Tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak juga adalah sebahagian dari kewajipan. Alhamdullilah berkat usaha anak sulung saya telah mencapai keputusan yang cemerlang pada PMR tempohari. Sabtu lepas 30/06/2012 saya merehatkan diri dari aktiviti PB untuk turut serta dalam majlis penyampain Anugerah Kecemerlangan PMR 2011. Bukan itu saja Sofea Mardiana juga telah mendapat tempat ke tiga terbaik keseluruhan dalam aliran pada tahun 2011.
Sofea Mardiana menerima Sijil di hari Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2011
Terus terang bukan mudah nak mencapai kejayaan kerana pada awalnya perkembangan pelajaran Sofea Mardiana tidak begitu baik tapi atas kesedaran kami suami isteri telah membantunya untuk berjaya disaat-saat akhir. Terima kasih Kak Fifie sekali lagi kerana menghadiahkan kami dengan 8A.
Apa yang kita boleh pelajari disini adalah kejayaan boleh dicapai dalam apa saja bidang. Fokus dan usaha yang kuat disamping dorongan dari mereka disekeliling.
Semoga Sofea berjaya untuk SPM 2013 yang akan datang. Insyallah....
PS: Ayahnya suruh jadi Doktor tapi dia lebih berminat untuk menjadi Jurutera... Biarlah dia buat pilihannya sendiri. Yang penting kami telah berikan yang terbaik untuknya.
insyaAllah kak sue...from my personal experience, biar anak-anak buat pilihan, kita beri pilihan, lay down the option, biar die make the choice...
ReplyDeleteyang pendting as parents, siapkan je duit nak hantar university terbaik didunia :)
saya doakan kak sue and family dalam rahmat Allah selalu k ....

Terima Kasih Isma. Memang Kak Sue bagi dia pilihan. Cuma yang boleh Kak Sue lakukan berikan yang terbaik.
ReplyDelete