Thursday, April 18, 2013

London & Paris Travel Log Day 6

Pagi-pagi tersedar lepas penat tidur semalam, bas masih tak bergerak lagi. Matahari dah mula nak naik. Tandas dalam bas pun dah tak ada air. Tak pernah Kak Sue jem macam gini kat mana-mana dari tengah malam tadi sampai dah pagi masih tak bergerak. Ingatkan dah boleh sampai Paris rupany masih lagi terperangkap.

Penat tunggu kat dalam bas, kami semua keluar menikmati udara pagi. Memang sejuk betul. Kalau tengokkan keadaan bas semua dah berais tayar dan badan  bas. Semuanya beku sehinggi titis air pun jadi beku seperti dalam gua. Kita semua apa lagi dah boring sangat semua ambik gambar waktu pagi matahari naik.

Ada yang dah tak tahan kena bergerak juga untuk dapatkan bekalan makanan. Menuruk Darren ada kawasan R&R sejauh 1 km dari sini. Darren ajak kami berjalan kaki kesana. Kak Sue nak berdiri pun tak tahan sejuknya, apa lagi kena jalan 1 km. Kak Sue stay dalam bas dan majoriti yang lain bergerak berjalan kaki menuju ke R&R terdekat. Kat Highway ni majoriti lori saja semuanya terdampar ditengah-tengah jalan tak bergerak. Jadi kalau nak berjalan ke R&R terpaksa melalui celah-celah lori.

Selepas dorang semua bergerak Kak Sue pun tidur balik kesejukan. Hampir sejam Kak Sue pun dah penat dan lapar. Terus ambik keputusan untuk berjalan juga ke R&R. Sejuk betul walaupun ada matahari bersinar. Dalam 30 minit berjalan Kak Sue pun sampai ke kawasan R&R berhampiran. Rupanya bukan seperti R&R di Plus Highway hanya sebuah stesyen minyak yang mempunyai kedai serbaguna macam Petronas. Makanan-makanan ringan saja. Kat dalam kedai tu dah penuh dengan kami semua. Sambil menunggu ada yang menyanyi yang terbaring dan termenung. Kita pun tak tahu bila boleh bergerak sebak higway tidak dibuka lagi untuk semua kenderaan. Dari pagi sampai pukul 1 tengahari kami masih disini.

Berita diterima Darren akan cuba dapatkan kebenaran dari Pihak Hai-O menambah 2 hari lagi trip kami. Belum confirm lagi tapi semua dah teruja. Harap-harap dapat. Dah penat kami menunggu dalam kedai serbaguna tu kami pun keluar main salji. Dah jadi macam budak-budak semua, berguling, baling bola salji dan macam-macam lagi. Hampir pukul 3 petang baru dapat berita higway telah dibuka semula kepada semua kenderaa. Syukur. Kami semua kembali semula kepada bas masing-masing.

Perjalanan dari lokasi ke bandar Paris akan mengambil masa 2 jam. Dijangka tiba pada pukul 5. Kami semua dah penat tak sabar nak masuk hotel dan mandi. Badan semua dah berbau setelah 2 hari tersekat. Nasib baik cuaca sejuk, kalau kat Malaysia dah macam-macam bau. Bila bas bergerak Kak Sue tidur sehingga ke bandar Paris. Bila tiba saja teruja sangat sebab kali kedua Kak Sue sampai. Pandangan Eifel Tower dari jauh mengembalikan ingatan Kak Sue semasa pergi pertama kali dulu. Bila sampai ke Hotel semua cepat-cepat naik keatas sebab selepas ini kami semua akan pergi makan malam direstoren berhampiran. Darren hanya beri masa 1 jam pada kami untuk turun semula.

Apa lagi bila naik hotel mandi-mandi dan baring sekejap. Sedap sungguh. Lepas lega Kak Sue pun turun. Ingatan dalam kepala adalah makan. Dalam perjalanan ke restoren Darren memberi khabar gembira, pihak Hai-O telah memberi kebenaran untuk menambah trip hari kepada 2 hari lagi cuma ada berita yang tidak baik, untuk kepulangan kami akan dipecah-pecahkan ikut kumpulan lain untuk terbang pulang ke Malaysia. Kak Sue tak kisah asalkan dapat bonus 2 hari lagi. Sampai saja ke restoren apa lagi melantak habis. Lauk yang disediakan pulak kari. Makan saja.

Lepas selesai semua kita semua nak balik untuk berehat. Sampai hotel group TLC ajak pergi ambik gambar Eifel Tower dari jauh. Kena jalan kedepan sikit. Kita orang pun ambik gambar lepas tu semua balik ke bilik. Apa lagi tidur. Esok ada plan lagi nak berjalan-jalan sekitar Paris. Malam ni rehatkan badan saja.


Terperangkap di tengah Highway berhampiran sempadan Paris & UK. Pagi dah ni penat tunggu dalam bas.


Suasana matahari terbit di pagi hari. Memang amat sejuk


Banyangkan highway PLUS begitulah keaddan disini, cuma kenderaan tak bergerak langsung

Ini kedai serbaneka di kawasan R&R

Dah bosan kami semua pergi main salji pulak.


Nampak mat salleh mesti dorang cakap buang tebiat apa budak ni.


Bukannya senang nak dapat peluang baring atas ais macam ni.

Teruja kami semua walaupun penat. Dah tak kisah apa berlaku disekeliling

Lega rasanya bila bas mula bergerak menuju ke Paris


Inilah bas yang kami naik, memang besar dan panjan. Alhamdulliah sampai juga kami disni

Driver bas walaupun dah lebih 60 tahun tapi masih mampu memandu jauh.

Makan time. Tak sabar sebab lapar sangat.

Bandar paris.

Sambil makan sambil posing

Makan dengan kawan rapat

Kedai makan india muslim halal.

Pullman Hotel, grand betul

Jalan-jalan bersama kawan-kawan.

Bergambar berlatarbelakangkan Eifel Towe.


Esok tak sabar nak jalan-jalan sekitar bandar paris.

No comments:

Post a Comment