Assalammualaikum semua, dah lebih sebulan Kak Sue tak kemaskini blog ni. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan bersama rakan-rakan disamping urusan kerja seharian. Ada banyak perancangan untuk kembangkan lagi pendapatan sampingan ini. Banyak produk yang Kak Sue rasa sesuai untuk diperkenalkan kepada pembaca. Bukan saja Premium Beatiful, ada lagi produk yang Kak Sue akan perkenalkan kepada anda semua. Sebelum raya tempohari Kak Sue bersama teman teman dan rakan perniagaan ada membuat sesi pengambaran untuk kumpulan kami. Terasa muda dan macam artis bila jurukamera professional melaksanakan tugas. Tak pernah lagi Kak Sue ada sesi fotografi begini sepanjang hidup. Memang pengalaman yang tidak akan dilupakan. Semuanya berkat usaha yang tidak mengenal penat.
Gambar Kak Sue, hasil dari kerja tangan jurugambar professional.
Sepanjang sebulan yang lepas, Kak Sue juga bertungkus lumus untuk mencapat target untuk mendapatkan tempat bagi pakej pelancongan ke Paris dan London tahun depan yang disediakan oleh syarikat dan alhamdullialah sukacita dimaklumkan bahawa Kak Sue telah mendapatkan tempat dan layak untuk pakej tersebut. Jualan Kak Sue telah mencapai target yang dikehendaki. Dulu Kak Sue pernah berkata "Inilah kali terakhir Kak Sue jejakkan kaki di kota Paris" ternyata salah dan Kak Sue diberi peluang untuk menjejakkan kaki sekali lagi. Kotaraya cinta yang memang indah dengan berlatar belakangkan menara Eiffel dan sungai-sungai yang bersih. Cuacanya yang sejuk dan nyaman pada suhu 4-10 darjah celcius sungguh nyaman. Tak terasa penat untuk berjalan disekitarnya. Bagi kita yang duduk di garisan Khatulistiwa memang terasa sejuknya hingga ke tulang tapi bagi penduduk tempatan ianya biasa saja.
Kak Sue ingatkan ini kali terakhir tapi diberi peluang sekali lagi. Nak gunakan peluang sepenuhnya kali ini
Ternyata tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha bersungguh sungguh tanpa ada rasa putus asa. Ya bukan mudah untuk senang dan tidak mustahil untuk mencapainya. Jika ada kemahuan disitu ada jalan. Buangkan sikap malu dan selesa. Buat sesuatu kelainan anda akan dapat hasilnya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment