Malam ni Kak Sue berada di Green Leaders Academy, Taman Tun Dr Ismail. Mendengar nasihat dan presentation dari CDM yang telah berjaya. Sebenarnya penat hari ini sebab petang tadi Kak Sue telah berjumpa dengan kawan masa belajar dulu Zarina Ngaliman di Ijok, Selangor beliau nak memulakan perniagaan ini. Kak Sue akan berikan yang terbaik dan nak lihat sangat Zarina Ngaliman juga berjaya. Setelah selesai terus balik. Petang tadi hujan ditambah pula hari Jumaat, punyalah sesak jalan raya. Sampai rumah dah pukul 7 malam. Selepas siap-siap Kak Sue terus drive pergi ke TTDI pula. Kalau ikutkan hati nak berehat saja di rumah tapi rasa macam rugilak masa. Kak Sue kuatkan hati dan semangat terus jer pergi.
Kak Sue di dalam kelas tadi
Kehadiran boleh dikatakan ramai dan penuh
Kak Sue menerangkan strategi perniagaan kepada Zarina Ngaliman petang tadi di Ijok, Selangor
Suasana di kelas ramai dan pembentang Follow up dr cdm sha berkongsi strategi dan kejayaan bersama yang hadir. Tak apa seperti kata pepatah "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Kalau lah jalan yang dipilih ini mudah, dah lama ramai yang berjaya goyang kaki. Apa-apa saja yang kita buat kena ada daya usaha melainkan memang dah senang. Tanamkan tekad dan terus usaha.
No comments:
Post a Comment