Wednesday, April 10, 2013

SOHOBiz 2013 Sabtu 13 April 2013 - Perkongsian pengalaman perniagaan maya bersama Jutawan yang telah berjaya.

Kak Sue teruja nak pergi mendengar dari jutawan yang telahpun berjaya dalam perniagaan melalui internet. Kak Sue bukannya ada banyak pengalaman dalam bidang IT ni. Jadi peluang yang diberikan ini boleh Kak Sue serapkan pengalaman dari mereka yang telah berjaya.

Perkongsian kejayaan bersama jutawan yang berjaya.

Wajah-wajah mereka yang telah menjadi jutawan. CDM Siti Rohana dan suaminya CDM Azlan bersama juga Irfan Khairi

Irfan Khairi adalah antara anak muda yang menjadi jutawan melalui alam maya. Kak Sue tak kenal sangat dengan dia ni. Tapi pernah dengar namanya melalui akhbar dan majalah. Yang Kak Sue tahu dia pernah menjual peta kepada pelanggan yang datang dari seluruh dunia. Dari situ dia mula bergerak hingga menjadi seorang jutawan. Kalau produk yang semudah itu pun boleh berjaya, inikan pula produk lain yang lebih fungsi dan kegunaannya. Tentu ada cara untuk memulakannya. Kak Sue nak lihat bagaimana beliau melakukannya. Kalau dia boleh sudah tentu Kak Sue juga boleh. Dari pasaran tempatan kita boleh pasarkan  produk kepada masyarakat antarabangsa. Sudah tentu.

Ilmu yang ditimba oleh Irfan Khairi semasa belajar digunakan sepenuhnya

Umur yang muda tak menghalang Irfan Khairi untuk bergelar jutawan

Yang kedua, yang akan berkongsi pengalaman adalah CDM Salha. Memang seorang yang masih muda tetapi kejayaan dan pendedahan yang diterima oleh beliau cukup membuat Kak Sue cemburu. Dalam hati kenapa Kak Sue tak mulakan langkah seperti beliau dahulu. Mungkin kerana sikap dan cara pemikiran yang diajar disekolah dulu tidak sama dengan generasi baru atau Generasi Y yang lebih mudah menerima perubahan. Banyak yang akan dikongsi oleh beliau nanti Kak Sue pasti.

CDM Salha yang menjadi icon surirumah untuk berjaya


CDM Salha jutawan muda yang hanya surirumah biasa pada permulaannya.

Kak Sue juga ada membuat kajian, mengikut statistik penduduk Malaysia adalah seramai 28.3 juta pada tahun 2010 dan mengikut pengiraan, pada tahun 2013 sudah melebihi 30 juta jumlahnya jika dikira dengan kadar 2.1% pertumbuhan setiap tahun. Selangor, Johor dan Sabah mendahului jumlah penduduk dari negeri lain. 

Apa yang kita boleh buat dengan statistik ni Kak Sue? Kalau ada sesiap yang selalu cakap tak ada kawan lah nak buat business. 30 juta jumlah penduduk Malaysia adalah kawan kita lainlah kita berperang dengan mereka. Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh MCMC hampir 60% atau 18 juta rakyat malaysia boleh mencapai Internet. Negara kita adalah antara yang tertinggi kadar capaian Internet. Jadi macam mana kita nak capai 18 juta kawan-kawan kita di Internet? Jom kita dengar seminar "The power of Social Networking" dari mereka yang telah berjaya. 

Jangan lupa Sabtu ini 13 April 2013, dari pukul 2:00 pm - 5:30 pm, jutawan Internet, Irfan Khairi dan CDM Salha akan berkongsi pengalaman dengan kita semua. Hubungi Kak Sue 012-6396241 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa sms Kak Sue, Nama dan No telefon anda jika anda hadir kerana Kak Sue nak uruskan pendaftaran anda. 

Buka minda kita sekarang. Ingat!!! Ini adalah cara perniagaan pada abad akan datang. Jadilah sebahagian dari revolusi akan datang.

No comments:

Post a Comment