Gambar kami sekeluarga semasa sambutan perayaan Aidil Fitri 2011
Assalammualaikum pada semua rakan dan pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi berada di sini dan untuk pengetahuan ini adalah post pertama saya. Saya kurang arif pasal IT kerana bekerja dalam bidang keewangan dan suami membantu saya dalam penyediaan blog ini. Kami telah berkahwin sejak 1994 dan telah dikurniakan dengan 3 cahaya mata. Sofea Mardina 16 tahun, Nur Balqis 11 tahun dan Haikal Firdaus 9 tahun. Sepanjang hidup bersama telah banyak kami lalui dan seperti pasangan suami isteri lain hidup kami seperti mereka semua. Ada pasang surutnya dan berkat kesabaran dan kesungguhan, kami masih lagi bersama dan harap bahagia hendaknya sehingga akhir hayat. Tujuan saya membina blog ini adalah ingin berkongsi pengalaman dalam pembentukan penampilan yang lebih baik dan menjaga kesihatan.
Gambar bersama suami pada tahun 1994
Menjadi impian setiap wanita untuk memilik wajah dan penampilan yang sempurna. Tidak semua dari kita yang memiliki apa yang diimpikan oleh setiap wanita. Faktor menerima apa yang telah dikurniakan olehnya dan berserah saja apa yang akan dilalui menjadi pegangan saya dan mungkin majoriti dari kita. Penampilan yang sempurna tidak mungkin dapat dicapai kerana yang sempurna adalah Allah swt. Tetapi tidak menjadi kesalahan jika kita menghiaskan diri berlandaskan apa yang dibenarkan olehnya.
Kecantikan dan penampilan kurang diambil berat, lebih-lebih lagi bila faktor usia yang semakin meningkat. Ia dipandang remeh dan tidak perlu. Kita akan fikir lebih baik tumpukan pada amal ibadat sebagai persediaan sebelum bertemu denganNya. Jika difikirkan memang betul tetapi adalah menjadi kewajipan kita menjaga penampilan disamping akhlak yang baik dan Allah juga sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Bukan saja untuk diri kita, tetapi untuk pasangan dan kesihatan kita. Tetapi apa yang hendak kita lakukan semestinya berlandaskan hukum syarak dan diterima oleh Allah.
Kelakar juga pada usia sebegini timbul kesedaran untuk memperbaiki penampilan. Bukan untuk menunjuk pada orang lain tapi untuk diri, keluarga dan suami yang tercinta. Terima kasih pada suami yang memberikan galakan dan sokongan untuk memperbaiki diri dan penampilan supaya menjadi lebih baik. Bukan itu saja malah boleh menambahkan pendapatan sekeluarga.
Saya telah pun memulakannya dan akan berkongsi pengalaman dengan anda semua bagaimana ianya bermula dan hasilnya nanti. Insyallah semoga apa yang saya lakukan akan diberkati dan diterima olehNya sebagai satu ibadah.