Thursday, July 5, 2012

Dorongan untuk berjaya

Sedikit tentang latar belakang Kak Sue. Untuk pengetahuan semua Kak Sue belajar dalam jurusan perniagaan di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Kak Sue telah bekerja dalam bidang perbankan lebih dari  dari 15 tahun. Banyak pengalaman yang telah dilalui semasa bekerja. Semuanya dilakukan atas tanggungjawab bagi membantu suami menampung perbelanjaan seharian.

Tanggungjawab seharian diutamakan

Kehidupan kami sama seperti pasangan lain ada pasang surutnya dan kami masih lagi bersama meneruskannya. Kak Sue bersyukur kerana pendapatan kami berdua memang cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga. Kak Sue percaya majoriti dari kita akan melakukan pekara yang sama, kerana telah menjadi rutin seharian emak dan ayah kita sejak merdeka. Bagi orang Melayu terutamanya, cara hidup begini memang menjadi lumrah, bekerja untuk orang lain bagi menampung kehidupan seharian. Tidak salah dan memang sepatutnya dilakukan. Yang penting kerja yang dilakukan mestilah halal dan diberkati. Kita kena terima majoriti dari kita adalah pekerja yang makan gaji bulanan. Ini adalah zon selesa yang majoriti dari kita memilihnya. Untuk keluar dari zon ini bukan mudah, sebab banyak pekara yang perlu diambik kira disamping risiko yang dihadapi untuk keluar dari zon selesa tersebut. Berlainan dengan bangsa lain yang telah bergiat dalam bidang perniagaan dan menurunkannya kepada generasi seterusnya. Bukan nak cakap, Kak Sue bekerja di bank dan realitinya simpanan dorang memang banyak jika dibandingkan dengan kita yang makan gaji bulanan.


Bersama emak dan adik beradik

Pilihan untuk keluar dari zon selesa adalah ditangan kita. Kak Sue percaya kita semua bukannya bodoh dan tidak tahu bidang perniagaan lebih menguntungkan. Cuma kita terbatas dengan modal dan peluang. Sikap kita yang telah dipupuk dengan budaya lepas belajar cari kerja makan gaji. Jarang kita dengar ibu bapa yang menggalakkan kita menjerus kepada bidang perniagaan sendiri. Peluang dalam bidang ini memang terbentang luas. Kak Sue bukan nak katakan hanya perniagaan Premium Beautifuf saja tetapi secara keseluruhan dan umum. Ada banyak cara untuk memulakannya.  Dari pemerhatian Kak Sue, dalam bidang perniagaan, orang Melayu banyak terlibat dalam perniagaan yang lebih mudah antaranya seperti membuka gerai makanan, menjual kuih-muih, membuka butik dan kedai pakaian. Keutamaan diberikan kepada perniagaan keperluan seharian. Terbukti ada antara mereka telah pun berjaya. Ahli keluarga Kak Sue juga ada yang terlibat dalam bidang perniagaan kedai makanan dan telah diikuti oleh anak-anaknya dan tenyata mereka berjaya.

Suami dan anak-anak

Atas kesedaran ini, Kak Sue ingin mencuba untuk keluar dari zon yang selesa. Terus terang Kak Sue sebelum ini memang tidak berminat langsung untuk terlibat dalam bidang jualan langsung. Bila didekati oleh mereka, Kak Sue akan cuba menolak secara baik. Mungkin, anda pembaca blog dan Kak Sue juga adalah sebahagian darinya. Memang lumrah sebab dalam hati selalu berkata "Buat apa nak susah-susah, dah ada kerja, janji boleh makan dan tak menyusahkan orang lain dah cukup". Sikap begini memang tiada siapa pun boleh ubah melainkan diri sendiri. Sikap Kak Sue pun begitu sebelum ini. Cerita-cerita tentang kegagalan mereka yang sebelum ini mencuba juga menghantui sikap Kak Sue untuk mencuba bidang ini.

Dengan pendapatan yang Kak Sue ada, buat apa nak menyusahkan diri untuk mencari sesuatu yang tidak pasti kejayaannya. Setiap kali produk diperkenalkan oleh kawan-kawan kebanyakkannya tidak meyakinkan Kak Sue untuk membeli dan mencuba. Tak salah menjualnya sebab kita sama-sama mencari rezeki yang halal tapi keperluan Kak Sue untuk menggunakannya tidak ada, mungkin berguna untuk orang lain.


Ahli keluarga kami

Perubahan sikap Kak Sue ingin menceburi bukan semata-mata hanya dengan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya , tetapi keinginan dan peluang yang terbuka disamping produk yang baik dan berkesan. Kejayaan memang diimpikan. Galakan dan panduan dari mereka yang telah berjaya amat diperlukan. Bagi Premium Beautiful, pasaran memang besar kerana kesedaran masyarakat terutamanya wanita dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan sedang meningkat. Produk yang ingin dimiliki oleh wanita terutama bagi golongan wanita yang berkerjaya.

Semoga usaha yang kuat dan tersusun bersama rakan-rakan perniagaan lain akan beroleh kejayaan. Keinginan untuk  melibatkan diri secara sepenuh masa juga semakin bertambah selepas melihat perkembangan yang positif. Insyallah hasrat Kak Sue akan tercapai.

No comments:

Post a Comment