Sudah hampir seminggu Kak Sue tak mengemaskini blog ni. Sebenarnya memang terlalu sibuk dengan aktiviti seharian dan sampingan sehingga tak dapat nak berkongsi berita dengan anda semua. Banyak sebenarnya temujanji yang Kak Sue buat sepanjang bulan Ramadhan ini. Penat memang penat tapi Kak Sue teruskannya. Kak Sue tak paksa diri tetapi melakukannya dengan ikhlas, minat dan semangat untuk berjaya.
Nak kongsi dengan anda semua respon yang diberikan semasa bertemu dengan pelanggan. Antara respons yang diberikan:
Nak kongsi dengan anda semua respon yang diberikan semasa bertemu dengan pelanggan. Antara respons yang diberikan:
- Mendengar apa yang Kak Sue terangkan dan memberikan respon yang positif dan negatif. Orang seperti ini senang nak mengadakan temujanji. Mereka lebih terbuka dengan pandangan dan kita perlu menerima pandangan negatif secara terbuka dan berhemah. Kalau kita cepat melatah peluang untuk "close" jualan atau menjadi rakan perniagaan akan berkurangan. Berfikir sebelum memberi pandangan atau respon pada pelanggan.
- Mendengar sambil lewa dan telah bersedia memberikan respon yang negatif. Biasanya mereka ini tak berminat cuma atas sebab perhubungan dan untuk menjaga hati. Kita boleh rasa penolakan pada peringkat awal. Teruskan dengan penerangan dan jawapan mungkin orang sebegini boleh menjadi penyampai kepada kawan-kawan lain tentang bisnes kita secara tidak langsung boleh menambah kenalan. Sabar dan fokus kerana kita berniaga dan bukan semua orang boleh terima.
- Mendengar dan berminat tetapi berubah atas pandangan orang yang ketiga. Mereka ini seperti ragu-ragu atau tidak mampu menolak secara berdepan. Biasanya mereka secara umum setuju pada peringkat awal tetapi menolaknya selepas itu dengan alasan yang munasabah. Bergantung pada alasan usaha penerangan berterusan mungkin boleh mengubahnya. Kita perlu tahu alasan yang boleh diubah atau muktamad. Perlu pertimbangan supaya tidak memberi kesan yang buruk kepada kita dan pelanggan.
- Yang terus positif, ingin berjaya dan berminat untuk menjadi rakan perniagaan atau "Business Partner". Orang macam ni Kak Sue tak pernah jumpa lagi. Kalau jumpa 10 orang yang sebegini, Kak Sue jamin dalam masa sebulan boleh jadi "CDM" : ). Jadi kena positif setiap kali berjumpa pelanggan sebab ada kemungkinan kita akan bertemu orang yang sebegini walaupun susah tetapi memang ADA. Kalau tak ada orang sebegini tak akan ada "CDM" yang ada sekarang ni. Macam Kak Ogy Ahmad Daud komen dalam akademi fantasia "Gali dalam-dalam lagi....."
Tidak ada apa salahnya dengan respon yang diberikan sebab itu memang keadaan sebenar yang kita akan tempuhi. Bagaimana kita nak hadapi dengan respon yang diberikan adalah dengan lebih bersikap terbuka dan bersedia menerima penolakan. Jangan kecewa hanya kerana terdapat penolakan. Kalau tak ada penolakan dalam perniagaan tentu semua orang dah berjaya sebab semua orang terlibat. Hanya orang yang betul-betul kuat saja mampu mengatasinya.
Sebenarnya risiko dalam perniagaan Premium Beatiful ni memang rendah jika nak dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang lain. Premium Beatiful tidak memerlukan kedai, pekerja, kunci kira-kira dan kos yang tinggi. Kita boleh gunakan apa yang ada disekeliling kita (saudara mara, kawan kawan, rangkaian komputer, internet, handphone, blog, forum, facebook, YM, Whatapps, GTalk....dll) untuk memulakannya kecuali modal, tenaga dan perancangan. Rasanya tidak ada lagi yang muflis hanya kerana menceburi bidang ini.
Ada beberapa cara untuk memulakannya secara cepat ataupun beransur-ansur. Kedua-dua cara boleh menghasilkan kejayaan dengan syarat berusaha dan mempunyai perancangan yang baik bersama kumpulan. Telah banyak kali Kak Sue katakan ini bukan kerja berseorangan, perlu ada kerjasama berkumpulan untuk berjaya. Kalau nak harap kerja berseorangan memang susah nak berjaya. Macam juga perniagaan lain untuk berjaya kita kena ada "Networking" yang sihat dan pelbagai. Kongsikan kejayaan bersama dan bukan berseorangan. Akhir sekali, Kak Sue mempunyai impian dan akan melaksanakannya. Jika anda bersedia untuk bersama-sama mengejar impian, insyallah kita boleh bersama mengharunginya. Anda yang tentukan kejayaan dan bukan orang lain.
No comments:
Post a Comment