Gambar kami sekeluarga semasa sambutan perayaan Aidil Fitri 2011
Gambar bersama suami pada tahun 1994
Menjadi impian setiap wanita untuk memilik wajah dan penampilan yang sempurna. Tidak semua dari kita yang memiliki apa yang diimpikan oleh setiap wanita. Faktor menerima apa yang telah dikurniakan olehnya dan berserah saja apa yang akan dilalui menjadi pegangan saya dan mungkin majoriti dari kita. Penampilan yang sempurna tidak mungkin dapat dicapai kerana yang sempurna adalah Allah swt. Tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita menghiaskan diri berlandaskan apa yang dibenarkan olehnya.
Kecantikan dan penampilan kurang diambil berat, lebih-lebih lagi bila faktor usia yang semakin meningkat. Ia dipandang remeh dan tidak perlu. Kita akan fikir lebih baik tumpukan pada amal ibadat sebagai persediaan sebelum bertemu denganNya. Jika difikirkan memang betul tetapi adalah menjadi kewajipan kita menjaga penampilan disamping akhlak yang baik dan Allah juga sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Bukan saja untuk diri kita, tetapi untuk pasangan dan kesihatan kita. Tetapi apa yang hendak kita lakukan semestinya berlandaskan hukum syarak dan diterima oleh Allah.
Kelakar juga pada usia sebegini timbul kesedaran untuk memperbaiki penampilan. Bukan untuk menunjuk pada orang lain tapi untuk diri, keluarga dan suami yang tercinta. Terima kasih pada suami yang memberikan galakan dan sokongan untuk memperbaiki diri dan penampilan supaya menjadi lebih baik. Bukan itu saja malah boleh menambahkan pendapatan sekeluarga.
Saya telah pun memulakannya dan akan berkongsi pengalaman dengan anda semua bagaimana ianya bermula dan hasilnya nanti. Insyallah semoga apa yang saya lakukan akan diberkati dan diterima olehNya sebagai satu ibadah.
Tahniah....setiap usaha yg gigih, insyaAllah akan menghasilkan kejayaan!
ReplyDeleteTq anor mmg best business ni..
ReplyDelete