Kak Sue sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan tempat ke Paris dan London pada tahun hadapan. Tapi Kak Sue lebih teruja untuk sekali lagi melawat Paris dari melawat London. Dengan bangunan lama yang tersergam indah disamping suasana yang nyaman menjadikan tempat yang perlu dilawati. Kak Sue pernah ke Paris pada masa lalu bersama suami. Pengalaman semasa disana cukup indah walaupun duit belanja kami pada masa tu cukup-cukup saja. Pada masa tu kami tinggal di hotel yang murah tapi harganya boleh tahan lebih daripada hotel lima bintang di KL. Kami bawa makanan segera dari KL tapi sebenarnya memang banyak kedai yang menjual barang halal di sana. Cuma kalau budget tak mencukupi adalah lebih baik bawak makanan sendiri. Semasa disana kami tidak ambik bas atau teksi kalau nak kemana-mana kerani duit yang cukup-cukup saja. Suami cakap, jalan kaki saja sebab hotel kami memang berhampiran dengan tempat yang ingin kami lawati. Lagi satu faktor cuaca yang memang sejuk lebih mudah untuk berjalan-jalan. Pada masa kami pergi sana rasanya suhu dalam 20-3 darjah celcius. Cukup sejuk untuk orang macam kita. Tak sabar rasanya nak pergi sekali lagi bersama rakan perniagaan Premium Beautiful.
Kenangan bersama suami di Paris
Antara bandar lain yang Kak Sue ingin lawati lagi adalah Tokyo, Jepun. Walau pun sudah tiga kali Kak Sue menjejakan kaki kesana tapi keinginan untuk melawat lagi masih belum terpadam. Antara tempat yang menarik adalah Disneyland, Tokyo. Memang cantik dan bersih. Anak-anak Kak Sue terutama Aqis nak pergi lagi kalau emak dan ayahnya ada modal. InsyaAllah mungkin hasil dari pendapatan Premium Beautiful kita sekeluarga akan pergi bersama lagi kesana. Bercakap tentang Tokyo, apa yang Kak Sue nampak adalah cara hidup rakyat mereka yang berdisplin dan fokus dengan tanggungjawab. Kualiti perkhidmatan mereka memang tak boleh nak banding. Mereka tak pandang rendah pada orang lain mereka akan hormat kita sebagai pelanggan walaupun kita bukan orang sana. Kebersihan memang dititiberatkan. Berbanding dengan Eropah dimana pandangan orang barat kepada kita memang rendah. Kalau pergi sekali Lagi mungkin Kak Sue ingin melawat Gunung Fuji.
Bersama suami di pusat peranginan salji di pinggir Tokyo
Kalau dilihatkan mesti anda semua fikir Kak Sue kaya dan berasal dari orang yang berada sebab boleh berjalan ke sana sini. Kak Sue bukan berasal dari keluarga yang senang dan berharta begitu juga Suami Kak Sue. Emak Kak Sue bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di Hotel dan arwah Ayah Kak Sue bekerja sebagai pekerja operator kilang di kilang ais krim. Manakala suami Kak Sue pula ayahnya bekerja sebagai anggota tentera darat bawahan dan ibunya sebagai suri rumah. Sekarang semuanya dah pencen dan duduk dirumah saja. Kami berdua tidak ada perniagaan lain sebelum ini hanya bekerja makan gaji biasa setiap bulan dan bukan berpuluh ribu pendapatan.
Kak Sue berjalan kesana-sini adalah hasil dari jimat cermat dan mengumpul bersama suami. Untuk maklumam pembaca kami pergi berjalan adalah hasil dari pendapatan gaji semata-mata. Gaji kami sebulan pun tidak sampai pun lima angka. Kami masih belum lagi menggunakan hasil dari pendapatan Premium Beautiful. Diharap dengan usaha Kak Sue sekarang dapat melayakkan kami pergi bersama untuk lawatan ke Paris dan London pada tahun hadapan.
Akhir sekali InsyaAllah jika diizinkan tuhan Kak Sue ingin bersama keluarga pergi menunaikan Umrah/Haji sekeluarga dalam 3 tahun akan datang. Kak Sue sekarang sedang menyelesaikan apa yang tertunggak dan perlu sebelum menunaikannya dengan hati yang ikhlas tanpa ada tanggungan yang ditinggalkan jika apa-apa berlaku. Semoga tercapai impian kami hendaknya. Aminnnnn....
No comments:
Post a Comment