Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kak Sue nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada pembaca semua. Berhati hati semasa memandu, malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tidak kira masa. Semoga anda semua sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Semoga pengorbanan kita dalam hidup akan diberkati dan diterima olehNya

Kak Sue juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Katini Embong kerana beliau telah pergi meninggalkan kita semalam. Katini Embong adalah kawan lama dari waktu belajar hingga sekarang. Baru weekend lepas Kak Sue berjumpa dia untuk pergi ke rumah kawan dan dua haris lepas berborak di internet. Terasa umur kita ini singkat. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Sunday, October 21, 2012

Bergambar bersama kawan-kawan kerja

Minggu lepas Kak Sue ada sesi fotografi bersama kawan-kawan sekerja. Kami posing habis... macam budak-budak baru graduate tadika jer...

Fadzlin aktress paling utama

Terselit pulak tomoi dengan apek nak kena pow

Jepun ada, minang ada, minachi ada, vietnam ada, tomoi ada...

Kadang kadang kena berhibur bersama kawan-kawan setelah penat berkerja seharian. Rasa macam nak panggil jurugambar profesional ambik foto sorang-sorang boleh buat group untuk bank pula. 

Friday, October 19, 2012

Penat tapi berbaloi untuk ilmu dan perancangan

Malam ni Kak Sue berada di Green Leaders Academy, Taman Tun Dr Ismail. Mendengar nasihat dan presentation dari CDM yang telah berjaya. Sebenarnya penat hari ini sebab petang tadi Kak Sue telah berjumpa dengan kawan masa belajar dulu Zarina Ngaliman di Ijok, Selangor beliau nak memulakan perniagaan ini. Kak Sue akan berikan yang terbaik dan nak lihat sangat Zarina Ngaliman juga berjaya. Setelah selesai terus balik. Petang tadi hujan ditambah pula hari Jumaat, punyalah sesak jalan raya. Sampai rumah dah pukul 7 malam. Selepas siap-siap Kak Sue terus drive pergi ke TTDI pula. Kalau ikutkan hati nak berehat saja di rumah tapi rasa macam rugilak masa. Kak Sue kuatkan hati dan semangat terus jer pergi.

Kak Sue di dalam kelas tadi

Kehadiran boleh dikatakan ramai dan penuh

Kak Sue menerangkan strategi perniagaan kepada Zarina Ngaliman petang tadi di Ijok, Selangor

Suasana di kelas ramai dan pembentang Follow up dr cdm sha berkongsi strategi dan kejayaan bersama yang hadir. Tak apa seperti kata pepatah "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Kalau lah jalan yang dipilih ini mudah, dah lama ramai yang berjaya goyang kaki. Apa-apa saja yang kita buat kena ada daya usaha melainkan memang dah senang. Tanamkan tekad dan terus usaha.

Baru hantar borang insentif umrah/paris london ke syarikat

Petang tadi Kak Sue baru fax borang insentif ke syarikat. Walaupun sudah layak tapi form terpaksa dihantar sebagai rujukan syarikat. Tak sabar nak tunggu March 2013.

Form insentif yang siap untuk dihantar ke syarikat

Pada mereka yang berminat. Tahun depan kemungkinan ada insentif untuk ke Korea atau Turki. Apa lagi kalau berminat marilah kita bersama berusaha. Kak Sue sedia memberikan tunjuk ajar sebaik yang mungkin.



Wednesday, October 17, 2012

Become CDM in 8 months reality or fantasy?

Selepas kerja tadi Kak Sue terus pergi ke kelas perniagaan untuk mendengar nasihat dan berkongsi strategi bersama rakan yang lain. Pada masa ini CDM Jasmin sedang memberi presentation mengenai tajuk "follow up" kepada semua. Apa yang menarik adalah yang Kak Sue nak tahu bagaimna CDM Jasmin boleh mencapat tahap Crown Diamond Manager dalam masa 8 bulan. Kalau anda semua nak tahu bila kita sampai pangkat CDM kita boleh mendapat pendapatan tetap dari syarikat RM50K sebulan. Semoga dapat aura kearah itu hari ini.

Kelas hari ni agak ramai. CDM Jasmin sedang berkongsi idea pada semua.

Harap boleh belajar sesuatu hari ini. Untuk capai tahap tersebut bukan lagi fantasi, ia adalah realiti jika ada kemahuan dan kesungguhan.

Tuesday, October 16, 2012

Bertuahnya kita yang berada di bumi Malaysia

Semalam Kak Sue ada sedikit masa untuk melayari internet sambil berehat selepas penat balik kerja. Kak Sue pun terlihat satu link mengenai kejadian Tsunami di Jepun pada tahun lepas. Terasa baru saja kejadian ini. Kak Sue ada seorang kenalan yang berbangsa Jepun yang berniaga di restoren Sushi di Kuala Lumpur mendapat pampasan dari kejadian ini. Dia lebih selesa berada disini dan menggunakan peluang untuk mencari kekayaan. Yang penting rasanya bukan lokasi tapi keinginan untuk mencari pendapatan. Di mana saja kita boleh berniaga asalkan ada keinginan. Cuba lihat video dibawah ini:




Kalau dilihat dari video yang di naik turun, ombaknya tidaklah terlalu tinggi dan menakutkan tapi kesan yang diberikan amat besar dengan kemusnahan yang teruk. Tak dapat bayangkan jika kita berada dalam situasi yang sama. Adakah kita yang berada di Malaysia ini sudah bersedia dengan malapetaka seperti itu. Rasanya majoriti dari kita tidak bersedia termasuk Kak Sue sendiri. Keberangkalian kita nak mendapat Tsunami rasanya rendah tapi kita tak boleh nak lawan dengan faktor alam. Apa-apa boleh terjadi jangan terlampau selesa dengan keadaan sekeliling. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa kepadaNya agar dijauhkan dari malapetaka yang dasyhat. Sementara kita masih ada peluang hendaklah kita bersedia dan beringat setiap yang datang adalah ujian dariNya dan bekalkan diri dengan apa yang sepatutnya supaya kita lebih bersedia. Ada juga pengajaran yang boleh kita belajar dari fonemena Tsunami ini. Walaupun ianya kecil tapi dengan barisan yang sekata dan jitu ia boleh melakukan perubahan yang besar jike kena pada tempatnya. Bersama-sama kita fikirkannya. Akhir sekali semoga mereka yang terlibat dengan kejadian ini dapat terus harungi kehidupan seharian dan dapat membina semula bandar mereka yang musnah dan Kak Sue percaya mereka semua ada displin dan kekuatan tersendiri.

Monday, October 15, 2012

Majlis meraikan biz partner di Royal Club, Tasik Perdana

Semalam Ahad, Kak Sue menghadiri majlis meraikan kejayaan biz partner yang berjaya mencapai target Paris/London dan Anugerah Jam tangan di Royal Club, Taman Tasik Perdana. Kak Sue dan leader Azlina Mazwin atau nama Aween telah melayakkan diri untuk trip Paris/London pada Mac 2013. Kak Sue nak ucapkan terima kasih kepada Wani yang bersama-sama  bekerjasama untuk menjayakkannya. Tidak lupa juga kepada ibu Wani, Puan Zawiyyah yang juga menerima anugerah jam tangan. Berkat usaha kami semua kami telah berjaya melaksanakannya. Harap dengan majlis ini akan memberi semangat kepada kami untuk terus berjaya dan hasrat kami sudah tentu untuk mencapai status CDM dalam masa yang terdekat. Usaha akan kami laksanakan namun segalanya terpulang kepada pemberian olehNya.

Wani sedang memberikan ucapan tahniah kepada yang hadir

Kak Sue menerima cenderahati dari Wani dan CDM Salha

CDM Salha sedang memberi kata semangat kepada teman-teman

Aween yang juga menerima cenderahati dari Wani

Puan Zawwiyah yang menerima anugerah jam tangan dari Wani disamping CDM Salha

Disini bukan Kak Sue nak bagitahu bila masuk saja group kita akan terus berjaya tetapi jika ada kesungguhan dan sokongan yang betul, insyaAllah tuhan akan permudahkan kita. Apa yang Kak Sue nak sampaikan adalah kegigihan dan usaha yang berterusan akan membuka ruang untuk lebih berjaya. Sementara peluang masih ada dan kudrat yang sihat, kita boleh berjaya untuk mencapai status keewangan yang bebas tanpa beban hutang disamping pendapatan yang lumayan. Jika Kak Sue boleh, anda bagaimana?....

Saturday, October 13, 2012

Jauh perjalanan luas pemandangan

Kak Sue nak cerita pengalaman dan tempat yang pernah dilawati sebelum ini. Kak Sue memang suka berjalan pantang ada peluang Kak Sue akan cuba untuk melawati tempat yang belum Kak Sue pergi. Memang seronok dapat berjalan-jalan ditempat orang. Kalau ada peluang Kak Sue nak melawat semua tempat yang dikenali tapi apakan daya kerana tugas disamping memerlukan keewangan yang banyak.
Pertama sekali tempat di luar negara yang Kak Sue lawati adalah pada tahun 1994 iaitu selepas berkahwin dengan suami. Singapura adalah negara luar pertama yang Kak Sue lawati. Kak Sue kesana kerana keluarga  sebelah ayah mentua semuanya berada di Singapura. Jadi Kak Sue mengambil peluang untuk berkenalan dengan keluarga disana. Cuma yang peliknya ayah mentua Kak Sue seorang yang berada di Malaysia. Selepas suami Kak Sue bercerita barulah Kak Sue faham. Semasa Singapura keluar dari Malaysia, ayah mentua diberi pilihan untuk jadi rakyat Malaysia atau Singapura dan beliau memilih Malaysia. Ayah mentua Kak Sue ni dulu adalah seorang tentera jadi dia kena buat pilihan.

Kak Sue di pusat bandar Singapura

Anak-anak di Universal Studio Singapura

Keluarga Ayah mentua di Woodlands Singapura

Tempat kedua yang Kak Sue pergi ke luar negara adalah ke Paris pada tahun 2004 kalau tak silap. Memang  pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Yalah tempat yang jadi idaman ramai orang nak melawat. Kak Sue pergi bersama suami dan adik Kak Sue. Kita orang pergi pun bukan ikut pakej pelancangon. Kita pergi ikut naluri sendiri saja. Tak ada saudara mara atau kenalan. Kalau apa-apa jadi sendiri yang tanggung. Masa disana Kak Sue tinggal di hotel biasa tapi harganya kalau ditukar jadi duit Malaysia dapat hotel 5 bintang di KL. Masa sampai disana keluar saja dari pintu kapal terbang polis dah tahan. Maklumlah kami pergi selepas berlakunya kejadian September 11. Nasib baik kita ada dokumen, tempat tinggal dan tiket balik. Jadi polis tak ada nak kata apa. Pertama kali juga Kak Sue dapat merasa suasana sejuk di tempat orang. Memang sejuk sangat. Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar rasanya seperti tidak ada apa-apa kerana sepanjang perjalanan hanya bangunan moden saja. Bila nak menghampiri pusat bandar Paris barulah bangunan-bangunan lama dan bersejarah kelihatan. Empat hari Kak Sue disana hanya makanan kebab saja. Nak masuk restoren halal memang ada tapi modalnya memang besar. Kita orang cukup-cukup makan saja ada duit. Di Paris kita orang berjalan kaki saja sebab duit tak cukup dan tak ada orang yang nak tunjuk arah. Lagipun orang Paris ni susah jugak nak cari orang yang pandai english. Bila kita tanya dalam english dorang balas dalam French. Susah gak. Antara tempat Kak Sue lawati seperti muzium yang ada gambar Monalisa dan tempat yang penting Menara Eifell. Seminggu disana rabak gak duit. Kena ada duit. Jangan terperanjat kalau ada gadis kedai baju yang pandai cakap Melayu sebab kitaorang jumpa orang Melayu kerja di kedai cenderatangan dan baju.

Pusat bandar Paris yang dikelilingi bangunan lama dan bersejarah

Monumen yang cukup terkenal di Paris

Tempat ketiga Kak Sue pergi adalah Gold Coast Australia. Trip kali ini Kak Sue pergi kerana Kak Sue mencapai target jualan tempat kerja. Kak Sue pergi bersama-sama mereka yang dapat mencapai target jualan produk.

Bersama rakan sekerja di Gold Coast, Australia. Kak Sue demam saja disana.

Pemandangan bandar Gold Coast Australia

Tempat kempat Bandung, Bali dan Jakarta Indonesia. Ini ada yang Kak Sue pergi bersama rakan kerja dan keluarga. Suasana di sini sama saja seperti Malaysia cuma keadaan disana kurang sikit tersusun dan padat. Tempat yang jadi tumpuan pelancong juga kurang kebersihannya. Tapi kalau nak berjalan berduit sikit. Indonesi adalah tempat yang boleh dilawati.

Membeli cenderahati di Bandung Indonesia

Bersama keluarga di Jakarta Indonesia

Tempat kelima Haadyai dan Bangkok Thailand. Ini Kak Sue pergi bersama keluarga gak. Naik kereta saja. Suasana sama macam Malaysia. Makan pun senang. Cuma yang tak bagusnya tempat-tempat yang lelaki suka lepak memang banyak disini. Faham-faham sajalah. Kak Sue tinggal sana sehari saja sebab nak jalan-jalan tengok tempat orang. Makanan memang senang.

Pasar air di Bangkok Thailand

Kedai cenderahati di Bangkok Thailand

Tempat keenam ke GuangZhou China. Kak Sue pergi bersama kawan saja jalan-jalan. Tempat yang penuh barang murah untuk dibawa balik ke Malaysia. Semua barang keperluan ada. Dari yang semurah-murahnya hingga ke barangan berjenama. Hotel semuanya ok cuma kebersihan tandas susah sikit.

Kak Sue bersama teman di GuangZhou China

Bersiar-siar sekitar bandar GuangZhou China

Tempat ketujuh adalah Vietnam. Kak Sue pergi bersama kawan lama. Seperti biasa tempatnya biasa saja cuma dipernuhi dengan barang-barang murah. Kenderaan motorsikal disini memang banyak dan kena berhati-hati bila melintas. Kak Sue tak ada masalah untuk mencari kedai makan halal kerana pemandu pelancong Kak Sue pernah belajar di Malaysia dan tahu lokasi makanan halal di Vietnam. Secara keseluruhan seronok.

Bersama kawan-kawan di Ho Chin Min Vietnam

Tempat kelapan Tokyo Jepun. Pertama kali Kak Sue sampai disini sama macam di Paris kena tahan dengan polis berpakaian biasa. Tetapi Kak Sue respect pendekatan polis Jepun. Dorang datang dengan senyuman dan tunduk hormat. Pada mulanya Kak Sue ingat apa sebab dorang pakai pakaian kot dengan bertali leher macam businessman. Dorang ucap selamat lepas tu memperkenalkan diri secara hormat. Dorang tengok passport dan tanya nak kemana. Kami ceritakan apa tujuan kami lepas tu dorang ambik nama dan minta diri sambil minta maaf kerana menganggu. Respect. Sama macam Paris kitaorang redah saja pergi ke Tokyo. Tak ada kenalan dan ikut rasa hati saja. Dari airport nak ke bandar kitaorang naik bas. Lagi sekali terbukti memang budaya kerja orang Jepun yang tepat dan dedikasi. Kalau bas tu pukul 9 pagi memang 9 pagi lah dia gerak. Tukang angkat barang dan driver siap tunduk hormat pada penumpang sebelum dan selepas menaiki bas ekspress. Budaya yang tak mungkin orang kita dapat ikut buat masa ini. Kak Sue suka di Tokyo ni kerana bebas dari asap rokok. Merokok hanya dibenar ditempat yang disediakan saja. Lagi satu jangan risau kalau pergi ke tandas membuang kerana semua tandas disediakan air pancut untuk bersuci berbanding tempat lain macam Paris even Singapura yang hanya sediakan tisu saja. Hotel kat Tokyo ni memang kecik tapi Internet adalah percuma. Malaysia hotel 5 start even 3 star tak ada internet free. Walaupun negara dorang infrastruktur mahal tapi boleh beri khidmat internet percuma untuk pelanggan hotel. Makan memang masalah sikit kalau memilih, ada kedai halal tapi jauh sikit. Kalau kat Akhibara ada satu restoren kebab halal. Kitaorang selalu makan kebab dan sushi saja. Lagi satu kitaorang bawak makanan dari KL. Makanan memang mahal. Antara tempat yang Kak Sue dah pergi adalah Disneyland Tokyo dan pusat peranginan salji. Kalau nak pergi ke pusat peranginan salji tu kena naik high speed train tak terasa lamanya walaupun jarak beratus kilometer dari Tokyo. Pengankutan utama kat sini adalah keretapi bawah tanah. Kitaorang naik keretapi jer kalau nak kemana-mana. Tak ada tunggu lama-lama memang efisyen dan tepat. Tokyo memang tempat yang bersih dan menarik. Kak Sue dah tiga kali ke Tokyo dan tak jemu nak pergi lagi.

Tokyo disneyland memang sejuk. Kak Sue masuk sesi malam.

Di tengah kesibukan bandaraya Tokyo hujan renyai-renyai dan nyaman.

Anak-anak bergembira di Tokyo Disneyland

Pusat peranginan salji Gala Yuzawa Japan

Dan yang terkahir sekali yang Kak Sue tunggu adalah trip ke London/Paris. Tak sabar rasanya nak pergi berkat usaha Kak Sue dalam perniagaan Premium Beautiful. Sekarang tengah kumpul duit nak beli barang-barang yang telah masuk dalam senarai Kak Sue  Kepada anda semua tidak ada yang mustahil untuk dicapai. Kak Sue orang biasa saja bukan berasal dari keluarga yang berada. Semuanya adalah hasil usaha sendiri. Memang puas hati dan lebih diberkati. Banyak tempat lagi yang Kak Sue nak dilawati. InsyaAllah dengan usaha yang kuat Kak Sue nak pergi ketempat lain pula.

Wednesday, October 10, 2012

Garam Buluh (Bamboo Salt), boleh mengembalikan kesihatan

Seperti yang Kak Sue janjikan sebelum ini, Kak Sue nak memperkenalkan produk lain iaitu Garam Buluh atau Bamboo Salt. Garam ni bukannya datang dari pokok buluh tapi berasal dari laut yang diambil dari Pulau YanPing yang terletak di Pantai Barat Korea. Yang menjadikannya panggilan buluh kerana garam ini akan dimasukkan kedalam buluh yang terpilih.Garam ini akan dibakar dengan pokok pine sehingga menjadi serbuk. Proses ini akan menghasilkan ketulan garam. Ia juga akan membuang bahan logam dan kotoran yang dineutralkan. Kandungan buluh dan pokok pine akan bercampur bersama garam yang telah diproses yang menambahkan lagi kandugan organik yang diperlukan oleh badan seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum dan zink.


Mesti orang tanya apa beza Garam Buluh dengan garam biasa?. Garam Buluh ini dihasilkan secara organik manakala garam biasa kebanyakkannya dihasilkan melalui proses kimia yang boleh memudaratkan badan untuk jangkamasa panjang. Kandungan natrium dalam garam biasa adalah tinggi dan tidak elok untuk mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Kandungan mineral dalam Garam Buluh boleh memperbaiki kesihatan badan dan tidak memberi kesan kepada tekanan darah disamping sesuai untuk kanak-kanak.

Antara kebaikan Garam Buluh ini adalah:

    1. Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
    2. Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
    3. Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
    4. Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
    5. Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
    6. Meningkatkan daya pemulihan badan.
Cara pengambilan Garam Buluh ni mudah iaitu dengan mencampurkan dengan miniuman atau dicampurkan dengan masakan. Kita lihat saja testimoni dibawah anda akan tahu khasiatnya:














Dari testimoni yang diberikan diatas anda boleh lihat kebersanan Garam Buluh ini memang untuk menjaga kesihatan. Cukup sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan hidup yang lebih sihat. Bagi anda yang berminat untuk mencuba jangan segan untuk hubungi Kak Sue pada bila-bila masa. Semoga dapat membantu mengembalikan kesegaran dan kesihatan pada tubuh badan. InsyaAllah.

Sunday, October 7, 2012

Ahad yang penuh aktiviti...

Hari ni, jadual Kak Sue penuh dengan aktiviti perniagaan. Selepas menyediakan apa yang patut di rumah bermula tengahari Kak Sue keluar untuk berbincang dengan Isma dan Juliana mengenai rancangan perniagaan dan strategi baru.

Juliana dan Isma sedang membincangkan sesuatu

Pada petangnya pula Kak Sue menghadri kelas untuk mengetahui produk baru yang akan Kak Sue perkenalkan pada anda semua.

Puan Zawiyyah sedang menerangkan sesuatu kepada yang hadir.


Kepada anda semua yang berminat dan mempunyai wawasan untuk berjaya dan ingin mengubah hidup anda supaya lebih berjaya jangan ragu-ragu untuk sertai Kak Sue. InsyaAllah Kak Sue akan bersama-sama anda melaksanakan wawasan kejayaan. Yang penting ada kemahuan dan tiada alasan untuk berjaya.

Saturday, October 6, 2012

Live updates from product class Batu Caves

Kak Sue sekarang bersama teman-teman mengikuti kelas di Batu Caves.

Wani sebagai MC hari ini yang akan memperkenalkan speaker kepada yang hadir.

Kita perlu untuk hadir kelas seperti ini untuk mendapat tunjuk ajar dari mereka yang telah berjaya. Kita perlu bekerja secara berkumpulan dan merancang strategi bersama. Kehadiran kita bukan saja mendengar tapi kita boleh berkongsi idea dan membina networking bersama yang lain. Untuk berjaya kita perlu buang sikap malu dan banyak alasan. Kalau kelas yang percuma begini pun kita tak mahu hadir bagaimana kita nak berjaya. Kesungguhan itu penting. Kejayaan memang tidak datang bergolek dan menghadirkan diri bukan menjanjikan apa-apa. Semuanya ditentukan olehNya. Yang penting semangat dan usaha. Bagi Kak Sue ini penting untuk meningkatkan keupayaan kita dan juga penonjolan diri kepada umum bahawa kita bersungguh-sungguh dan bukan hanya kata-kata. Kepada yang berminat untuk berjaya, hadirkanlah diri supaya ilmu dan tips yang diberi dapat membantu untuk mencapai apa yang diimpikan.

Thursday, October 4, 2012

BIOzone produk pembersih makanan

Seperti yang Kak Sue janjikan semalam, Kak Sue akan memperkenalkan produk lain dari syarikat kami iaitu BIOzone Food Purifier. Produk ini berkaitan dengan kesihatan pemakanan dimana alat akan mengasingkan bahan toksid dari bahan makanan yang mentah kepada makanan yang lebih sihat dan bebas toksin.

"Purify" jika ditafsirkan dalam bahasa kita, bermakna satu proses penyisihan bahan kotoran, bendasing dan bahan yang tidak dikehendaki daripada sesuatu objek. Dalam kontek ini objek akan tertumpu kepada makanan.

BIOzone Food Purifier adalah alat yang khas dimana kandungan Oksigen (O2) pada persekitaran akan ditukar kepada Ozon(O3) dimana semasa proses pengozonan, makanan akan diproses dan bahan-bahan toksin yang tidak diperlukan akan diasingkan secara semuljadi. Proses ini juga akan memelihara makanan lebih segar disamping menyingkirkan bau. Proses ini adalah mesra alam kerana selepas proses pengozonan makanan tamat, kandugan Ozon(O3) ini akan ditukarkan kepada Oksigen (O2) semula.
BIOzone Food Purifier, produk pembersih makanan moden dan berteknologi

Bahan-bahan makanan yang biasa dibeli oleh kita di pasar boleh diproses menggunakan alat ini. Antaranya makanan utama adalah seperti:
  1. Ayam dan Daging
  2. Ikan laut dan sungai
  3. Sayuran dan buahan
Seperti yang kita ketahui pada masa kini bahan makanan utama diatas kebanyakkannya adalah diusahakan dari ladang ternakan oleh petani moden. Sedikit sebanyak ada bahan-bahan kimia yang digunakan proses perladangan. Bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki mungkin memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan kita.

Dari kajian Kak Sue dari sumber internet, mengikut stastistik yang dijalankan oleh organisasi keselamatan pemakanan di Australia kes keracunan pemakanan menyebabkan kerugian yang besar dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Secara keseluruhan terdapat 5 juta kes keracunan makanana dalam setahun. Cuba bayangkan masa yang terbuang dan kos untuk merawatinya.

Stastistik yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan pemakanan di Australia

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang sensitif terhadap bahan makanan, contohnya ibu dan ayah yang telah uzur. BIOzone Food Purifier adalah produk yang sesuai untuk mengawal kandungan toksin yang tidak dikehendaki.

Pemakanan yang bebas toksin dan segar adalah penting bagi mereka yang telah uzur

Sebagai langkah pencegahan dan pengawalan makanan yang sihat, Kak Sue mencadangkan supaya anda mencuba produk BIOzone Food Purifier. Ianya memang terbukti dapat mengawal dan mencegah kadar toksin disamping mengawal kesegaran makanan.

Untuk pengenalan dan keterangan mengenai produk, sila ikuti video dibawah ini.





InsyaAllah, Kak Sue akan menerangkan lebih khusus lagi mengenai produk dan cara penggunaan dalam bentuk video supaya anda lebih memahaminya. Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Kak Sue.

Wednesday, October 3, 2012

Short updates from Batu Caves...

Kak Sue sekarang berada di kelas bersama rakan rakan yan lain.
Ramai sungguh malam ini. Semoga kami semua berjaya InsyaAllah.
Kelas yang dipenuhi oleh rakan rakan yang cukup berminat dan memberikan tumpuan.

Disekeliling ku ada peluang. Susuri peluang yang ada dan susunlah langkah meniti kejayaan.

Kita belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Kak Sue yang telahpun mempunyai kerjaya yang baik masih lagi mahu mendapatkan ilmu dari mereka semua. Kearah kebebasan keewangan yang bebas insyaAllah. 



Paris/London here I come...

Assalammualaikum semua, dah lebih sebulan Kak Sue tak kemaskini blog ni. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan bersama rakan-rakan disamping urusan kerja seharian. Ada banyak perancangan untuk kembangkan lagi pendapatan sampingan ini. Banyak produk yang Kak Sue rasa sesuai untuk diperkenalkan kepada pembaca. Bukan saja Premium Beatiful, ada lagi produk yang Kak Sue akan perkenalkan kepada anda semua. Sebelum raya tempohari Kak Sue bersama teman teman dan rakan perniagaan ada membuat sesi pengambaran untuk kumpulan kami. Terasa muda dan macam artis bila jurukamera professional melaksanakan tugas. Tak pernah lagi Kak Sue ada sesi fotografi begini sepanjang hidup. Memang pengalaman yang tidak akan dilupakan. Semuanya berkat usaha yang tidak mengenal penat.

Gambar Kak Sue, hasil dari kerja tangan jurugambar professional. 

Sepanjang sebulan yang lepas, Kak Sue juga bertungkus lumus untuk mencapat target untuk mendapatkan tempat bagi pakej pelancongan ke Paris dan London tahun depan yang disediakan oleh syarikat dan alhamdullialah sukacita dimaklumkan bahawa Kak Sue telah mendapatkan tempat dan layak untuk pakej tersebut. Jualan Kak Sue telah mencapai target yang dikehendaki. Dulu Kak Sue pernah berkata "Inilah kali terakhir Kak Sue jejakkan kaki di kota Paris" ternyata salah dan Kak Sue diberi peluang untuk menjejakkan kaki sekali lagi. Kotaraya cinta yang memang indah dengan berlatar belakangkan menara Eiffel dan sungai-sungai yang bersih. Cuacanya yang sejuk dan nyaman pada suhu 4-10 darjah celcius sungguh nyaman. Tak terasa penat untuk berjalan disekitarnya. Bagi kita yang duduk di garisan Khatulistiwa memang terasa sejuknya hingga ke tulang tapi bagi penduduk tempatan ianya biasa saja.

Kak Sue ingatkan ini kali terakhir tapi diberi peluang sekali lagi. Nak gunakan peluang  sepenuhnya kali ini

Ternyata tidak ada yang mustahil jika kita terus berusaha bersungguh sungguh tanpa ada rasa putus asa. Ya bukan mudah untuk senang dan tidak mustahil untuk mencapainya. Jika ada kemahuan disitu ada jalan. Buangkan sikap malu dan selesa. Buat sesuatu kelainan anda akan dapat hasilnya. InsyaAllah.