Tuesday, April 16, 2013

Automasi dan integrasi dalam rangkaian sosial – Siri 1 : Pengenalan automasi dan integrasi dalam rangkaian sosial

Untuk memudahkan kita memahami konsep automasi yang ingin diketengahkan adalah dengan memahami scenario mudah seperti dibawah:

Kata kunci
Sumber Kejadian (Trigger Point)
Kejadian (Trigger)
Aksi (Action)
Jika
Kereta
Penggera berbunyi
Kita periksa keadaan kereta
Harungi hujan turun
Hidupkan wiper
Jika
Basikal
Kena paku
Tampall tiub basikal
Tukar tiub baru
Kena curi
Report kepada polis
Cari sekitar kawasan berdekatan

Automasi Sosial: Konsep yang amat mudah difahami dengan contoh diatas. Cara paling mudah untuk difahami adalah dengan mengigati ayat berikut “Jika berlaku sesuatu pada sumber kejadian, lakukan aksi seterusnya.”.

Integrasi: Kita bukan hanya melakukan aksi untuk sumber kejadian (Cthnya Facebook) malah kita boleh laksanakan aksi yang selain dari sumber kejadian(Facebook) kepada sumber kejadian lain (Cthnya aksi kepada Blog, Email, Instagram dll)

Kita lihat pula kaitan scenario diatas dengan rangkaian sosial yang ada. Kalau dilihat pada pemahaman diatas, Facebook contohnya , "Jika berlaku sesuatu pada Facebook(mesej baru, saya ditag dalam gambar, dll) saya, lakukan aksi sesuatu (hantar email, post mesej pada blog, simpan gambar tersebut dalam cloud)." 

Antara rangkaian sosial yang boleh diautomasikan

Terdapat banyak rangkaian sosial (social networking) yang terdapat di alam maya. Antara rangkaian sosial yang utama adalah:
  1. Facebook
  2. Blogger
  3. Instagram
  4. Flickr
  5. Googe Talk
  6. Youtube
  7. dan lain-lain lagi....

Semua rangkaian yang disebutkan diatas mempunya kejadiannya(trigger) sendiri. Setiap kejadian yang berlaku kita boleh laksanakan aksi yang seterusnya. Sila lihat contoh scenario di bawah:


Kata kunci
Sumber Kejadian (Trigger Point)
Kejadian (Trigger)
Aksi (Action)
Jika
Facebook
Mesej status baru oleh anda
Send Email kepada kawan-kawan
Create post pada blog saya
Create post dengan gambar pada blog saya
Anda telah ditag dalam gambar
Send Email kepada saya dan kawan-kawan dengan gambarnya sekali
Jika
Blog
Ada blog post baru
Hantar mesej baru kepada facebook

Masa(Time Schedule)
Pada setiap hari bekerja setiap pukul 9 pagi
Post kata-kata semangat terpilih pada facebook

Email
Ada email baru masuk dari seseorang
Post kandungan email kepada facebook

Scenario diatas adalah hanya contoh sahaja. Banyak lagi aksi yang boleh dilaksanakan.
Harap pembaca faham. Dan jangan ragu-ragu untuk bertanya. Saya akan menunjukkan bagaimana untuk melaksanakan automasi dan integrasi pada post yang seterusnya. Fahami dulu apa yang disampaikan.


No comments:

Post a Comment