Kak Sue nak cerita pengalaman dan tempat yang pernah dilawati sebelum ini. Kak Sue memang suka berjalan pantang ada peluang Kak Sue akan cuba untuk melawati tempat yang belum Kak Sue pergi. Memang seronok dapat berjalan-jalan ditempat orang. Kalau ada peluang Kak Sue nak melawat semua tempat yang dikenali tapi apakan daya kerana tugas disamping memerlukan keewangan yang banyak.
Pertama sekali tempat di luar negara yang Kak Sue lawati adalah pada tahun 1994 iaitu selepas berkahwin dengan suami. Singapura adalah negara luar pertama yang Kak Sue lawati. Kak Sue kesana kerana keluarga sebelah ayah mentua semuanya berada di Singapura. Jadi Kak Sue mengambil peluang untuk berkenalan dengan keluarga disana. Cuma yang peliknya ayah mentua Kak Sue seorang yang berada di Malaysia. Selepas suami Kak Sue bercerita barulah Kak Sue faham. Semasa Singapura keluar dari Malaysia, ayah mentua diberi pilihan untuk jadi rakyat Malaysia atau Singapura dan beliau memilih Malaysia. Ayah mentua Kak Sue ni dulu adalah seorang tentera jadi dia kena buat pilihan.
Tempat kedua yang Kak Sue pergi ke luar negara adalah ke Paris pada tahun 2004 kalau tak silap. Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Yalah tempat yang jadi idaman ramai orang nak melawat. Kak Sue pergi bersama suami dan adik Kak Sue. Kita orang pergi pun bukan ikut pakej pelancangon. Kita pergi ikut naluri sendiri saja. Tak ada saudara mara atau kenalan. Kalau apa-apa jadi sendiri yang tanggung. Masa disana Kak Sue tinggal di hotel biasa tapi harganya kalau ditukar jadi duit Malaysia dapat hotel 5 bintang di KL. Masa sampai disana keluar saja dari pintu kapal terbang polis dah tahan. Maklumlah kami pergi selepas berlakunya kejadian September 11. Nasib baik kita ada dokumen, tempat tinggal dan tiket balik. Jadi polis tak ada nak kata apa. Pertama kali juga Kak Sue dapat merasa suasana sejuk di tempat orang. Memang sejuk sangat. Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar rasanya seperti tidak ada apa-apa kerana sepanjang perjalanan hanya bangunan moden saja. Bila nak menghampiri pusat bandar Paris barulah bangunan-bangunan lama dan bersejarah kelihatan. Empat hari Kak Sue disana hanya makanan kebab saja. Nak masuk restoren halal memang ada tapi modalnya memang besar. Kita orang cukup-cukup makan saja ada duit. Di Paris kita orang berjalan kaki saja sebab duit tak cukup dan tak ada orang yang nak tunjuk arah. Lagipun orang Paris ni susah jugak nak cari orang yang pandai english. Bila kita tanya dalam english dorang balas dalam French. Susah gak. Antara tempat Kak Sue lawati seperti muzium yang ada gambar Monalisa dan tempat yang penting Menara Eifell. Seminggu disana rabak gak duit. Kena ada duit. Jangan terperanjat kalau ada gadis kedai baju yang pandai cakap Melayu sebab kitaorang jumpa orang Melayu kerja di kedai cenderatangan dan baju.
Tempat ketiga Kak Sue pergi adalah Gold Coast Australia. Trip kali ini Kak Sue pergi kerana Kak Sue mencapai target jualan tempat kerja. Kak Sue pergi bersama-sama mereka yang dapat mencapai target jualan produk.
Tempat kempat Bandung, Bali dan Jakarta Indonesia. Ini ada yang Kak Sue pergi bersama rakan kerja dan keluarga. Suasana di sini sama saja seperti Malaysia cuma keadaan disana kurang sikit tersusun dan padat. Tempat yang jadi tumpuan pelancong juga kurang kebersihannya. Tapi kalau nak berjalan berduit sikit. Indonesi adalah tempat yang boleh dilawati.
Tempat kelima Haadyai dan Bangkok Thailand. Ini Kak Sue pergi bersama keluarga gak. Naik kereta saja. Suasana sama macam Malaysia. Makan pun senang. Cuma yang tak bagusnya tempat-tempat yang lelaki suka lepak memang banyak disini. Faham-faham sajalah. Kak Sue tinggal sana sehari saja sebab nak jalan-jalan tengok tempat orang. Makanan memang senang.
Tempat keenam ke GuangZhou China. Kak Sue pergi bersama kawan saja jalan-jalan. Tempat yang penuh barang murah untuk dibawa balik ke Malaysia. Semua barang keperluan ada. Dari yang semurah-murahnya hingga ke barangan berjenama. Hotel semuanya ok cuma kebersihan tandas susah sikit.
Tempat kelapan Tokyo Jepun. Pertama kali Kak Sue sampai disini sama macam di Paris kena tahan dengan polis berpakaian biasa. Tetapi Kak Sue respect pendekatan polis Jepun. Dorang datang dengan senyuman dan tunduk hormat. Pada mulanya Kak Sue ingat apa sebab dorang pakai pakaian kot dengan bertali leher macam businessman. Dorang ucap selamat lepas tu memperkenalkan diri secara hormat. Dorang tengok passport dan tanya nak kemana. Kami ceritakan apa tujuan kami lepas tu dorang ambik nama dan minta diri sambil minta maaf kerana menganggu. Respect. Sama macam Paris kitaorang redah saja pergi ke Tokyo. Tak ada kenalan dan ikut rasa hati saja. Dari airport nak ke bandar kitaorang naik bas. Lagi sekali terbukti memang budaya kerja orang Jepun yang tepat dan dedikasi. Kalau bas tu pukul 9 pagi memang 9 pagi lah dia gerak. Tukang angkat barang dan driver siap tunduk hormat pada penumpang sebelum dan selepas menaiki bas ekspress. Budaya yang tak mungkin orang kita dapat ikut buat masa ini. Kak Sue suka di Tokyo ni kerana bebas dari asap rokok. Merokok hanya dibenar ditempat yang disediakan saja. Lagi satu jangan risau kalau pergi ke tandas membuang kerana semua tandas disediakan air pancut untuk bersuci berbanding tempat lain macam Paris even Singapura yang hanya sediakan tisu saja. Hotel kat Tokyo ni memang kecik tapi Internet adalah percuma. Malaysia hotel 5 start even 3 star tak ada internet free. Walaupun negara dorang infrastruktur mahal tapi boleh beri khidmat internet percuma untuk pelanggan hotel. Makan memang masalah sikit kalau memilih, ada kedai halal tapi jauh sikit. Kalau kat Akhibara ada satu restoren kebab halal. Kitaorang selalu makan kebab dan sushi saja. Lagi satu kitaorang bawak makanan dari KL. Makanan memang mahal. Antara tempat yang Kak Sue dah pergi adalah Disneyland Tokyo dan pusat peranginan salji. Kalau nak pergi ke pusat peranginan salji tu kena naik high speed train tak terasa lamanya walaupun jarak beratus kilometer dari Tokyo. Pengankutan utama kat sini adalah keretapi bawah tanah. Kitaorang naik keretapi jer kalau nak kemana-mana. Tak ada tunggu lama-lama memang efisyen dan tepat. Tokyo memang tempat yang bersih dan menarik. Kak Sue dah tiga kali ke Tokyo dan tak jemu nak pergi lagi.
Pertama sekali tempat di luar negara yang Kak Sue lawati adalah pada tahun 1994 iaitu selepas berkahwin dengan suami. Singapura adalah negara luar pertama yang Kak Sue lawati. Kak Sue kesana kerana keluarga sebelah ayah mentua semuanya berada di Singapura. Jadi Kak Sue mengambil peluang untuk berkenalan dengan keluarga disana. Cuma yang peliknya ayah mentua Kak Sue seorang yang berada di Malaysia. Selepas suami Kak Sue bercerita barulah Kak Sue faham. Semasa Singapura keluar dari Malaysia, ayah mentua diberi pilihan untuk jadi rakyat Malaysia atau Singapura dan beliau memilih Malaysia. Ayah mentua Kak Sue ni dulu adalah seorang tentera jadi dia kena buat pilihan.
Kak Sue di pusat bandar Singapura
Anak-anak di Universal Studio Singapura
Keluarga Ayah mentua di Woodlands Singapura
Pusat bandar Paris yang dikelilingi bangunan lama dan bersejarah
Monumen yang cukup terkenal di Paris
Tempat ketiga Kak Sue pergi adalah Gold Coast Australia. Trip kali ini Kak Sue pergi kerana Kak Sue mencapai target jualan tempat kerja. Kak Sue pergi bersama-sama mereka yang dapat mencapai target jualan produk.
Bersama rakan sekerja di Gold Coast, Australia. Kak Sue demam saja disana.
Pemandangan bandar Gold Coast Australia
Tempat kempat Bandung, Bali dan Jakarta Indonesia. Ini ada yang Kak Sue pergi bersama rakan kerja dan keluarga. Suasana di sini sama saja seperti Malaysia cuma keadaan disana kurang sikit tersusun dan padat. Tempat yang jadi tumpuan pelancong juga kurang kebersihannya. Tapi kalau nak berjalan berduit sikit. Indonesi adalah tempat yang boleh dilawati.
Membeli cenderahati di Bandung Indonesia
Bersama keluarga di Jakarta Indonesia
Tempat kelima Haadyai dan Bangkok Thailand. Ini Kak Sue pergi bersama keluarga gak. Naik kereta saja. Suasana sama macam Malaysia. Makan pun senang. Cuma yang tak bagusnya tempat-tempat yang lelaki suka lepak memang banyak disini. Faham-faham sajalah. Kak Sue tinggal sana sehari saja sebab nak jalan-jalan tengok tempat orang. Makanan memang senang.
Pasar air di Bangkok Thailand
Kedai cenderahati di Bangkok Thailand
Tempat keenam ke GuangZhou China. Kak Sue pergi bersama kawan saja jalan-jalan. Tempat yang penuh barang murah untuk dibawa balik ke Malaysia. Semua barang keperluan ada. Dari yang semurah-murahnya hingga ke barangan berjenama. Hotel semuanya ok cuma kebersihan tandas susah sikit.
Kak Sue bersama teman di GuangZhou China
Bersiar-siar sekitar bandar GuangZhou China
Tempat ketujuh adalah Vietnam. Kak Sue pergi bersama kawan lama. Seperti biasa tempatnya biasa saja cuma dipernuhi dengan barang-barang murah. Kenderaan motorsikal disini memang banyak dan kena berhati-hati bila melintas. Kak Sue tak ada masalah untuk mencari kedai makan halal kerana pemandu pelancong Kak Sue pernah belajar di Malaysia dan tahu lokasi makanan halal di Vietnam. Secara keseluruhan seronok.
Bersama kawan-kawan di Ho Chin Min Vietnam
Tokyo disneyland memang sejuk. Kak Sue masuk sesi malam.
Di tengah kesibukan bandaraya Tokyo hujan renyai-renyai dan nyaman.
Anak-anak bergembira di Tokyo Disneyland
Pusat peranginan salji Gala Yuzawa Japan
Dan yang terkahir sekali yang Kak Sue tunggu adalah trip ke London/Paris. Tak sabar rasanya nak pergi berkat usaha Kak Sue dalam perniagaan Premium Beautiful. Sekarang tengah kumpul duit nak beli barang-barang yang telah masuk dalam senarai Kak Sue Kepada anda semua tidak ada yang mustahil untuk dicapai. Kak Sue orang biasa saja bukan berasal dari keluarga yang berada. Semuanya adalah hasil usaha sendiri. Memang puas hati dan lebih diberkati. Banyak tempat lagi yang Kak Sue nak dilawati. InsyaAllah dengan usaha yang kuat Kak Sue nak pergi ketempat lain pula.
No comments:
Post a Comment