Friday, April 19, 2013

Bagaimana nak buka akaun blog - panduan dari Mat Rempit

Assalammualaikum semua, hari ini hujan so Mat Rempit ada sikit masa nak kongsi dengan anda semua. Ada permintaan dari Kak Sue untuk ceritakan bagaimana nak buka blog akaun dan berikut adalah cara-caranya.

Langkah Pertama:
Laman portal blog
  • Nampak button merah di atas. Klik "SIGN UP" bagi pengguna yang baru saja. (Saya berangapan anda tidak ada sebarang google email akaun. Kalau anda ada google email akaun sebelum ini, hanya masukkan google email akuan ke dalam input Email dan Password dan anda boleh terusk aktifkan akaun blog anda)



Langkah ke 2:
  • Masukkan butiran peribadi anda pada input dibawah
Butiran anda adalah penting dan pastikan ia betul

  • Selepas anda selesai masukkan butiran anda, pastikan anda ingat apa yang dimasukkan terutama Username dan password anda kerana butiran ini akan anda gunakan untuk login masuk kedalam Blog anda setiap kali anda mahu melakukan sesuatu
  • Mobile phone tak perlu disisi kalau tidak mahu akaun anda dipastikan melalui SMS, hanya pastikan anda masukkan text yang betul pada "Type the two pieces of text:". Tujuan text ini adalah untuk memastikan bukan mesin yang melakuakan pembukaan akaun Blog ini..
  • Pastikan anda tick "I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy"
  • Klik button biru "Next Step"

Langkah ke 3:
  • Jika tiada masalah pada data yang anda masukkan sebelum ini, page dibawah akan dipaparkan
Akaun Blog anda telah berjaya dibuka
  •  Anda boleh tukar gambar anda sendiri pada masa ini. Klik button merah "ADD PROFILE PHOTO" dan upload gambar anda ke Blog.
  • Buat masa ini abaikan dulu gambar profile. Anda boleh upload gambar profile selepas selesai nanti.
  • Klik button biru "Next Step" dan anda akan dapat seperti page dibawah
Anda telah berjaya buka akaun Blog dan hanya beberapa langkah saja lagi

  • Klik button biru "Back to Blogger" dan page dibawah akan dipaparkan
Tidak perlu ubah apa-apa pada page ini

  • Klik button oren di bawah  "Continue to Blogger" dan page dibawah akan dipaparkan

Akaun Blog anda telah siap dibina cuma menunggu untuk Blog site yang pertama


Langkah ke 4:
  • Sekarang anda telah siap membuka akaun Blog.  Langkah berikut adalah untuk bina Blog site anda.
  • Perlu diingat satu akaun gmail boleh bina banyak Blog site. Contohnya Blog untuk perniagaan, Blog untuk peribadi dan Blog untu hobi lain-lain lagi. Bergantung kepada anda.
  • Dari portal diatas klik button "New Blog" untuk blog pertama anda. Page dibawah akan dipaparkan.
Pastikan Title dan Address yang dimasukkan bersesuaian
  • Sila ambil perhatian. Ini adalah penting. Input Title adalah tajuk Blog anda. Contoh yang saya masukkan dibawah adalah "Perjalanan Hidup Mat Rempit" dan Address matrempitlive.blogspot.com.
  • Portal ini akan menceritakan kehidupan seorang mat despatch yang suka merempit. Dan Address matrempitlive.blogspot.com adalah alamat blog yang perlu dimasukkan setiap kali pelawat mahu masuk ke dalam blog anda. Pastikan anda ingat dan menggunakan address yang sesuai. Jika alamat tersebut telah dimiliki oleh orang lain anda perlu masukkan semula kepada address yang belum digunakan.
  • Click button :"Create Blog" dan Blog akan terbina seperti dibawah. Perhatikan Blog baru bernama "Perjalanan Hidup Mat Rempit".  Itu adalah blog anda berserta tajuk
Blog site pertama yang siap dibina


Langkah ke 5:
  • Sekarang blog telah tersedia seperti page di bawah.
Blog yang tersedia akan dimasukkan post yang pertama
  • Untuk post yang pertama pada Blog anda. Klik link "Perjalanan Hidup Mat Rempit" dalam contoh yang diberi. Nama link ini bergantung kepada tajuk blog yang anda masukkan sebelum ini. Page berikut akan dipaparkan.

Persedian untuk tambah post baru
  • Untuk post pertama Klick button oren "New Post". Page dibawah akan dipaparkan. Masukkan topik post anda dan masukkan kandungan yang anda ingin ceritakan. Contoh dibawah adalah post untuk menceritakan kisah seorang Mat Rempit di dataran merdeka.
Kandungan post yang pertama dari anda
  • Klik button "Save" untuk simpan apa yang anda ceritakan. Save tidak akan publish ke portal anda. Hanya simpan saja. 
  • Untuk publish dan kongsi blog anda klik button "Publish" dan paparan dibawah akan dipaparkan.
Select "Public" pada list untuk di publish
  • Klik button "Share" dan select pilihan "Public" untuk penerima. System akan balik kepada page sebelum ini.
  • Sekarang untuk paparan blog yang anda teleah bina tadi  sila klik "View Blog". Blog pertama anda siap dipaparkan seperti dibawah.
Post pertama pada blog anda


Tahniah anda telah berjaya membina blog anda sendiri dan post pertama telah pun dapat di publish untuk dibaca. Anda boleh post seberapa banyak yang anda suka mengikut kemampuan dan kesesuaian. Hanya login kembali kepada Blog anda dan tambah atau ubah apa yang perlu.

Perlu diingat setiap post hendaklah tepat dan pastikan anda tidak menyampaikan sesuatu yang tidak benar kerana anda boleh disaman oleh pembaca jika mereka tidak bersetuju atau menyentuh pekara yang tidak betul.

Selamat ber Blogging....
Nak rempit dulu.........

--Mat Rempit--




No comments:

Post a Comment