Semalam Kak Sue ada sedikit masa untuk melayari internet sambil berehat selepas penat balik kerja. Kak Sue pun terlihat satu link mengenai kejadian Tsunami di Jepun pada tahun lepas. Terasa baru saja kejadian ini. Kak Sue ada seorang kenalan yang berbangsa Jepun yang berniaga di restoren Sushi di Kuala Lumpur mendapat pampasan dari kejadian ini. Dia lebih selesa berada disini dan menggunakan peluang untuk mencari kekayaan. Yang penting rasanya bukan lokasi tapi keinginan untuk mencari pendapatan. Di mana saja kita boleh berniaga asalkan ada keinginan. Cuba lihat video dibawah ini:
Kalau dilihat dari video yang di naik turun, ombaknya tidaklah terlalu tinggi dan menakutkan tapi kesan yang diberikan amat besar dengan kemusnahan yang teruk. Tak dapat bayangkan jika kita berada dalam situasi yang sama. Adakah kita yang berada di Malaysia ini sudah bersedia dengan malapetaka seperti itu. Rasanya majoriti dari kita tidak bersedia termasuk Kak Sue sendiri. Keberangkalian kita nak mendapat Tsunami rasanya rendah tapi kita tak boleh nak lawan dengan faktor alam. Apa-apa boleh terjadi jangan terlampau selesa dengan keadaan sekeliling. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa kepadaNya agar dijauhkan dari malapetaka yang dasyhat. Sementara kita masih ada peluang hendaklah kita bersedia dan beringat setiap yang datang adalah ujian dariNya dan bekalkan diri dengan apa yang sepatutnya supaya kita lebih bersedia. Ada juga pengajaran yang boleh kita belajar dari fonemena Tsunami ini. Walaupun ianya kecil tapi dengan barisan yang sekata dan jitu ia boleh melakukan perubahan yang besar jike kena pada tempatnya. Bersama-sama kita fikirkannya. Akhir sekali semoga mereka yang terlibat dengan kejadian ini dapat terus harungi kehidupan seharian dan dapat membina semula bandar mereka yang musnah dan Kak Sue percaya mereka semua ada displin dan kekuatan tersendiri.

No comments:
Post a Comment