Thursday, May 8, 2014

Setelah 2 tahun: Jika ada usaha apa saja yang kita impikan boleh dicapai


Assalammualaikum kepada semua pembaca blog. Dah lama sangat Kak Sue tak update blog sejak Januari 2014 sehingga sekarang. Bukan tak nak update tetapi kerana Kak Sue menumpukan 100% usaha terhadap perniagaan ini. Keputusan Kak Sue untuk melepaskan jawatan pada awal Januari lalu sedikit sebanyak mengurangkan masa untuk menulis. Masa yang Kak Sue gunakan untuk merancang dan melaksanakan strategi perniagaan. Setelah 4 bulan Kak Sue berhenti dengan bantuan suami dan kawan-kawan perniagaan lain, alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Tak rugi rasanya Kak Sue melepaskan jawatan penolong pengurus di bank tempatan. Walaupun pada mulanya Kak Sue rasa takut untuk bergerak sendirian tetapi dalam hati Kak Sue berkata, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kita tak mencuba lagi dah rasa takut. Suami Kak Sue tak menghalang cuma dia nasihatkan Kak Sue jangan menyesal jika gagal kerana apa yang kita pilih itu adalah kehendak kita. Dia hanya cakap walau apapun terjadi, kita kena harungi bersama. Keputusan bersama adalah penting kerana kita perlu ada kerjasama pada waktu senang ataupun susah. 

Kak Sue berterima kasih kepada suami kerana sepanjang 4 bulan ini dia memberikan sokongan tanpa berbelah bagi, hanya kami saja yang tahu. Walaupun dia tak menumpukan sepenuhnya pada perniagaan kerana masih lagi bekerja tetapi Kak Sue bangga kerana dia faham dan banyak membantu dari segi kepakaran teknologi dan logistik. Tak lupa juga dia banyak membantu dalam kerja-kerja di rumah. Memang kehidupan bersama suami dan isteri kekadang ada pasang dan surutnya. Walau apa pun berlaku dan berbeza pendapat, kita kena cari titik persamaan untuk terus bergerak mencapai apa yang diimpikan. Tiada apa-apa halangan untuk kami maju kedepan lagi.

Kalau ikutkan sebenarnya sudah lebih 2 tahun Kak Sue melibatkan diri dalam perniagaan ini. Pada mulanya secara sambilan saja. Sikit demi sedikit usaha yang dilaksanakan tanpa erti putus asa telah menghasilkan habuannya. Kak Sue telah 4 kali layak melancong secara percuma ke luar negara dengan perniagaan ini. Paris/London, Korea, Australia dan yang akan datang ni Shanghai. Semuanya percuma dengan layanan VIP. Dulu masa kerja biasa, setelah hampir lebih 15 tahun baru dapat pergi berjalan ke luar negara. Itupun hanya sekali saja. Layanan dan servis pulak tak sama seperti yang Kak Sue dapat dengan perniagaan sekarang.

Nak bermula berniaga tak perlu modal besar. Bukan semua orang mampu bermula dengan modal yang besar. Kak Sue percaya jika ada kemahuan walau dengan modal sekecil mana pun kita mampu lakukan. Adalah lebih bermakna jika modal kecil tapi usaha yang besar berbanding modal yang besar tapi mengharapkan keajaipan berlaku tanpa usaha yang sama besarnya. Dengan hanya RM 50 anda boleh bermula. Mungkin dengan modal sekecil itu, anda mampu mengubahnya. Kita bukannya menjalankan perniagaan skim cepat kaya atau "money game". Kita bekerja kuat dengan hasil usaha sendiri dengan produk yang mempunyai permintaan. Semakin kuat kita berusaha dan berdoa, insyallah kejayaan akan datang. Kak Sue dah lalu sebahagiannya dan percaya anda juga boleh melaluinya.

Dalam perniagaan ini ada ganjaran-ganjaran yang diberikan. Kak Sue telah layak mendapat tabung kereta dimana untuk layak kita perlu ada jualan RM 30K setiap bulan selama 4 bulan berturut-turut. 

Untuk pakej pelancongan PERCUMA ke Shanghai, China juga dah layak. Bukan 1 tiket tapi Kak Sue layak 2 teket percuma. Untuk layak satu tiket perlu ada jumlah jualan mesti mencapai RM 80K untuk jangkamasa yang ditentukan oleh syarikat. Tak sabar rasanya nak pergi melancong bersama kawan-kawan perniagaan yang lain.

Kak Sue ada sebut tadi layak tabung kereta. Kak Sue nak hadiahkan kepada suami sebuah motorsikal dengan menggunakan tabung tersebut. Kami bercadang untuk stabilkan dulu perniagaan kami kepada satu tahap dan mungkin dalam setahun atau 2 tahun lagi Kak Sue hadiahkan suami dengan motorsikal berkuasa tinggi. Kami berdua tak minat sangat dengan kereta. Gunakan saja kereta yang sedia ada. Insyallah kami akan dapat juga satu hari nanti. Model motorsikal yang kami nak adalah BMW K1600 GTL seperti yang dipaparkan dalam gambar diatas. Harga dalam lebih kurang RM 150K. Yakin boleh.

Akhir sekali Kak Sue memang puas hati dengan apa yang dicapai sekarang dan akan terus berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perniagaan ini. Cukup sampai disini Kak Sue menulis. Ada banyak lagi yang Kak Sue nak kongsi. Tunggu pada tulisan yang seterusnya nanti. Apa-apa pun selamat membaca kepada semua. Kalau anda berminat untuk mencuba PM saja Kak Sue. Call/SMS Whatsapp +6012-6396241. Jumpa lagi nanti.


Saturday, January 11, 2014

Facebook Aktiviti Log - January 11, 2014 at 08:42AM



Kak Sue kenal Lynn semasa kami bersama-sama pergi trip percuma ke London Paris pada tahun lepas. Seorang yang sangat "humble" dan merupakan CEO yang mempunyai ramai pekerja dibawahnya. Lynn membuat perbandingan perniagaan konvensional yang dijalankannya dengan perniagaan sekarang yang ternyata memberi lebih keuntungan dengan usaha yang sama. Statistik yang diberikan sangat meyakinkan dan ternyata menjadi pilihan yang tepat walaupun secara sambilan, apatah lagi sepenuh masa. Ini adalah perniagaan yang serius yang menjanjikan masa depan. SOHObiz is the way to go for optimis. Note: Edited and repost into blog #suzanablog

Tuesday, January 7, 2014

Facebook Aktiviti Log - January 07, 2014 at 03:43PM



Hari-hari yang kulalui sebelum ini berbeza dengan sekarang. Wap dapur dan bahang panas menjadi teman setia setiap hari dalam 2 minggu ini. Sudah lama aku tak melalui pengalaman sebegini melainkan sewaktu remaja dahulu. Dulu dengan 6 adik lelaki,aku seorang menjadi sandaran untuk membuat kerja rumah. Emak dan ayah sibuk bekerja. Menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang pertama. Adik-adik membantu tetapi setakat yang mereka mampu. Terigat Waktu kerja sebelum ini, aku disejukkan oleh penyaman udara dan kerusi yang empuk setiap hari. Fikiran hanya tertumpu kepada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Bila balik saja dari pejabat terus merehatkan diri. Tak banyak yang boleh dilakukan lagi kerana kepenatan kerja seharian. Alhamdullilah anak-anak dan suami faham dan membantu. Mamang penat otak dan tenaga tapi masih mampu melakukan kerja ringan di rumah. Bila waktu pagi terus bergegas membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah dan pejabat. Semuanya terkejar-kejar. Masa memang suntuk pada waktu itu. Sekarang semuanya telah berubah, semuanya bergantung pada aku. Jadual waktu harian penuh dengan aktiviti rumah tangga. Adakah aku kesal?. Tidak sesekali memang itu pilihanku. Bukan saja dapat bersama keluarga malah aku lebih bebas. Terima kasih pada anak-anak dan suami yang masih membantu walaupun aku sudah tidak bekerja seperti dulu. Hubungan semakin rapat dan kami lebih mesra setiap hari. Sediakan makan untuk anak-anak dan tidak lupa juga boleh menjalankan perniagaan sendiri. Ini pilihanku dan akan aku capai apa yang diinginkan. Aku bukannya berhenti kerja tetapi menukar cara bekerja yang lebih mementingkan hubungan keluarga. SOHOBIZ adalah pilihanku. Semoga tuhan memberkati dan memberikan semangat untuk berjaya didunia dan akhirat. Amin. #suzanablog

Monday, January 6, 2014

Tahun baru dengan kehidupan harian yang berbeza dari sebelumnya

Masih belum terlambat lagi untuk Kak Sue mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 yang telah masuk minggu kedua. Tahun ni adalah tahun yang serba baru dalam kehidupan Kak Sue. Buat pertama kalinya, Kak Sue menjadi suri rumah sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini bukan bermakna Kak Sue terus tidak bekerja tetapi menukar haluan untuk bekerja sendiri disamping meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga di rumah. Sejak beberapa bulan yang lepas Kak Sue jarang update blog kerana terlalu sibuk dengan kerja disamping membuat persedian untuk berhenti kerja. Semua kerja-kerja terpaksa diserahkan kepada pengganti tetapi malangnya sehingga Kak Sue berhenti tidak ada lagi yang mengganti jawatan Kak Sue. Kak Sue tak nak fikirkan sangat masalah tersebut kerana syarikat Kak Sue, mampu untuk mencarinya jika mahu. Syarikat tahu apa yang elok untuk mereka.



Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan sekerja yang telah memberikan kerjasama sepanjang Kak Sue bekerja. Ada juga rakan-rakan yang memberi sokongan dan ada juga yang memberi nasihat supaya berfikir semula dan meneruskan kerjaya sebelum ini. Kak Sue telah memikirkannya dan telah pun berbincang dengan suami Kak Sue dan beliau bersetuju. Itulah keputusan Kak Sue. Apa jua halangan dan cabaran akan datang adalah pilihan Kak Sue bersama. Tentu ramai yang hairan dan menjadi tanda tanya, kenapa Kak Sue sanggup tinggalkan kerjaya yang telah menjanjikan pendapatan tetap untuk 15 tahun lagi dan mencuba yang lain. Dengan pendapatan mencecah RM 10 ribu sebulan, Kak Sue sanggup meninggalkannya?. Senang saja, Allah yang menentukan rezeki kita dengan syarat kita ingat dia pentingkan solat berusaha dan tidak mengeluh. Rezeki ada di mana-mana saja. Kak Sue tahu bukan mudah nak dapatkan pendapatan yang sama sebelum ini tapi adakah tidak boleh dicapai dengan usaha yang lain?. Untuk permulaan memanglah tidak seberapa tetapi dengan rancangan dan usaha yang berterusan disamping doa dan yakin. Insyallah pintu rezeki akan dibuka dan menjemput kita.



Tidak perlulah Kak Sue nak cerita dan mengeluh pasal kerjaya sebelum ini kerana tidak mendapat apa-apa faedah dengan hanya mengeluh. Tindakan adalah lebih penting dari momokan kisah keluh resah kesana sini. Kita yang tentukan arah dan kejayaan hidup kita. Kalau dah tahu cawan tu kecil janganlah dituang dengan sebaldi air. Tak mampu ditampungnya. Kenalah tambah cawan lagi agar dapat ditampung air kesemuanya. Apa yang Kak Sue nak sampaikan disini adalah kita perlu berjimat cermat dan lebih teliti dalam perbelanjaan. Ikut keperluan dan kemampuan, bukan ikut kawan-kawan dan jiran-jiran. Kita yang tentukan bagaimana kita nak susah. Betul tak?. Nak senang memang semua orang nak, tapi berapa ramai yang berusaha lebih untuk jadi lebih senang?. Kalau kita dah tahu kelulusan kita setakat sijil D. Jangan mimpi kita nak dapat gaji dengan kelulusan sijil Z, dengan hanya  makan gaji. Tak kisahlah swasta atau kerajaan. Tangga gaji ditentukan oleh kelulusan dan gred. Kerja berpuluh tahun kalau dah tahap gaji mati takkan naiknya kecuali dirombak semula.





Sebenarnya cara mencari pendapatan sebegini sesuai untuk era sebelum ini. Ibu bapa kita menghantar kita belajar setinggi yang mungkin tujuannya adalah untuk kita mendapat kerja yang baik dan pendapatan yang lebih baik. Memang betul pepatah orang tua menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Secara sedar atau tidak, ramai dari kita tak mampu nak harungi hidup seharian biasa dengan gaji dan kelulusan yang tak seberapa, Kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di bandaraya seperti Kuala Lumpur. Nak marah pun tak boleh hanya mampu mengeluh dengan tanda kekesalan yang secara sedar atau pun tidak. Apa kata aku dengar cakap emak dan ayah dulu belajar bersungguh-sungguh.





Bukannya Kak Sue cakap tak boleh hidup dengan kerja makan gaji, tapi setakat itu sajalah pendapatan kita. Tak salah apa pun kalau pandai berjimat cermat dan tahu tahap kemampuan. Masalahnya ada juga yang Kak Sue lihat kawan-kawan disekeliling hidup cukup-cukup makan dan susah juga. Ada yang memang rajin dan bekerja kuat tetapi setakat itu sajalah. Cukup bulan semua gaji habis untuk dibayar hutang-hutang. Perasaan dorang hanya tuhan saja yang tahu.

Atas dasar itulah Kak Sue cuba mengubah haluan dan mencuba untuk mencari cara pendapatan yang lain.  Pilihan ditangan kita. Suka atau tidak kita kena cari sumber pendapatan untuk kesenangan lebih pada masa akan datang. Bermula pada minggu pertama tahun baru ini Kak Sue telah membuat beberapa perancangan untuk dilaksanakan. Dengan doa dan usaha. Kak Sue harap tuhan akan memberi petunjuk dan membuka pintu rezeki untuk keluarga dan rahmat olehNya. Akhir sekali, Selamat Tahun Baru 2014. Kalau ada rancangan yang tak tercapai tahun lepas kita perbaiki dan tambah perancangan baru demi kejayaan dunia dan akhirat.

Assalammualaikum...

PS: Blog Kak Sue sedang dalam pembaikan dan diubah semula. Tunggu kemunculan imej baru Blog Kak Sue dengan kandungan yang lebih menarik.

Kak Sue.

Saturday, January 4, 2014

Facebook Aktiviti Log - January 04, 2014 at 08:42AM



Kepada surirumah atau sesiapa saja berminat nak berbiz nak cari side income tapi tak ada modal boleh pm ksue ya ...ksue boleh tolong uols income memang berbaloi ni bukan skim cepat kaya ya..ni biz macam kita buka kedai cuma kedai kita di alam maya yang penting anda seorg yg jujur dan ikhlas nak berniaga serta ada internet kat rumah sebab kita jual online tak payah keluar rumah pun keluar bila perlu saja kalau tak pandai internet tak per nnti kami ajar secara percuma barang yang uols nak jual pun boleh pilih sendiri www.premiumbeautiful.com http://biovelocitysleepmate.net/ https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698616856839089&set=a.175240105843436.42114.100000723433249&type=1

Facebook Aktiviti Log - January 04, 2014 at 06:30PM



via Facebook Jangan malu2 nak pm ksue kalau x faham??? jangan takut ni bukan skim cepat kaya??? kita berusaha allah yg tentu rezeki kita.... ksue tahu ramai kat luar sana menghadapi masalah keewangan masa mula2 dulu pun ksue ragu2 betul ker ni ???skim cepat kaya ker ?? Ksue baca dan follow fb blog kawan ksue hampir setahun baru ambil keputusan buat biz ni www.premium-beautiful.com http://biovelocitysleepmate.net/ https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698634600170648&set=a.175240105843436.42114.100000723433249&type=1

Facebook Aktiviti Log - January 04, 2014 at 06:30PM



via Facebook Jom ikut ksue ke shanghai 2014 ni...company dah buka package utk awal tahun ni ke shanghai.... alhamdulilah sepanjang ksue berbiz dr june 2012 dah 2 trip london paris korea insyallah bulan feb 2014 ker gold coast lps tu nak ke shanghai berwarna warni kehidupan ksue sekarang ni tak lah dalam office jer huhuhuh https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698643120169796&set=a.175240105843436.42114.100000723433249&type=1

Facebook Aktiviti Log - January 04, 2014 at 06:42AM



via Facebook Kalau kita tak ubah kehidupan sekarang bila lagi kan ???cuba tengok kalau dulu kita sama jer dah bertahun2 masih dibebani hutang piautang??? masih tak dapat apa yang kita inginkan???? masih tak dapat nk buat simpanan hantar mak n ayah pergi haji ???? masih sibuk kerja sampai malam sampai tak sempat nak belajar agama masa bersama2 anak???? rasanya kita kena ambik tindakan dalam hidup kita kena ubah cara kita berfikir lebih positive kata orang kalau nak tahu macammana kehidupan kita lagi 10 tahun cuba tengok rakan sekerja yg sama kerjaya tulah cerminan diri kita akan datang https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698649560169152&set=a.175240105843436.42114.100000723433249&type=1

Facebook Aktiviti Log - January 04, 2014 at 02:48PM



via Facebook Lepas selesai semua kerja rumah dah boleh fokus untuk buat kerja sendiri. Tak kira masa dan tempat. Zaman sekarang di mana-mana saja kita boleh bekerja. Kita sendiri tentukan arah tujuan dan kejayaan. Siapa kata suri rumah tak boleh cari duit tambahan. SOHOBiz langkah kebebasan keewangan bagi suri rumah sepenuh masa. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=698608813506560&set=a.175240105843436.42114.100000723433249&type=1