Wednesday, July 4, 2012

Usaha Kak Sue untuk berjaya

Sebelum ini Kak Sue hanya memperkenalkan diri sebagai "Saya" dan Kak Sue rasa kurang mesra dengan pembaca. Untuk kali ini dan seterusnya Kak Sue akan mula kenalkan ganti diri Akak dengan panggilan "Kak Sue". Harap lebih dekat lagi dengan pembaca.


Bersama rakan menghadiri kelas selepas waktu pejabat

Dalam 3 minggu kebelakangan ini Kak Sue jarang kemaskini blog ini kerana sibuk dengan aktiviti perniagaan yang telah pun berjalan lebih sebulan. Banyak temujanji yang telah dibuat dan ada yang memberikan respon yang positif dan negatif. Secara keseluruhan bagi Kak Sue respon dari kalangan anak muda yang berumur kurang dari 30 tahun rendah berbanding mereka yang berumur atas 30an. Antara faktor yang mungkin adalah kesedaran tentang kesihatan dan penjagaan penampilan kurang bagi kalangan anak muda. Kak Sue pun pernah melalui zaman tersebut dan faham kenapa mereka kurang berminat. 

Faktor lain adalah kedudukan keewangan yang stabil. Bagi kalangan mereka yang telah 30 tahun keatas, kedudukan keewangan mereka lebih stabil dan mampu untuk mengeluarkan sedikit wang untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi mereka yang muda ini Kak Sue perlukan komitmen yang lebih untuk meyakinkannya. Tidak menjadi masalah kerana usaha yang berterusan perlu untuk mencapai kejayaan.

Berbincang secara terus dengan mereka yang telah berjaya di dalam sesi kelas

Faktor lokasi juga memainkan peranan. Jika di kawasan kampung dan luar bandar respon yang diberikan agak kurang kerana pendapatan mereka kurang sedikit dari di bandar tapi usaha boleh dilakukan untuk memasarkannya. Ada juga dikalangan mereka yang terlibat berasal dari sini dan telah berjaya dalam perniagaan.

Ada juga mereka yang menolak terus tanpa melihat produk. Kak Sue tidak salahkan mereka kerana mereka biasanya membuat kesimpulan, Kak Sue hanya ingin menjual untuk mencapai "Target" dan mencari "Rakan Perniagaan". Kak Sue menjalankan perniagaan sendiri dan tidak memaksa mereka untuk bersama. Kak Sue terima penolakan secara baik dan sentiasa berfikiran positif. Perlu diingat dalam perniagaan PB ini kita tidak boleh mengharapkan "Rakan Perniagaan". Kita sendiri kena usaha jika nak berjaya.


Kak Sue juga bertemu mereka di Johor bertempat di Grand Bluewave Hotel, JB

Dalam perniagaan ini, ada dua objektif yang Kak Sue nak capai. Satu "Menjual" dan satu lagi mencari "Rakan Perniagaan". Bagi Kak Sue, menjual adalah lebih mudah untuk dilakukan kerana produk "Premium Beautifulmemang telah terbukti berkesan. Tapi untuk mencari "Rakan Perniagaan" memang susah. Tidak semua dari mereka mahu melakukannya. Mungkin memakan masa untuk mencari rakan sebegini tetapi tidak mustahil kerana mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini telah melakukannya.


Yang tengah tu CDM Salha, dia memang telah berjaya dan Kak Sue juga ingin berjaya sepertinya

Untuk kali ini Kak Sue lebih berfikiran positif dan berusaha. Rezeki ditentukan olehNya tetapi usaha mestilah datang dari diri kita. Kak Sue rasa pilihan menceburi perniagaan adalah tepat dan semoga Allah merahmati usaha yang dilakukan. Kak Sue berpegang kepada Hadis yang berbunyi "Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Amin. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment