Tuesday, August 7, 2012

"Superbrands", adakah sales talk saja? Anda tentukan

Salam Ramadhan pada semua dari Kak Sue. Sudah lebih 2 minggu kita berpuasa. Semoga amal ibadat yang kita lakukan selama ini akan diterima olehNya. Kak Sue malas nak cerita pasal aktiviti perniagaan kali ini sebab terus terang masa Kak Sue dibulan Ramadhan ini penuh dengan aktiviti. Boleh dikira hanya berapa hari saja Kak Sue ada masa terluang.

Kali ini nak cerita pasal branding "Superbrands" yang diberikan pada produk Premium Beautiful. Bila orang cakap "Superbrands", Kak Sue hanya fikir barang yang bagus agaknya. Tak tahu pulak ia adalah satu pencapaian dan pengiktirafan yang diberikan oleh sebuah organisasi yang bebas. Kalau kat Malaysia ni biasanya kalau orang cakap barang bagus mesti cop SIRIM. Kak Sue tak tahu apa SIRIM buat tapi biasanya itulah persepsi kita bila nak menilai tahap kualiti barangan. Tak ada logo SIRIM tak yah beli, kenyataan yang mudah.  Berbanding dengan SIRIM yang hanya akan menilai satu barangan yang diserahkan untuk pengujian, "Superbrands" akan menilai semua barangan atau perkhidmatan yang sama terdapat didalam pasaran. Barangan dan perkhidmatan ini akan dinilai dan dibandingkan oleh pengguna dan pakar dalam sesuatu produk. Ia memberikan ranking kepada barangan yang terbaik dan berkualiti.
"Superbrands", kenyataan yang selalu keluar dalam iklan Premium Beautiful oleh ahli-ahli yang memasarkannya. Tapi adakah anda tahu apa makna "Superbrands" dalam kontek produk. "Superbrands" ni bukan satu jenama produk, tetapi ia adalah sebuah organisasi yang mewakili pandangan pengguna dan pakar yang mahir dalam sesuatu produk. Organisasi ini akan mengkaji, menguji dan menilai barangan yang PALING berkualiti dan memberikan NILAI kepada pembeli. "Superbrands" ditubuhkan pada tahun 1994 di United Kingdom dimana pengasasnya adalah Marcel Knobil. Organisasi "Superbrands" telah beroperasi di lebih 80 buah negara dan Malaysia adalah antaranya. Antara barangan yang telah diberikan pengiktirafan adalah seperti dibawah:
  • Air Asia (Penerbangan)
  • Maggie (Makanan)
  • Shell (Petroleum)
  • Colgate (Ubat Gigi)
  • .................. dan banyak lagi
Tak lupa juga Premium Beautiful (Pakaian dalaman Wanita) yang sememangnya telah mendapat pengiktirafan dari organisasi "Superbrands".

Kak Sue malas nak cerita panjang lebar pasal "Superbrands" ini. Anda boleh tanya sendiri dengn Pakcik "Google" untuk mendapatkan maklumat mengenainya. 

Jadi yang menjadi persoalannya, adakah "Superbrands" penting dan kena mengena dengan produk atau hanya cakap-cakap kosong dan "sales talk" saja. Anda tentukannya sendiri....

Apa yang Kak Sue nak tekankan disini adalah Premium Beautiful adalah produk yang berkualiti dan diiktiraf terbaik. Tidak ada sebab untuk anda tidak yakin dengannya, sebab bukan Kak Sue yang pandai-pandai cakap tapi "Superbrands" yang bagitahu... : ) : ) : )






No comments:

Post a Comment