Monday, April 22, 2013

Semakin hari semakin seronok buat apa yang Kak Sue suka

Semalam Ahad 21/04/2013, Kak Sue dan Aween balik ke Kluang, Johor untuk membantu biz partner kami iaitu Hafnida  dan Juliana. Kak Sue bertolak pada pukul 9  pagi dari Kuala Lumpur dan sampai ke Kluang, Johor lebih kurang pukul 11:30 pagi. Sebelum terus ke rumah Hafnida, Kak Sue singgah ke rumah Mak mentua Kak Sue dan kami bersiap-siap membuat persiapan akhir. Setelah selesai semuanya, kami bertolak kerumah Hafnida pada pukul 2 petang.

Sesi pengenalan dari kami dan demo BioZone food purifier pada hadirin


Yang bestnya Hafnida menjemput kawan-kawan terdekat dan rakan sekerja untuk hadir mendengar perkongsian ilmu dan produk bagimana menjana pendapatan dengan menggunakan media sosial. Ada sedikit jamuan selepas sesi. Ini macam zaman mak-mak kita dulu ada jamuan untuk memperkenalkan produk. Kak Sue tak perlu nak bagitahu produk apa tapi rasanya majoriti dari kita tahu dan pernah melaluinya dulu. 

Aween sedang membuat demo produk Bio Velocity pada hadirin

Untuk kali ini ada 2 sesi sebelah petang dan malam. Pada mulanya Kak Sue dan Aween merasa sedikit gementar kerana ini adalah pertama kali, kami akan berkongsi dan memperkenalkan produk secara  berkumpulan. Biasanya kami akan jumpa secara individu. Hafnida selaku tuan rumah memperkenalkan kami kepada hadirin dan Aween selaku upliner Kak Sue memberi ucapan dan memperkenalkan produk seterusnya disokong Kak Sue. Semakin lama kami bercakap semakin yakin dan mampu untuk terus  berkongsi dengan hadirin. Betul orang cakap, tak cuba tak tahu dah cuba kita baru tahu kemampuan kita. Keyakinan Kak Sue untuk berdepan dengan pendengar semakin kuat. Cabaran yang harus dilalui untuk berjaya. Kak Sue tahu ramai yang tak selesa untuk melakukannya tapi untuk berjaya kita kena cuba dan keluar dari zon selesa. Bila sampai satu tahap, kita akan rasa zon sukar itu tidak menjadi sukar lagi dan mahukan cabaran baru.

Respon yang diterima amat baik dan alhamdulliah kami dapat jana jualan sebanyak 7 set Premium Beautiful dalam masa 2 jam. Teruja kami kerana dapat membantu Hafnida menjana pendapatan pertama beliau. Bukan itu saja, ada juga prospek yang berminat untuk menjadi biz partner. Lama juga kami berborak mengenai produk. Sesi pertama tamat pada pukul 6 petang. Kami semua balik semula ke rumah mak mentua untuk berehat dan keluar semula untuk sesi kedua pada pukul 8:30 malam.

Pada malamnya, sekali lagi ada yang berminat untuk menjadi biz partner, sehinggakan bukan prospek yang hendak balik tapi kami yang jauh ni terpaksa meminta diri untuk balik kerana jam sudah menghampiri pukul 12 malam. Terima kasih kepada Kak Aida yang amat berminat mendengar dan kami terpaksa meminta diri dulu kerana esok kami terpaksa kerja seperti biasa. Walaubagaimana pun alhamdullilah Hafnida sambung melayan Kak Aida. Semoga usaha Hafnida akan terus berjaya. InsyaAllah.

Sesi malam, hadirin yang mendengar perkongsian produk dari kami

Kami sampai ke KL lebih kurang pukul 3 pagi. Lepas membersihkan diri, Kak Sue pun tidur. Penat tapi rasanya berbaloi. Tiap usaha yang kita buat itu akan mendapat hasil jika kemahuan melebihi alasan. Kak Sue harap akan ada aktiviti seperti ini lagi dan memang ada permintaan dari hadirin yang datang untuk kami membantu mereka seperti ini. InsyaAllah kalau dengan keizinan tuhan. Kami sedia membantu setakat yang mampu untuk bermula dan seterusnya berjaya dan mampu melakukan seperti kami kerana untuk berjaya anda perlu lakukan apa yang kami lakukan sekarang. Perniagaan perlukan duplikasi. Tanpanya anda tidak akan jana pendapatan yang diinginkan. Amin

No comments:

Post a Comment