Kak Sue terlihat link yang meminta pendapat dari rakyat berkenaan budget 2013 oleh Perdana Menteri yang akan dibentangkan pada bulan September ini. Di sini Kak Sue terpanggil untuk memberikan cadangan kepada pihak kerajaan yang memerintah sekarang. Antara cadangan Kak Sue adalah:
http://1malaysia.com.my/blog/budget-2013-i-want-your-views/
Budget 2013 yang akan dibentangkan pada bulan September 2012 nanti
- Pengawalan harga keperluan harian, terutamanya barangan makanan diberikan perhatian yang khusus kerana sebarang kenaikan harga akan menyebabkan kenaikan barangan lain.
- Pengurangan kadar bayaran tol. Cadangan Kak Sue supaya subsidi harga minyak RON95 dikurangkan dan subsidi yang lebih boleh digunakan untuk pengurangan tol secara perlahan-lahan sehingga dihapuskan.
- Duti import yang berpatutan kepada kenderaan import. Buat masa sekarang kenderaan import hanya menjadi mainan orang yang berduit. Tidak memberi ada apa-apa faedah dan makna untuk rakyat biasa. BMW, Mercedes, Volvo, Audi, Toyota MPV, Honda MPV hanya mimpi saja buat masa ini. Kita hanya disogokkan dengan kereta tempatan yang harganya tidak sepadan dengan kualiti.
- Dasar automotif negara lebih terbuka tanpa campur tangan pihak kerajaan. Harga kenderaan berdasarkan kepada harga permintaan dan penawaran. Tiba masanya kerajaan melepaskan tangungan terhadap Proton dan Perodua. Biar pengguna yang menentukan kewujudannya dan bersaing secara sihat dengan pengeluar kereta antarabangsa.
- Budget untuk memperbaiki jalan raya di sekitar Bandaraya yang ternyata kualiti dan keselamatan boleh dipertikaikan. Lubang-lubang dan jalanraya yang tidak dibaik pulih. Kawalan kepada pihak swasta supaya tidak sewenang-sewenangnya mengorek jalan raya untuk tujuan komersial. Tanam kabel sana dan sini tetapi tidak menyempurnakan jalan seperti sediakala. Hanya menutup lubang yang dikorek yang lama kelamaan akan tengelam dan berlubang semula.
- Menaikkan kadar kompaun yang lebih tinggi pada kesalahan jalan raya yang serius. Contohnya memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu secara bahaya. Sikap pemandu di Malaysia memang susah nak diubah melainkan dengan undang-undang yang keras.
- Kadar cukai pendapatan individu dikaji semula kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
- Kadar pelepasan cukai anak ditambah.
- Mengetat dan mengawal pembelian rumah kedua oleh pembeli. Hanya 50% dari harga boleh dipinjam dari bank bagi mengawal spekulasi harga rumah oleh agen perumahan.
- Mengurangkan kos membuat pasport antarabangsa.
- Mengalakkan rakyat menggunakan motorsikal untuk perjalanan dekat dan ke tempat kerja dengan pengurangan duti import bagi motorsikal berkuasa tinggi. Bukan saja ia lebih selamat malah dapat mengurankan kesesakan di bandaraya.
http://1malaysia.com.my/blog/budget-2013-i-want-your-views/
No comments:
Post a Comment