Thursday, August 9, 2012

Peraduan, covershoot bersama jurugambar professional

Kak Sue nak kongsi tentang pertandingan dan tawaran dari group leader kami iaitu dari Kak Isma dan CDM Salha dimana pemenangnya akan dapat menghadiri sesi bergambar bersama jurugambar professional. Bukan mudah dan murah nak mendapatkan khidmat dari jurugambar professional. Kak Sue rasa bagi satu sessi siap dengan makeup dan pakaian tak kurang dari 4-7 ribu. Tapi bagi anda yang memenanginya, ia adalah PERCUMA.

Cerita pasal gambar ni, ada satu gambar yang Kak Sue cukup minat diambil oleh suami pada 3 tahun lepas. Rasa macam diambil oleh jurugambar professional walaupun yang ambik tak pro langsung... : )

Ini gambar yang Kak Sue minat diambil oleh suami.

Sebenarnya banyak proses yang perlu dibuat semasa ambik gambar dan selepas ambik gambar. Sebelum ambil punyalah susah nak cari cahaya yang cukup. Berkali kali "snap" ada terkurang lah terlebih lah... Bagi Kak Sue gambar sama saja semuanya. Mungkin jurugambar ni rabun agaknya... kepuasan dorang mungkin lain. Selepas ambik gambar pulak Kak Sue tengok suami selalunya edit guna software kat komputer. Lagi satu proses yang lama gak.. di adjust macam-macam. Nak hilangkan jerawat, nak letak tahi lalat.. semuanya boleh buat.

CDM Salha mengumumkan tawaran kepada semua ahli kumpulan


Jadi bagi anda bakal PEMENANG tak perlu susah-susah cuma bawa badan dan ikut saja sessi bersama jurugambar. Semuanya akan nampak Professional dan sempurna...

Sebelum terlupa bagaimana nak masuk peraduan ni... Mudah saja ia terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun keatas. Anda dikehendaki berkongsi produk Premium Beautiful dengan rakan-rakan dan rancangkan temujanji demo mencuba pakai Premium BeautifulPEMENANG adalah mereka yang berjaya menjual 10 set Premium Beautiful hasil dari temujanji dengan rakan-rakan. Cepat sebelum terlambat. Tawaran hanya sah sehingga 31 Ogos 2012.

No comments:

Post a Comment