang disampaikan. Jangan ambik hati kalau orang tak balas post anda sebab sebenarnya tak ada orang baca pun. Anda perlu bawa pembaca kepada blog anda. | · Memerlukan interaksi dengan pembaca kerana setiap post yang dihantar penulis pasti mengharap balasan dari pembaca yang membaca. Komunikasi dua hala. Kalau tak ada pembaca balas post tersebut maknanya orang menyampah dengan post tu. Usaha lagi post yang menarik. Mat rempit kalau post pasal modifikasi jamin ada yang balas… Contohnya “Cerita banyak tak nak, moto ko haritu 4 tiang aku tinggal. Cuma ko belum pergi 2 tiang…” |
· Biasa post yang dimasukkan adalah dalam bentuk memberi maklumat kepada pambaca. Maklumat yang disampaikan tidak kira topic tapi kualiti maklumat yang disampaikan akan mempengaruhi pembaca untuk terus membaca. Ingat apa yang disampaikan hendaklah bertanggungjawab kerana anda boleh dibawa kemahkamah jika tersilap maklumat. | · Post dihantar boleh berbagai bentuk, Pertanyaan, Soalan, maklumat. Kadang-kadang pembaca tak tahu apa yang nak disampaikan. Contohnya. “Bosan betul dengan mamat yang tulis ni” hehehehehe… “Aku nak mandi sejuk”. Dalam hati pembaca, itu pun nak post ker?. “Buah hati aku sorang ni saja”. Dalam hati pembaca, ekkk alehhhh… kekekekekeke… dan bermacam-macam lagi post. |
· Blog ini sesuai untuk orang yang lebih serius dan matang. Mat rempit memang tak sesuai langsung ada Blog. Lainlah kalau nak kongsi maklumat pasal resepi motor laju. Jarang mat rempit kongsi resepi motor. | · Sesuai untuk Mat rempit, remaja dan orang dewasa untuk bersosial cara bahasa pasar. Contohnya: “Aku malam tadi superman kat MRR2 highway ada awek rambut panjang terbang sebelah”… pembaca, Yolah tu, motor pun dah kena tarik tak bayar hari tu… |
· Blog ni dah lama ditubuhkan sejak 1999. Jadi biasa yang aktif dan cekap menulis adalah golongan otai. | · Belum sampai 10 tahun ditubuhkan. Facebook sekarang memang jadi mainan budak sekolah, remaja dan orang dewasa yang ada masa dan suka bersantai sosial bersama kawan. |
· Blog memang boleh buat duit kalau tahu caranya. Tapi tak nak cerita disini anda boleh cari di Internet untuk lebih lanjut. | · Facebook macam-macam boleh, buat duit, curi duit, tipu awek, tipu pak we, schedule blind date dan macam-macam lagilah. Ikut suka penulis nak buat apa. Tapi apa yang anda tulis akan mencerminkan peribadi anda. |
· Blog memerlukan pembaca untuk membaca setiap post yang ditulis. Kalau tulis sendiri baca sendiri itu namanya syok sendiri. Anda perlu bawa trafik atau pembaca kepada blog. Jangan post sesuatu yang menyalahi undang-undang. MCMC atau SKMM boleh menyaman atau blok Blog anda daripada dicapai oleh pembaca | · Orang yang tak nak baca post anda pun kena baca. Kadang-kadang menyampah terpaksalah remove friend. Kekekekekeke… |
· Kandungan yang nak disampaikan memang tiada batas. Malah kalau anda nak buat Novel pun boleh. Harap-harap ada Mat rempit yang baik hati kongsi maklumat secara details mengenai modifikasi. Respect Mat rempit cam ni. | · Kalau post panjang sangat orang tak boleh baca semua kena click “Continue reading”. Biasanya pembaca malas kalau post mengarut dan tak ada kualiti sebab satu click ambik masa 2 saat. Baik pembaca scroll bawah lagi tengok awek/pakwe post. Post yang nak diberi biar pendek dan padat. Contohnya “Awek cun jom keluar dengan saya”. |
· Blog kalau post tiap-tiap hari nanti orang akan Tanya “Kau ni reporter ker?”. Cukup sekadar hanya 2 hingga 3 post seminggu. Itupun kalau ada pembaca. Kalau tak ada pembaca digalakkan tutup akaun bukak facebook lagi senang. | · Tiap minit atau jam pun boleh post apa yang nak diceritakan. Mat rempit jarang post malam minggu sebab sibuk kat jalan raya. Gambar pun jarang Mat rempit post takut kena usha dengan abang polis. |
Banyak lagi sebenarnya perbezaan antara Blog dengan Facebook, cukuplah sekadar yang diatas saja.
Apa itu Blog?
Secara mudah, ia adalah sebuah diari. Kalau dulu diari menjadi bahan rahsia tetapi sekarang diari anda boleh juga diberi kebenaran untuk dibaca oleh orang lain. Blog ni kita boleh buat private atau public. Maknanya kita boleh bagi orang lain baca atau hanya untuk kegunaan sendiri. Jarang sebenarnya orang buat untuk baca sendiri. Contoh blog http://suzanamohdramli.blogspot.com
Blog tidak ada sebarang sekatan atau kekangan. Apa yang anda nak tulis terserah pada penulis. Bagi orang biasa, Blog yang sedia ada cukup untuk berkongsi maklumat dengan pembaca. Kita boleh ubah wajah blog yang ada tapi memerlukan kemahiran dalam bidang pembangunan web. (HTML/XML/ASP/Java).
Kongsi apa yang difikirkan
Blog membenarkan anda menulis apa saja yang anda suka. Maklumat yang dikongsi boleh disertakan dengan gambar untuk menyokong apa yang disampaikan. Sudah ramai penulis yang bergiat dalam bidang ini terutama mereka yang terlibat dalam penulisan mengenai politik, ekonomi, perniagaan, berita dunia dan lain-lain lagi. Perlu diingat setiap post yang ditulis anda perlu bertanggungjawab. Anda boleh diambil tindakan undang-undang jika penulisan anda tidak diterima oleh pembaca.
Cari pembaca
Blog bukan seperti facebook, kerana facebook akan dibaca oleh kawan-kawan yang ada didalam senarai kawan. Anda perlu membawa pembaca kepada blog anda. Ada banyak cara untuk anda hebahkan blog. Contohnya dalam business card anda letakkan alamat blog anda. Di dalam facebook anda hebahkan blog anda setiap kali ada post yang terbaru.
Rekabentuk blog
Jika anda serius untuk terus bergiat dalam blog. Penyampaian dan persembahan blog mestilah menarik dan boleh meyakinkan pembaca. Untuk blog yang tidak serius dan hanya berkongsi maklumat, template yang sudah sedia ada lebih dari mencukupi. Lagipun kalau anda mahu kelainan pada blog anda perlu cari mereka yang pakar dalam bidang web development. Template yang sedia ada perlu diubah untuk kelainan. Tidak digalakkan untuk mereka yang baru berkecimpung untuk mengubahnya.
Kongsikan gambar dan kenangan anda
Ini biasa kita lihat dalam blog sekarang. Bagi yang sudah berkeluarga Blog adalah tempat untuk berkongsi pengalaman kehidupan seharian. Majoriti pengguna blog sosial berkongsi mengenai pekara sebegini.
Itu saja pengenalan setakat ini. Selepas ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mulakan membuka akaun dengan Blog dan seterusnya membuat post yang pertama. Itupun kalau ada permintaan dari Kak Sue, selamat membaca.
Buka akaun blog anda
Buka akaun blog anda
No comments:
Post a Comment