Monday, April 22, 2013

2 Langkah untuk senaraikan blog anda kedalam google search engine secara segera - panduan dari Mat Rempit

Nota: Proses ini tidak wajib dilakukan tapi untuk memudahkan Google mendapatkan maklumat website(blog) dengan segera adalah digalakkan.


Kebanyakkan anda tidak tahu bahawa kita boleh hantar URL untuk dimasukkan kedalam pengkalan data google search engine.

Untuk pengetahuan semua pada masa tertentu. "Google search engine" akan mencari maklumat website  (data crawling) dari seluruh dunia untuk dimasukkan kedalam pengkalan data Google. Data-data ini penting bagi memudahkan "Google serach engine" mengeluarkan maklumat yang diperlukan bila pengguna mencari maklumat tersebut.

Untuk memudahkan "Google search engine" menyenaraikan website anda dalam senarai pencarian. Anda boleh masukkan website anda ke dalam pengkalan data Google. Hanya masukkan website anda saja. "Google search engine" akan tarik semua maklumat yang terkandung dalam website anda kedalam pengkalan data Google. Kenapa kita perlu buat ini adalah kerana terdapat berjuta-juta website wujud pada masa kini. Jika kita nak tunggu Google menarik maklumat dari website(blog) mungkin akan mengambil masa kerana "Google search engine" tidak tahu kewujudan website(blog) anda sehingga "Google search engine" jumpa sendiri. Jadi kita mudahkan "Google search engine" dengan memberitahu kita ada website(blog), sila daftar kedalam pengkalan data segera.

Paling mudah nak fahamkan apa proses ini buat. Saya bagi senario mudah. Anda nak cari kerja, dan ada semua maklumat mengenai kelayakan, sijil dan lain lain pengiktirafan. Syarikat tidak akan tahu anda sedang mencari kerja melainkan anda rekodkan semua data kelayakan dan profil disatu tempat (agensi cari kerja).. Jadi maklumat anda senang dicari oleh syarikat yang ingin mencari pekerja. Dengan lain perkataan, anda uruskan pendaftaran segera website(blog) disatu tempat iaitu (Google index server) supaya google ada maklumat website(blog) anda dan mudah pengguna mencari maklumat anda.


Jadi apa lagi hanya dua langkah saja untuk daftar website anda. 2 langkah dibawah adalah contoh untuk daftar blog kedalam senarai pencarian "Google search engine".

Langkah 1:

Masukkan butiran google email akaun


  • Masukkan butiran google email akaun anda dan klik button biru "Sign In"
  • Jika login yang dimasukkan betul sambung langkah seterusnya.
Langkah 2:
  • Masukkan URL anda. Contoh dibawah "suzanamohdramli.blogspot.com" akan didaftarkan kedalam senarai "Google search engine" crawling list. Dia bukan daftar sebagai result, cuma daftar sebagai senarai yang akan dilawati oleh "Google seach engine" untuk diambil segala maklumat website anda.
  • Masukkan input yang tepat dalam text box "Type the two word"
  • Klik button "Submit Request"
Daftar website(blog) anda
  • Jika tiada masalah, page berikut akan dipaparkan. Dan anda telah berjaya senaraikan website(blog) kedalam senarai pencarian "Google search engine".
Anda berjaya daftar website(blog) kedalam senarai "Google search engin"

Sila ambil perhatian, ini adalah untuk senaraikan blog anda kedalam senarai pencarian "Google search engine" sahaja tapi tidak akan menjamin blog anda akan disenaraikan pada senarai pertama bila pengguna mencari maklumat berkenaan blog anda. Anda tidak akan nampak apa-apa kesan pada website(blog) cuma untuk kegunaa Google untuk indexing dan susunan maklumat.

Selamat mendaftar, saya rempit dulu....... prennngggggggggggggggggggggggggg

No comments:

Post a Comment