Assalammualaikum dan masih belum terlambat untuk Kak Sue ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Hampir setahun Kak Sue tidak aktif mengemaskini blog. Bukak Kak Sue bersara tapi sibuk dengan urusan keluarga dan aktiviti perniagaan.
Gambar trip percuma ke Hungry & Austria January 2015
Tahun lepas adalah tahun yang paling mencabar bagi Kak Sue kerana banyak yang telah berlaku. Apa pun yang berlaku tidak akan mengubah apa yang Kak Sue inginkan dan capai. Fokus Kak Sue hanya satu iaitu ingin berjaya dan mencapai tahap yang tertinggi dalam perniagaan yang diceburi. Seperti pepatah melayu. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.Kak Sue buat sesuatu dengan sepenuh hati tanpa rasa belah bagi. Kak Sue kerja bukan berseorangan tetapi memerlukan sokongan dari rakan-rakan perniagaan yang lain. Kak Sue akan cuba tidak mengecewakan mereka yang telah membantu dari bawah, tidak kira mereka adalah rakan kongsi Kak Sue atau side line yang mempunyai objektif yang sama.
Di depan istana lama di Austria
Pada rakan-rakan kongsi Kak Sue, percayalah Kak Sue akan membantu pada yang memberi fokus untuk kita bersama-sama berjaya. Sebagai kapten kapal yang telah membawa masuk anak-anak kapal dan penumpang, tidak sesekali Kak Sue terjun menyelamatkan diri atas apa-apa alasan sekalipun. Kak Sue orang yang pertama dan yang terakhir keluar dari kapal samada karam atau tidak. Inilah kapal Kak Sue sehingga mencapai destinasinya. Harap anak-anak kapal yang lain akan setia bersama semasa tenang ataupun bergerlora. Fokus dan tetapkan pendirian kerana dalam apapun bidang yang diceburi, orang yang dapat bertahan dan fokus adalah mereka yang akan sampai kepenghujungnya.
Di depan butik di Austria. Sejuk masa ni.
Kak Sue baru saja balik dari trip melancong syarikat ke Hungry dan Austria pada minggu lepas. Memang berbaloi semuanya. Tak perlu Kak Sue nak ceritakan tentang negara tersebut sebab anda sendiri boleh google sendiri tetapi setakat melihat gambar adalah berbeza dengan pengalaman pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut. Ada juga mengatakan Kak Sue beli tiket dari syarikat untuk melancong dan hanya menunjuk-nunjuk untuk menarik pelanggan. Malangnya tudahan tersebut tidak betul.sama sekali. Sejak tahun pertama sehingga sekarang dah masuk hampir 3 tahun, setiap trip yang Kak Sue pergi adalah hasil imbuhan dari syarikat secara percuma setelah Kak Sue layak mengumpul mata yang diperlukan. Alhamdullilah Kak Sue akan cuba kekalkan momentum tersebut. Kak Sue pun tak berani nak berjanji akan layak mendapat trip percuma pada setiap trip yang ditawarkan. Insyallah Kak Sue akan cuba sebaik mungkin.
Bersama rakan-rakan lain di runang lobi hotel penginapan di Hungary
Pada tahun ini Kak Sue telah ada beberapa perancangan untuk meningakatkan lagi pendapatan dan rakan perniagaan yang baru. Bukan saja di Malaysia malah Kak Sue akan tumpukan masa untuk rakan-rakan perniagaan dari Brunei yang memang awsome.
Berbincang pelan perniagaan bersama rakan-rakan. Orang Brunei jangan lupa minggu ni Kak Sue datang!!!.
Minggu depan ini pun Kak Sue ada program di Brunei. Jika pembaca dari Brunei yang ingin mengetahu apa yang Kak Sue buat dan ingin mencuba. Jangan malu-malu hubungi Kak Sue.
No comments:
Post a Comment