Tuesday, January 7, 2014

Facebook Aktiviti Log - January 07, 2014 at 03:43PM



Hari-hari yang kulalui sebelum ini berbeza dengan sekarang. Wap dapur dan bahang panas menjadi teman setia setiap hari dalam 2 minggu ini. Sudah lama aku tak melalui pengalaman sebegini melainkan sewaktu remaja dahulu. Dulu dengan 6 adik lelaki,aku seorang menjadi sandaran untuk membuat kerja rumah. Emak dan ayah sibuk bekerja. Menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang pertama. Adik-adik membantu tetapi setakat yang mereka mampu. Terigat Waktu kerja sebelum ini, aku disejukkan oleh penyaman udara dan kerusi yang empuk setiap hari. Fikiran hanya tertumpu kepada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Bila balik saja dari pejabat terus merehatkan diri. Tak banyak yang boleh dilakukan lagi kerana kepenatan kerja seharian. Alhamdullilah anak-anak dan suami faham dan membantu. Mamang penat otak dan tenaga tapi masih mampu melakukan kerja ringan di rumah. Bila waktu pagi terus bergegas membuat persiapan untuk anak-anak ke sekolah dan pejabat. Semuanya terkejar-kejar. Masa memang suntuk pada waktu itu. Sekarang semuanya telah berubah, semuanya bergantung pada aku. Jadual waktu harian penuh dengan aktiviti rumah tangga. Adakah aku kesal?. Tidak sesekali memang itu pilihanku. Bukan saja dapat bersama keluarga malah aku lebih bebas. Terima kasih pada anak-anak dan suami yang masih membantu walaupun aku sudah tidak bekerja seperti dulu. Hubungan semakin rapat dan kami lebih mesra setiap hari. Sediakan makan untuk anak-anak dan tidak lupa juga boleh menjalankan perniagaan sendiri. Ini pilihanku dan akan aku capai apa yang diinginkan. Aku bukannya berhenti kerja tetapi menukar cara bekerja yang lebih mementingkan hubungan keluarga. SOHOBIZ adalah pilihanku. Semoga tuhan memberkati dan memberikan semangat untuk berjaya didunia dan akhirat. Amin. #suzanablog

No comments:

Post a Comment