Thursday, August 2, 2012

Transformasi Rangkaian Sosial. Medium pemasaran maya akan datang

Rangkaian Sosial atau  "Social Networking", Kak Sue pun tak tahu apa sebenarnya secara jelas apa yang dimaksudkan dengan Rangkaian Sosial. Yang Kak Sue tahu Facebook. Kak Sue pun carilah apa maksudnya dari sumber internet. Rangkaian Sosial bukan spesifik kepada Facebook terdapat banyak medium lain yang terdiri dari sumber yang dihubungkan antara satu sama lain.



Facebook, antara Rangkaian Sosial paling popular di dunia

Maksud sebenar Rangkaian Sosial adalah secara mudah iaitu aktiviti penambahan kenalan di dalam perniagaan atau hubungan sosial melalui individu. Sebenarnya Rangkaian Sosial ni dah lama ada cuma secara tradisi atau manual saja. Kalau zaman Atuk dan Nenek kita dulu platformnya adalah berinteraksi melalui majlis kenduri kendara, majlis ilmu, masjid dan kedai kopi. Yang bezanya adalah platform. Cuma pendedahan platform cukup terhad hanya pada satu kawasan yang tertentu saja. Kalau orang biasa, anak muda dan pasangan biasanya dorang pergi ke warung, cafe atau yang lebih popular kedai mamak. Kalau ahli perniagaan dan orang kaya pula platformnya lain sikit. Biasanya kelab-kelab mewah dan kelab golf menjadi tempatnya. Walau apa pun tempatnya tujuan utama adalah untuk bercerita, berkongsi dan berbincang tentang sesuatu topik. Aktiviti Rangkaian Sosial ini secara tidak langsung akan menambah kenalan kita dimana individu yang kita kenal akan memperkenalkan kepada individu lain dan proses ini berterusan dan tidak terhenti.

Kak Sue sebenarnya baru 3 tahun menjadi pengguna Facebook, itupun suami Kak Sue yang memperkenalkannya. Sebelum tu Kak Sue tak ambil tahu langsung pasal Facebook, Youtube, Blog dan lain lain lagi. Sebabnya adalah kerana bidang kerja Kak Sue yang tak memerlukan Kak Sue ambil tahu pasal semua tu.  Hubungan Kak Sue dengan kawan-kawan dan saudara terdekad hanya melalui telefon bimbit yang terhad kepada panggilan dan SMS. Kak Sue ingat masa tu kalau nak beli handphone cari yang paling kecik dan ringan. Makin kecil makin mahal.
Samsung Flip kepunyaan Kak Sue dulu. Kena curi akhirnya

Pada mulanya Rangkaian Sosial hanya dicapai melalui komputer peribadi dan notebook kerana rangkaian internet mudah alih yang terhad. Jarang orang guna handphone untuk berinteraksi secara maya. Bukan tak ada mobile internet cuma caj data agak tinggi. Kak Sue ingat suami menggunakan Pocket PC pada masa tu. Tak salah Kak Sue IPAQ. Penggunaannya terhad dan suami Kak Sue buat main game dan mp3 player saja.


Rasanya IPAQ sama seperti suami Kak Sue guna dulu.

Dalam 2 tahun sejak kebelakangan ini, pasaran kita dibanjiri dengan telefon mudah alih yang lebih pintar atau orang panggil "SmartPhone". Tahap penggunaa intenet mudah alih telah meningkat secara mendadak. Facebook, Blog, Twitter, Whatapps, YM, Gtalk menjadi mainan bukan saja anak muda tetapi juga orang dewasa. Yang paling ketara saiz handphone bukan semakin kecik tetapi menjadi besar pula. Tidak ada sempadan lagi. Semuanya disambungkan terus kepada internet. Kalau dilihat dengan perkembangan sekarang. Internet menjadi benda yang wajib dan perlu ada pada setiap handphone yang digunakankan oleh pengguna. Lagi satu yang ketara adalah pengguna sekarang dah malas nak berinterkasi secara bersuara. Dorang lebih selesa menghantar mesej dan beinteraksi melalui laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain lagi.

Apa yang Kak Sue boleh simpulkan disini adalah.
  1. Semua pengguna di dunia akan disambungkan terus ke internet. Tidak ada halangan dan sempadan lagi. Pengguna boleh terus dihubungi walapun dimana berada dengan kos yang murah.
  2. Pengguna Facebook di Malaysia yang paling aktif dan tinggi di dunia. Bukan kata-kata tetapi fakta statistik. Cuba google. Orang Malaysia ni memang suka berborak kot... : )
  3. Charge data akan menjadi murah bila semakin ramai pengguna menggunakannya
  4. Rangkaian dan kemudahan canggih disediakan pada masa akan datang 
  5. Teknologi mudah alih internet terbaru. 
  6. Pemasaran perkhidmatan dan barangan secara maya. Tidak perlu kedai lagi. Pengguna boleh terus membeli barangan secara terus.
Kak Sue harap kita kena bersedia dengan proses transformasi Rangkaian Sosial pada masa akan datang. Transformasi ini bukan saja memberi kesan kepada orang biasa malah kepada semua industri dan perniagaan. Internet dan Rangkaian Social akan menjadi keperluan asas sama seperti Api, air dan makanan. Gunakan peluang ini untuk kita menambah kenalan disamping memasarkan produk Premium Beautiful secara lebih berkesan.  




No comments:

Post a Comment