Thursday, May 8, 2014

Setelah 2 tahun: Jika ada usaha apa saja yang kita impikan boleh dicapai


Assalammualaikum kepada semua pembaca blog. Dah lama sangat Kak Sue tak update blog sejak Januari 2014 sehingga sekarang. Bukan tak nak update tetapi kerana Kak Sue menumpukan 100% usaha terhadap perniagaan ini. Keputusan Kak Sue untuk melepaskan jawatan pada awal Januari lalu sedikit sebanyak mengurangkan masa untuk menulis. Masa yang Kak Sue gunakan untuk merancang dan melaksanakan strategi perniagaan. Setelah 4 bulan Kak Sue berhenti dengan bantuan suami dan kawan-kawan perniagaan lain, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Tak rugi rasanya Kak Sue melepaskan jawatan penolong pengurus di bank tempatan. Walaupun pada mulanya Kak Sue rasa takut untuk bergerak sendirian tetapi dalam hati Kak Sue berkata, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kita tak mencuba lagi dah rasa takut. Suami Kak Sue tak menghalang cuma dia nasihatkan Kak Sue jangan menyesal jika gagal kerana apa yang kita pilih itu adalah kehendak kita. Dia hanya cakap walau apapun terjadi, kita kena harungi bersama. Keputusan bersama adalah penting kerana kita perlu ada kerjasama pada waktu senang ataupun susah. 

Kak Sue berterima kasih kepada suami kerana sepanjang 4 bulan ini dia memberikan sokongan tanpa berbelah bagi, hanya kami saja yang tahu. Walaupun dia tak menumpukan sepenuhnya pada perniagaan kerana masih lagi bekerja tetapi Kak Sue bangga kerana dia faham dan banyak membantu dari segi kepakaran teknologi dan logistik. Tak lupa juga dia banyak membantu dalam kerja-kerja di rumah. Memang kehidupan bersama suami dan isteri kekadang ada pasang dan surutnya. Walau apa pun berlaku dan berbeza pendapat, kita kena cari titik persamaan untuk terus bergerak mencapai apa yang diimpikan. Tiada apa-apa halangan untuk kami maju kedepan lagi.

Kalau ikutkan sebenarnya sudah lebih 2 tahun Kak Sue melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pada mulanya secara sambilan saja. Sikit demi sedikit usaha yang dilaksanakan tanpa erti putus asa telah menghasilkan habuannya. Kak Sue telah 4 kali layak melancong secara percuma ke luar negara dengan perniagaan ini. Paris/London, Korea, Australia dan yang akan datang ni Shanghai. Semuanya percuma dengan layanan VIP. Dulu masa kerja biasa, setelah hampir lebih 15 tahun baru dapat pergi berjalan ke luar negara. Itupun hanya sekali saja. Layanan dan servis pulak tak sama seperti yang Kak Sue dapat dengan perniagaan sekarang.

Nak bermula berniaga tak perlu modal besar. Bukan semua orang mampu bermula dengan modal yang besar. Kak Sue percaya jika ada kemahuan walau dengan modal sekecil mana pun kita mampu lakukan. Adalah lebih bermakna jika modal kecil tapi usaha yang besar berbanding modal yang besar tapi mengharapkan keajaipan berlaku tanpa usaha yang sama besarnya. Dengan hanya RM 50 anda boleh bermula. Mungkin dengan modal sekecil itu, anda mampu mengubahnya. Kita bukannya menjalankan perniagaan skim cepat kaya atau "money game". Kita bekerja kuat dengan hasil usaha sendiri dengan produk yang mempunyai permintaan. Semakin kuat kita berusaha dan berdoa, insyallah kejayaan akan datang. Kak Sue dah lalu sebahagiannya dan percaya anda juga boleh melaluinya.

Dalam perniagaan ini ada ganjaran-ganjaran yang diberikan. Kak Sue telah layak mendapat tabung kereta dimana untuk layak kita perlu ada jualan RM 30K setiap bulan selama 4 bulan berturut-turut. 

Untuk pakej pelancongan PERCUMA ke Shanghai, China juga dah layak. Bukan 1 tiket tapi Kak Sue layak 2 teket percuma. Untuk layak satu tiket perlu ada jumlah jualan mesti mencapai RM 80K untuk jangkamasa yang ditentukan oleh syarikat. Tak sabar rasanya nak pergi melancong bersama kawan-kawan perniagaan yang lain.

Kak Sue ada sebut tadi layak tabung kereta. Kak Sue nak hadiahkan kepada suami sebuah motorsikal dengan menggunakan tabung tersebut. Kami bercadang untuk stabilkan dulu perniagaan kami kepada satu tahap dan mungkin dalam setahun atau 2 tahun lagi Kak Sue hadiahkan suami dengan motorsikal berkuasa tinggi. Kami berdua tak minat sangat dengan kereta. Gunakan saja kereta yang sedia ada. Insyallah kami akan dapat juga satu hari nanti. Model motorsikal yang kami nak adalah BMW K1600 GTL seperti yang dipaparkan dalam gambar diatas. Harga dalam lebih kurang RM 150K. Yakin boleh.

Akhir sekali Kak Sue memang puas hati dengan apa yang dicapai sekarang dan akan terus berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perniagaan ini. Cukup sampai disini Kak Sue menulis. Ada banyak lagi yang Kak Sue nak kongsi. Tunggu pada tulisan yang seterusnya nanti. Apa-apa pun selamat membaca kepada semua. Kalau anda berminat untuk mencuba PM saja Kak Sue. Call/SMS Whatsapp +6012-6396241. Jumpa lagi nanti.


No comments:

Post a Comment