Friday, July 27, 2012

Bimbingan dari Kak Sue untuk anda yang ingin bermula

Salam kepada semua, alhamdullilah Kak Sue masih lagi dapat menjalani ibadah berpuasa dan sihat sejahtera disamping menjalankan tanggungjawab di tempat kerja dan perniagaan Premium Beautiful. kepada pembaca yang inginkan pendapatan yang boleh menjangkau kepada 4, 5  dan 6 angka, Kak Sue sedia membantu secara terus atau "One to One guidance".  Tak kisah anda berada dimana, Kak Sue sedia memberikan bantuan dan panduan.Yang PENTING anda hanya perlu ada keinginan, minat dan dedikasi. Bermula dari 0 dan seterusnya hingga mencapai apa yang diinginkan. Kak Sue tahu bukan mudah untuk mulakannya tapi secara perlahan-lahan dengan bimbingan dan semangat untuk bekerjasama dan berjaya, InsyaAllah kita boleh lakukannya.  Kak Sue tahu apa yang sesetengah dari anda fikirkan... "Alahhh cakap boleh ler nanti bila dah jadi rakan perniagaan akan dibiarkan saja kita berseorangan. Yang kaya nanti orang atas". Perlu Kak Sue ingatkan dalam perniagaan ini anda tidak boleh berseorangan untuk berjaya. Ia perlu kerja berkumpulan. Kak Sue sebagai orang yang memperkenalkan kepada anda tidak akan membiarkan anda berseorangan. Kak Sue akan membantu anda semampu yang boleh untuk bersama sama mencapai kejayaan. Kenyataan bahawa orang atas boleh kaya adalah salah. Dalam perniagaan Premium Beautiful, anda orang dibawah sebenarnya boleh menjadi ketua kepada orang atas jika usaha anda lebih berjaya dan orang atas tak akan mendapat apa-apa habuan jika hanya mengharap orang dibawah bekerja.

Kerjasama erat adalah kunci kejayaan bersama

Dengan pengalaman Kak Sue dalam bidang pemasaran dan keewangan, Kak Sue boleh membantu anda untuk memulakan langkah. Yang penting kerjasama dan mampu mengikuti plan yang bakal dibincang dan akan dilaksana bersama. Kak Sue serius bila menyebut "kerjasama". Dalam masa dua bulan selepas Kak Sue menceburi perniagaan ini, aktiviti Kak Sue penuh setiap hari dan minggu. Kak Sue tumpukan sepenuhnya disamping kerja harian. Kak Sue ada matlamat dan usaha cuma kejayaan tidak akan datang dalam masa yang terdekat sebab ini bukan perniagaan skim cepat kaya. Habuan yang akan diterima setelah usaha yang telah dilakukan nanti bakal melenyapkan segala penat dan kepayahan yang dilalui. Kak Sue baru bermula dan pendapatan Kak Sue pada bulan pertama adalah RM10,+++.00. Peluang untuk menambah pendapatan memang ada cuma anda saja yang mampu mengubahnya. Jika nak seribu daya atau seribu dalih menolaknya. Jika anda ingin bersama-sama hubungilah Kak Sue. Tak kisahlah anda di Johor, Kelantan, Penang, Pahang,  Perlis atau di mana mana saja didalam Malaysia atau luar seperti Singapura dan Brunei sila hubungi saja. Kak Sue sedia berkongsi dan memulakannya bersama. InsyaAllah.

PS: Dalam bulan puasa ni pun, Kak Sue penuh dengan aktiviti perniagaan. Selepas menunaikan solat terawih Kak Sue berjumpa dengan pelanggan dan menghadiri kelas. Raya tahun ni terus terang Kak Sue tak mengharapkan habuan dari tempat kerja sekarang. Kak Sue dah ada budget untuk perayaan. Anda juga boleh lakukannya.

Tuesday, July 24, 2012

Komunikasi dan IT - Pandangan se-posen Kak Sue

Kak Sue, sebenarnya tidak pernah terfikir akan mengunakan komputer riba, telefon bimbit dan alatan mudah alih lain sebagai alat perhubungan. Latarbelakang Kak Sue bukan dari bidang Teknologi Maklumat. Kak Sue tamat pengajian pada tahun 1993 dan pada masa itu teknologi komputer ini tak berapa menonjol. Yang Kak Sue tahu pada masa tu hanya menggunakan "Wordstar" untuk menaip surat atau "Lotus 123" untuk applikasi keewangan. Pakej perisian Microsoft "Word" dan "Excel" masa ni baru saja diperkenalkan.

Kak Sue jamin siapa yang dalam era Kak Sue pasti biasa lihat gambar di atas di depan komputer

Perkataan "Network" memang Kak Sue dengar pada masa tu tapi kalau orang sebut "Internet" memang tiada siapa yang tahu. Telefon bimbit pada masa tu bukan satu keperluan bagi orang biasa. Dan bukan semua bos di syarikat menggunakan telefon bimbit hanya yang berduit dan ada keperluan saja menggunakannya. Masa tu yang paling canggih Kak Sue rasa mesin faks sebab boleh hantar mesej teks bergambar.

Saiz handphone awal 90an. Memang lawak. Biasa nampak tokey-tokey besar cina saja guna ni. 

First hp untuk family yang Kak Sue beli bersama suami, itupun kongsi. Motorola Micro Tac.

Bercakap pasal komputer saja kalau zaman awan 90an dulu, "Imbi Plaza" adalah pusat utama untuk mendapatkan peralatan dan perisian di Kuala Lumpur. Itupun suami Kak Sue yang bawak masa mula-mula kami kenal dulu. Kalau tak jangan harap nak jejak "Imbi Plaza" sebab hanya tempat untuk budak-budak IT masa tu. Perisian pada masa tu rasanya 95% daripadanya adalah cetak rompak terutamanya perisian permainan komputer. Teknologi cakera pada masa tu baru nak bermula. So penggunaan disket pada masa tu memang banyak. Kapisiti saiz satu disket hanya bersaiz 1.4MB. Kalau nak bandingkan dengan saiz fail sekarang, satu lagu MP3 bersaiz sekurang-kurangnya 4 MB. Yang hairannya dulu Kak Sue buat kertas kerja dan dokumen projek semuanya disimpan dalam satu atau dua disket saja. Sekarang jangan harap dengan saiz macam tu. Satu power point presentation pun boleh ambik saiz lebih 4 MB.

Apa-apa pun memang terdapat banyak perbezaan dalam 20 tahun kebelakangan ini. Telefom bimbit memang semakin canggih dan pelbagai guna. Nanti Kak Sue nak cerita lak pasal rangkaian sosial yang diperkenalkan secara tak sengaja oleh suami Kak Sue dan terus jadi kebiasaan... medium komunikasi sebegini rasanya akan terus menjadi alat hubungan sosial utama masyarakat untuk abad akan datang. Tunggu ceritanya nanti...

Sunday, July 22, 2012

Syukur, berkat Ramadhan Anugerah ke 2 dalam bulan ini.

Alhamdullilah syukur kehadrat illahi kerana dengan limpahnya Kak Sue dapat meneruskan menjalankan ibadah puasa pada hari ini. Hari ini masa Kak Sue penuh dengan aktiviti perniagaan.  Tengahari tadi Kak Sue sibuk membeli barangan yang dipesan oleh pelanggan sehingga kepukul 5. Pada petangnya pula lepas selesai Kak Sue terus pulang ke kampung Lenggeng, Negeri Sembilan untuk bersama-sama berbuka puasa bersama ahli keluarga. Riuh rendah di sana. Selesai berbuka puasa Kak Sue sempat lagi mempromosi produk Premium Beautiful kepada ahli keluarga yang terdekat. Oleh kerana kesuntukan masa Kak Sue tak dapat nak menerangkan lebih lama kepada mereka. InsyaAllah Kak Sue akan cari peluang pada masa yang lain untuk bersama mereka semua.

Menerima anugerah untuk jualan RM100k dalam sebulan, gambar ikhsan dari Ismalina Ishak

Selepas duduk berehat dan menunaikan tanggungjawab Kak Sue perlu bergegas untuk kembali semula ke KL sebab malam ini Kak Sue menerima anugerah sekali lagi kerana pencapaian Kak Sue bersama rakan perniagaan yang dapat mencapai angka jualan RM 100,000 dalam masa sebulan.
Terima kasih kepada Ismalina Ishak kerana memberi galakan kepada Kak Sue dan rakan perniagaan untuk terus berjaya. Berkat puasa pada hari pertama Kak Sue menerima sebuah jam tangan dan dompet yang rasanya cukup mahal. 2 anugerah Kak Sue terima dalam bulan ini. Satu daripada majikan tempat Kak Sue bekerja dan satu lagi dari perniagaan Premium Beautiful. Kak Sue lebih bersemangat dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mencapai matlamat untuk berjaya. Esok Kak Sue ada juga temujanji perniagaan. Sebelum Kak Sue masuk tidur ingin Kak Sue mengajak kawan-kawan dan kenalan yang ingin turut sama agar bersama-sama Kak Sue jika anda ingin berjaya dalam perniagaan Premium Beautiful ini. Kak Sue baru bermula dan ini adalah waktu yang terbaik untuk anda semua bersama-sama berusaha bersama Kak Sue. Akhir sekali selamat bersahur dan selamat berpuasa.

Saturday, July 21, 2012

Sehari sebelum bermulanya puasa dibulan Ramadhan

Hari ini adalah hari terakhir sebelum semua dari kita semua umat islam mula berpuasa. Kak Sue sempat menghadirkan diri ke kelas di Taman Tun Dr.Ismail. Kami bukan ja belajar malah majlis sembahyang terawih juga diadakan. Apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar akan digunakan untuk mencapai matlamat diimpikan.

Kak Sue menghadirkan diri pada hari ini

Berpuasa bukan bermakna kita mengentikan aktiviti lain. Sambil kita menjalankan ibadah kita juga bersama-sama mencari nafkah seharian. Semoga dalam bulan yang mulia ini, tuhan akan memberikan ruang yang lebih untuk mencari rezeki disamping amal ibadat yang lebih terbuka.

Pesanan kepada rekan sekerja di tempat bekerja

Sekali lagi Kak Sue mengucapkan kepada semua selamat menjalankan ibadah berpuasa. DIsamping menjalankan tugas harian jangan lupa untuk kita sama-sama mendekatkan diri kepada tuhan dan berdoa agar hidup kita, saudara mara kita, kawan-kawan rapat, umat islam dan warga dunia semuanya sentiasa dalam keadaan aman dan makmur. Negara yang aman dan makmur serta keadaan ekonomi yang stabil akan dapat memberikan kita peluang yang lebih untuk mencari rezeki. Amin.


Thursday, July 19, 2012

Anugerah Top 5 Lead Generator for BIJAK MALAYSIA

Syukur alhamdullilah pada minggu ini, Kak Sue menerima anugerah dari pihak majikan kerana telah mencapai "target" penjualan produk di tempat Kak Sue bekerja.  Untuk penjualan produk dibawah kawasan, Kak Sue bersama teman-teman lain telah berusaha mencapai "target" yang dikehendaki. Seperti Kak Sue cakap bukan senang untuk mencapainya jika hanya kata-kata saja. Perlu ada perancangan dan kerjasama antara pekerja. Apa-apa yang dilakukan secara bersama, InsyAllah kita akan dapat mencapai apa yang diinginkan.

Anugerah yang telah dihadiri oleh Kak Sue

Anugerah yang diberikan memberikan Kak Sue semangat untuk terus berusaha. Bukan saja dengan pihak majikan sekarang malah dalam perniagaan Premium Beautiful juga Kak Sue ingin berjaya. Dengan pengalaman yang ada Kak Sue akan gunakannya untuk mencapai target yang diimpikan.

Bangga melihat sijil yang diterima dari pihak majikan

Pencapain Kak Sue dan cawangan bukan hanya dari hasil kerja seorang saja tapi atas dasar kerjasama antara pekerja yang berada dibawah penyeliaan Kak Sue. Kerjasama mereka menjayakan misi Kak Sue amat dihargai. Semoga kerjasama ini dapat memberikan keuntungan kepada pihak majikan. Bukan itu saja, mungkin imbuhan atau "Bonus" yang lebih baik dapat diberikan pada hujung tahun nanti. Insyallah...

Azlina Mazwin, rakan sekerja Kak Sue dan juga rakan perniagaan Premium Beautiful

Apa yang Kak Sue nak sampaikan disini adalah dalam apa jua usaha yang kita lakukan. Perancangan dan kerjasama berpasukan amat penting bagi mencapai kejayaan. Tak akan berjaya jika kita hanya berusaha sendirian. Lebih ramai yang bersama-sama berusaha lebih cepat hasil akan dikecapi.

Budget 2013. Beri pendapat pada PM terus

Kak Sue terlihat link yang meminta pendapat dari rakyat berkenaan budget 2013 oleh Perdana Menteri yang akan dibentangkan pada bulan September ini. Di sini Kak Sue terpanggil untuk memberikan cadangan kepada pihak kerajaan yang memerintah sekarang. Antara cadangan Kak Sue adalah:

Budget 2013 yang akan dibentangkan pada bulan September 2012 nanti

  1. Pengawalan harga keperluan harian, terutamanya barangan makanan diberikan perhatian yang khusus kerana sebarang kenaikan harga akan menyebabkan kenaikan barangan lain.
  2. Pengurangan kadar bayaran tol. Cadangan Kak Sue supaya subsidi harga minyak RON95 dikurangkan dan subsidi yang lebih boleh digunakan untuk pengurangan tol secara perlahan-lahan sehingga dihapuskan.
  3. Duti import yang berpatutan kepada kenderaan import. Buat masa sekarang kenderaan import hanya menjadi mainan orang yang berduit. Tidak memberi ada apa-apa faedah dan makna untuk rakyat biasa. BMW, Mercedes, Volvo, Audi, Toyota MPV, Honda MPV hanya mimpi saja buat masa ini. Kita hanya disogokkan dengan kereta tempatan yang harganya tidak sepadan dengan kualiti.
  4. Dasar automotif negara lebih terbuka tanpa campur tangan pihak kerajaan. Harga kenderaan berdasarkan kepada harga permintaan dan penawaran. Tiba masanya kerajaan melepaskan tangungan terhadap Proton dan Perodua. Biar pengguna yang menentukan kewujudannya dan bersaing secara sihat dengan pengeluar kereta antarabangsa.
  5. Budget untuk memperbaiki jalan raya di sekitar Bandaraya yang ternyata kualiti dan keselamatan boleh dipertikaikan. Lubang-lubang dan jalanraya yang tidak dibaik pulih. Kawalan kepada pihak  swasta supaya tidak sewenang-sewenangnya mengorek jalan raya untuk tujuan komersial. Tanam kabel sana dan sini tetapi tidak menyempurnakan jalan seperti sediakala. Hanya menutup lubang yang dikorek yang lama kelamaan akan tengelam dan berlubang semula.
  6. Menaikkan kadar kompaun yang lebih tinggi pada kesalahan jalan raya yang serius. Contohnya memotong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu secara bahaya. Sikap pemandu di Malaysia memang susah nak diubah melainkan dengan undang-undang yang keras.
  7. Kadar cukai pendapatan individu dikaji semula kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.
  8. Kadar pelepasan cukai anak ditambah.
  9. Mengetat dan mengawal pembelian rumah kedua oleh pembeli. Hanya 50% dari harga boleh dipinjam dari bank bagi mengawal spekulasi harga rumah oleh agen perumahan.
  10. Mengurangkan kos membuat pasport antarabangsa.
  11. Mengalakkan rakyat menggunakan motorsikal untuk perjalanan dekat dan ke tempat kerja dengan pengurangan duti import bagi motorsikal berkuasa tinggi. Bukan saja ia lebih selamat malah dapat mengurankan kesesakan di bandaraya.
Tunggu apa lagi, berikan pendapat anda disini supaya kita lebih didengari.
http://1malaysia.com.my/blog/budget-2013-i-want-your-views/


Tuesday, July 17, 2012

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati olehnya.

Sudah hampir 2 bulan Kak Sue menceburi perniagaan Premium Beautiful dan setakat ini, alhamdullilah pendapatan pertama telah diperolehi, Terus terang Kak Sue nyatakan disini bukan mudah untuk kita berjaya. Sepanjang 2 bulan ini, masa Kak Sue penuh dengan aktiviti dan temu janji bersama pelanggan. Seperti yang Kak Sue katakan sebelum ini memang mudah untuk menjual produk ini tapi untuk mencari rakan perniagaan untuk bersama bukan mudah. Kak Sue tidak akan memaksa setiap pelanggan yang dijumpai untuk terlibat dalam perniagaan. Kak Sue tidak akan menjanjikan kejayaan jika tidak ada usaha memajukan diri sendiri. Dalam bidang apa sekalipun jika tidak ada usaha dan fokus yang berterusan kita tidak akan berjaya. Yang pasti kita tidak boleh mengimpikan kejayaan tanpa usaha. Jika kita hendak hidup senang tetapi hanya dengan angan-angan tidak akan kemana. Jika anda selesa dengan apa yang anda ada sekarang teruskanlah dan tidak menjadi halangan.

Minggu depan bermulalah umat Islam berpuasa dan dalam masa yang terluang ini Kak Sue akan membuat perancangan dengan rakan perniagaan lain. Berbincang bagaimana untuk terus bergerak dan mencapai matlamat yang diinginkan.  Sambil beribadah dan berdoa supaya Allah melimpahkan rezeki yang diberkati.  Kepada pembaca semua Kak Sue ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga dalam bulan yang mulia ini kita akan diberikan keberkatan olehNya.

Monday, July 16, 2012

Paris dan Tokyo antara kota yang ingin dilawati lagi

Kak Sue sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan tempat ke Paris dan London pada tahun hadapan. Tapi Kak Sue lebih teruja untuk sekali lagi melawat Paris dari melawat London. Dengan bangunan lama yang tersergam indah disamping suasana yang nyaman menjadikan tempat yang perlu dilawati. Kak Sue pernah ke Paris pada masa lalu bersama suami. Pengalaman semasa disana cukup indah walaupun duit belanja kami pada masa tu cukup-cukup saja. Pada masa tu kami tinggal di hotel yang murah tapi harganya boleh tahan lebih daripada hotel lima bintang di KL. Kami bawa makanan segera dari KL tapi sebenarnya memang banyak kedai yang menjual barang halal di sana. Cuma kalau budget tak mencukupi adalah lebih baik bawak makanan sendiri. Semasa disana kami tidak ambik bas atau teksi kalau nak kemana-mana kerani duit yang cukup-cukup saja. Suami cakap, jalan kaki saja sebab hotel kami memang berhampiran dengan tempat yang ingin kami lawati. Lagi satu faktor cuaca yang memang sejuk lebih mudah untuk berjalan-jalan. Pada masa kami pergi sana rasanya suhu dalam 20-3 darjah celcius. Cukup sejuk untuk orang macam kita. Tak sabar rasanya nak pergi sekali lagi bersama rakan perniagaan Premium Beautiful.

Kenangan bersama suami di Paris

Antara bandar lain yang Kak Sue ingin lawati lagi adalah Tokyo, Jepun. Walau pun sudah tiga kali Kak Sue menjejakan kaki kesana tapi keinginan untuk melawat lagi masih belum terpadam. Antara tempat yang menarik adalah Disneyland, Tokyo. Memang cantik dan bersih. Anak-anak Kak Sue terutama Aqis nak pergi lagi kalau emak dan ayahnya ada modal. InsyaAllah mungkin hasil dari pendapatan Premium Beautiful kita sekeluarga akan pergi bersama lagi kesana. Bercakap tentang Tokyo, apa yang Kak Sue nampak adalah cara hidup rakyat mereka yang berdisplin dan fokus dengan tanggungjawab. Kualiti perkhidmatan mereka memang tak boleh nak banding. Mereka tak pandang rendah pada orang lain mereka akan hormat kita sebagai pelanggan walaupun kita bukan orang sana. Kebersihan memang dititiberatkan. Berbanding dengan Eropah dimana pandangan orang barat kepada kita memang rendah. Kalau pergi sekali Lagi mungkin Kak Sue ingin melawat Gunung Fuji.

Bersama suami di pusat peranginan salji di pinggir Tokyo

Kalau dilihatkan mesti anda semua fikir Kak Sue kaya dan berasal dari orang  yang berada sebab boleh berjalan ke sana sini. Kak Sue bukan berasal dari keluarga yang senang dan berharta begitu juga Suami Kak Sue. Emak Kak Sue bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di Hotel dan arwah Ayah Kak Sue bekerja sebagai pekerja operator kilang di kilang ais krim. Manakala suami Kak Sue pula ayahnya bekerja sebagai anggota tentera darat bawahan dan ibunya sebagai suri rumah. Sekarang semuanya dah pencen dan duduk dirumah saja. Kami berdua tidak ada perniagaan lain sebelum ini hanya bekerja makan gaji biasa setiap bulan dan bukan berpuluh ribu pendapatan.

Kak Sue berjalan kesana-sini adalah hasil dari jimat cermat dan mengumpul bersama suami. Untuk maklumam pembaca kami pergi berjalan adalah hasil dari pendapatan gaji semata-mata. Gaji kami sebulan pun tidak sampai pun lima angka. Kami masih belum lagi menggunakan hasil dari pendapatan Premium Beautiful. Diharap dengan usaha Kak Sue sekarang dapat melayakkan kami pergi bersama untuk lawatan ke Paris dan London pada tahun hadapan. 

Akhir sekali InsyaAllah jika diizinkan tuhan Kak Sue ingin bersama keluarga pergi menunaikan Umrah/Haji sekeluarga dalam 3 tahun akan datang. Kak Sue sekarang sedang menyelesaikan apa yang tertunggak dan perlu sebelum menunaikannya dengan hati yang ikhlas tanpa ada tanggungan yang ditinggalkan jika apa-apa berlaku. Semoga tercapai impian kami hendaknya. Aminnnnn....


Tuesday, July 10, 2012

Kebaikan menggunakan Premium Beautiful Corset

Sebelum ini Kak Sue ada menceritakan sedikit tentang Produk PB.
Disini Kak Sue nak terangkan lebih terang lagi.


Saiz yang betul dan pemakaian yang berterusan membantu pembentukan badan


Premium Beautiful direka untuk 2 matlamat iaitu:
1. 70% darinya adalah untuk kesihatan dan,
2. 30% adalah kecantikan.

Paling penting Premium Beautiful adalah dijamin seumur hidup atau "Lifetime Warranty"

Pelaburan yang baik bagi setiap wanita tak kira berapa umur mereka untuk
penjagaan kesihatan dan kecantikan TANPA makan ubat, diet, senaman dan pembedahan.
Bukan maksudnya anada tak perlu itu semua. Kalau anda buat jugak ia adalah BONUS disamping
memakai pakaian dalaman Premium Beautiful.

Bagi Kak Sue Premium Beautiful bukan saja boleh digunakan oleh wanita malah bagi kaum lelaki yang
mempunyai perut yang terlebih atau buncit juga boleh menggunakannya. Suami Kak Sue juga telah memakainya setiap hari.

Setelah melakukan pembacaan dan kajian dari mereka yang telah memakainya Kak Sue boleh rumuskan antara kelebihan memakai Premium Beautiful adalah:
1. Ia dapat memperbaiki peredaran darah mengelilingi badan.
2. Metabolisma badan yang lebih stabil. Metabolisma adalah proses dimana makanan yang dihasilkan akan digunakan oleh badan sehingga menjadi bahan buangan.
3. Membentuk kontur badan yang lebih menarik. Pemakaian yang konsisten akan memberi kesan dalam pembentukan kontur badan. Perlu diingat tindakbalas badan setiap pemakai adalah tidak sama. Cepat atau lambat kesan yang diperolehi bergantung pada penerimaan dan penyesuaian badan. Tapi secara umum ia akan memberi kesan kepada pemakai.
4. Mengembalikan semula bentuk payudara dan punggung lebih pejal. Pemakaian Premium Beautiful dengan saiz yang bersesuaian dan tepat dapat memperbaiki bentung payudara dan punggung yang sesuai. Pastikan anda mendapat saiz yang sesuai.
5. Mengurangkan selulit dan tanda luka pada badan. Rekaan yang dapat mengawal pembentukan selulit di punggung dan peha.
6. "Detoxify" atau pembuangan toksin-toksin dari dalam badan. Racun-racun badan yang tidak berguna akan dihapuskan.
7. Memperbaiki sistem "Respiratory". Adalah sistem dimana oksigen dibawa kepada paru-paru melalui hidung dan memasuki sistem darah yang akan mengelilingi badan diikuti dengan pengaliran Karbon dioksida dalam darah balik kepada paru-paru dan keluar dari badan.
8. Memperbaiki waktu haid yang tidak tersusun dan mengurangkan kesakitan semasa haid.
9. Mengawal perkembangan sel kanser.
10. Mengawal "Migraine" dan "Gastric".
11. Membantu pemakai mendapatkan zuriat.
12. Mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mempunyai sakit belakang.

Thursday, July 5, 2012

Dorongan untuk berjaya

Sedikit tentang latar belakang Kak Sue. Untuk pengetahuan semua Kak Sue belajar dalam jurusan perniagaan di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Kak Sue telah bekerja dalam bidang perbankan lebih dari  dari 15 tahun. Banyak pengalaman yang telah dilalui semasa bekerja. Semuanya dilakukan atas tanggungjawab bagi membantu suami menampung perbelanjaan seharian.

Tanggungjawab seharian diutamakan

Kehidupan kami sama seperti pasangan lain ada pasang surutnya dan kami masih lagi bersama meneruskannya. Kak Sue bersyukur kerana pendapatan kami berdua memang cukup untuk menampung kehidupan sekeluarga. Kak Sue percaya majoriti dari kita akan melakukan pekara yang sama, kerana telah menjadi rutin seharian emak dan ayah kita sejak merdeka. Bagi orang Melayu terutamanya, cara hidup begini memang menjadi lumrah, bekerja untuk orang lain bagi menampung kehidupan seharian. Tidak salah dan memang sepatutnya dilakukan. Yang penting kerja yang dilakukan mestilah halal dan diberkati. Kita kena terima majoriti dari kita adalah pekerja yang makan gaji bulanan. Ini adalah zon selesa yang majoriti dari kita memilihnya. Untuk keluar dari zon ini bukan mudah, sebab banyak pekara yang perlu diambik kira disamping risiko yang dihadapi untuk keluar dari zon selesa tersebut. Berlainan dengan bangsa lain yang telah bergiat dalam bidang perniagaan dan menurunkannya kepada generasi seterusnya. Bukan nak cakap, Kak Sue bekerja di bank dan realitinya simpanan dorang memang banyak jika dibandingkan dengan kita yang makan gaji bulanan.


Bersama emak dan adik beradik

Pilihan untuk keluar dari zon selesa adalah ditangan kita. Kak Sue percaya kita semua bukannya bodoh dan tidak tahu bidang perniagaan lebih menguntungkan. Cuma kita terbatas dengan modal dan peluang. Sikap kita yang telah dipupuk dengan budaya lepas belajar cari kerja makan gaji. Jarang kita dengar ibu bapa yang menggalakkan kita menjerus kepada bidang perniagaan sendiri. Peluang dalam bidang ini memang terbentang luas. Kak Sue bukan nak katakan hanya perniagaan Premium Beautifuf saja tetapi secara keseluruhan dan umum. Ada banyak cara untuk memulakannya.  Dari pemerhatian Kak Sue, dalam bidang perniagaan, orang Melayu banyak terlibat dalam perniagaan yang lebih mudah antaranya seperti membuka gerai makanan, menjual kuih-muih, membuka butik dan kedai pakaian. Keutamaan diberikan kepada perniagaan keperluan seharian. Terbukti ada antara mereka telah pun berjaya. Ahli keluarga Kak Sue juga ada yang terlibat dalam bidang perniagaan kedai makanan dan telah diikuti oleh anak-anaknya dan tenyata mereka berjaya.

Suami dan anak-anak

Atas kesedaran ini, Kak Sue ingin mencuba untuk keluar dari zon yang selesa. Terus terang Kak Sue sebelum ini memang tidak berminat langsung untuk terlibat dalam bidang jualan langsung. Bila didekati oleh mereka, Kak Sue akan cuba menolak secara baik. Mungkin, anda pembaca blog dan Kak Sue juga adalah sebahagian darinya. Memang lumrah sebab dalam hati selalu berkata "Buat apa nak susah-susah, dah ada kerja, janji boleh makan dan tak menyusahkan orang lain dah cukup". Sikap begini memang tiada siapa pun boleh ubah melainkan diri sendiri. Sikap Kak Sue pun begitu sebelum ini. Cerita-cerita tentang kegagalan mereka yang sebelum ini mencuba juga menghantui sikap Kak Sue untuk mencuba bidang ini.

Dengan pendapatan yang Kak Sue ada, buat apa nak menyusahkan diri untuk mencari sesuatu yang tidak pasti kejayaannya. Setiap kali produk diperkenalkan oleh kawan-kawan kebanyakkannya tidak meyakinkan Kak Sue untuk membeli dan mencuba. Tak salah menjualnya sebab kita sama-sama mencari rezeki yang halal tapi keperluan Kak Sue untuk menggunakannya tidak ada, mungkin berguna untuk orang lain.


Ahli keluarga kami

Perubahan sikap Kak Sue ingin menceburi bukan semata-mata hanya dengan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya , tetapi keinginan dan peluang yang terbuka disamping produk yang baik dan berkesan. Kejayaan memang diimpikan. Galakan dan panduan dari mereka yang telah berjaya amat diperlukan. Bagi Premium Beautiful, pasaran memang besar kerana kesedaran masyarakat terutamanya wanita dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan sedang meningkat. Produk yang ingin dimiliki oleh wanita terutama bagi golongan wanita yang berkerjaya.

Semoga usaha yang kuat dan tersusun bersama rakan-rakan perniagaan lain akan beroleh kejayaan. Keinginan untuk  melibatkan diri secara sepenuh masa juga semakin bertambah selepas melihat perkembangan yang positif. Insyallah hasrat Kak Sue akan tercapai.

Wednesday, July 4, 2012

Usaha Kak Sue untuk berjaya

Sebelum ini Kak Sue hanya memperkenalkan diri sebagai "Saya" dan Kak Sue rasa kurang mesra dengan pembaca. Untuk kali ini dan seterusnya Kak Sue akan mula kenalkan ganti diri Akak dengan panggilan "Kak Sue". Harap lebih dekat lagi dengan pembaca.


Bersama rakan menghadiri kelas selepas waktu pejabat

Dalam 3 minggu kebelakangan ini Kak Sue jarang kemaskini blog ini kerana sibuk dengan aktiviti perniagaan yang telah pun berjalan lebih sebulan. Banyak temujanji yang telah dibuat dan ada yang memberikan respon yang positif dan negatif. Secara keseluruhan bagi Kak Sue respon dari kalangan anak muda yang berumur kurang dari 30 tahun rendah berbanding mereka yang berumur atas 30an. Antara faktor yang mungkin adalah kesedaran tentang kesihatan dan penjagaan penampilan kurang bagi kalangan anak muda. Kak Sue pun pernah melalui zaman tersebut dan faham kenapa mereka kurang berminat. 

Faktor lain adalah kedudukan keewangan yang stabil. Bagi kalangan mereka yang telah 30 tahun keatas, kedudukan keewangan mereka lebih stabil dan mampu untuk mengeluarkan sedikit wang untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi mereka yang muda ini Kak Sue perlukan komitmen yang lebih untuk meyakinkannya. Tidak menjadi masalah kerana usaha yang berterusan perlu untuk mencapai kejayaan.

Berbincang secara terus dengan mereka yang telah berjaya di dalam sesi kelas

Faktor lokasi juga memainkan peranan. Jika di kawasan kampung dan luar bandar respon yang diberikan agak kurang kerana pendapatan mereka kurang sedikit dari di bandar tapi usaha boleh dilakukan untuk memasarkannya. Ada juga dikalangan mereka yang terlibat berasal dari sini dan telah berjaya dalam perniagaan.

Ada juga mereka yang menolak terus tanpa melihat produk. Kak Sue tidak salahkan mereka kerana mereka biasanya membuat kesimpulan, Kak Sue hanya ingin menjual untuk mencapai "Target" dan mencari "Rakan Perniagaan". Kak Sue menjalankan perniagaan sendiri dan tidak memaksa mereka untuk bersama. Kak Sue terima penolakan secara baik dan sentiasa berfikiran positif. Perlu diingat dalam perniagaan PB ini kita tidak boleh mengharapkan "Rakan Perniagaan". Kita sendiri kena usaha jika nak berjaya.


Kak Sue juga bertemu mereka di Johor bertempat di Grand Bluewave Hotel, JB

Dalam perniagaan ini, ada dua objektif yang Kak Sue nak capai. Satu "Menjual" dan satu lagi mencari "Rakan Perniagaan". Bagi Kak Sue, menjual adalah lebih mudah untuk dilakukan kerana produk "Premium Beautifulmemang telah terbukti berkesan. Tapi untuk mencari "Rakan Perniagaan" memang susah. Tidak semua dari mereka mahu melakukannya. Mungkin memakan masa untuk mencari rakan sebegini tetapi tidak mustahil kerana mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini telah melakukannya.


Yang tengah tu CDM Salha, dia memang telah berjaya dan Kak Sue juga ingin berjaya sepertinya

Untuk kali ini Kak Sue lebih berfikiran positif dan berusaha. Rezeki ditentukan olehNya tetapi usaha mestilah datang dari diri kita. Kak Sue rasa pilihan menceburi perniagaan adalah tepat dan semoga Allah merahmati usaha yang dilakukan. Kak Sue berpegang kepada Hadis yang berbunyi "Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Amin. InsyaAllah.

Monday, July 2, 2012

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha

Tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak juga adalah sebahagian dari kewajipan. Alhamdullilah berkat usaha anak sulung saya telah mencapai keputusan yang cemerlang pada PMR tempohari. Sabtu lepas 30/06/2012 saya merehatkan diri dari aktiviti PB untuk turut serta dalam majlis penyampain Anugerah Kecemerlangan PMR 2011. Bukan itu saja Sofea Mardiana juga telah mendapat tempat ke tiga terbaik keseluruhan dalam aliran pada tahun 2011.

Sofea Mardiana menerima Sijil di hari Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2011

Terus terang bukan mudah nak mencapai kejayaan kerana pada awalnya perkembangan pelajaran Sofea Mardiana tidak begitu baik tapi atas kesedaran kami suami isteri telah membantunya untuk berjaya disaat-saat akhir. Terima kasih Kak Fifie sekali lagi kerana menghadiahkan kami dengan 8A.

Apa yang kita boleh pelajari disini adalah kejayaan boleh dicapai dalam apa saja bidang. Fokus dan usaha yang kuat disamping dorongan dari mereka disekeliling. 

Semoga Sofea berjaya untuk SPM 2013 yang akan datang. Insyallah....

PS: Ayahnya suruh jadi Doktor tapi dia lebih berminat untuk menjadi Jurutera... Biarlah dia buat pilihannya sendiri. Yang penting kami telah berikan yang terbaik untuknya.