Gambar bersama ahli kumpulan Fabulosity di Bukit Antarabangsa
Kelas pertama yang saya ikuti adalah pada hari Ahad 3 Jun 2012 bertempat di Bukit Antarabangsa. Saya telah berkenalan dengan ahli-ahli kumpulanTeam Fabulosity yang mengadakan kelas mini. Kagum dengan Ismalina, yang baru berumur 29 telah memiliki rumah sendiri dan juga Wani yang masih muda tapi berani mencuba dan menceburi bidang perniagaan ini
Mempelajari cara mengukur badan untuk mendapatkan saiz yang sesuai
Ahli kumpulan juga membantu cara untuk mengukur saiz yang sesuai. Teknik dan cara mengukur adalah penting bagi mendapatkan ukuran yang optimum dan sesuai dengan bentuk badan. Dengan saiz yang betul akan memberikan keselesaan kepada pemakai. Aunty Zawiyah yang telah memulakan perniagaan tanpa modal dengan teknik dan ajaran yang betul telah berjaya dalam perniagaan ini dan sekarang beliau telah mencapai status SSM. Di harap dengan tunjuk ajar dari mereka dapat membantu dalam mempelajari dan memasarkan produk dengan lebih berkesan. InsyaAllah...
Terima kasih semua kerana membantu.
No comments:
Post a Comment