Tuesday, February 10, 2015

Premium Beautiful Waist Nipper bengkung untuk perjalanan jauh dengan motorsikal

Apa yang Kak Sue boleh katakan Premium Beautiful Waist Nipper atau dalam bahasa kampung kita panggil Bengkung, banyak membantu menyokong tulang belakang bagi perjalanan yang jauh terutamanya semasa bersama suami menaiki motorsikal. Memang amat berbeza, bila tak pakai Kak Sue memang tak larat, walaupun baru 30 minit perjalanan. Kak Sue tidak ada penyakit tulang belakang tapi bagi mereka yang pernah naik motorsikal untuk perjalanan jauh akan faham apa maksudnya lebih-lebih lagi yang duduk dibelakang. Gegaran dan rintangan angin membuat badan dan tulang belakang kita bekerja untuk mengimbangi pergerakan dan kelajuan.

Kak Sue bergambar di depan UiTM Dungun Terengganu

Kak Sue telah banyak kali bersama suami kesana dan kemari dengan. KL-Dungun Terengganu dah 4 kali, KL-Kluang-Batu-Pahat-JB-Singapura dah 6 kali rasanya. Ada sesetengah perjalanan, Kak Sue balik hari saja. Pergi pagi dan balik malam. Dengan umur Kak Sue yang telah melangkau lebih 40 an. Kak Sue takkan mampu untuk lakukan perjalanan yang jauh tanpa Premium Beautiful Waist Nipper.

Premium Beautiful Waist Nipper wajib pakai. Kalau tak!!! Suami kena berhenti setiap 30 minit perjalanan sebab Kak Sue tak tahan.

Sempat lagi selfie sebelum memulakan perjalanan dari Dungun ke KL minggu lepas.

Ini gambar lain semasa Kak Sue dengan suami ride bersama kawan-kawan lain ke Cameron Highland tahun lepas.

Sempat lagi buat bisnes layan whatsapp lepas turun motor. Ini gambar dikawasan tol skudai, Johor Baru. Lepas selesai berehat kami terus bergerak menuju ke Singapura untuk berjalan-jalan santai di sana.

Kak Sue memang recommend Premium Beautiful Waist Nipper ni untuk mereka yang mahu membuat perjalanan yang jauh. Tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Tidak semestinya untuk mereka yang mempunyai masalah tulang belakang tetapi ia juaga boleh digunakan sama seperti aksesori sokongan motorsikal seperti jaket, glove dan lain-lain lagi. Dan tidak lupa Premium Beautiful Waist Nipper juga adalah aksesori penting untuk penunggang dan pembonceng motorsikal. Kalau berminat jangan ragu-ragu untuk hubungi Kak Sue Whatsapp/SMS/Call melalui talian +6011-23515305.



No comments:

Post a Comment