Masih belum terlambat lagi untuk Kak Sue mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 yang telah masuk minggu kedua. Tahun ni adalah tahun yang serba baru dalam kehidupan Kak Sue. Buat pertama kalinya, Kak Sue menjadi suri rumah sepenuh masa dan meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini bukan bermakna Kak Sue terus tidak bekerja tetapi menukar haluan untuk bekerja sendiri disamping meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga di rumah. Sejak beberapa bulan yang lepas Kak Sue jarang update blog kerana terlalu sibuk dengan kerja disamping membuat persedian untuk berhenti kerja. Semua kerja-kerja terpaksa diserahkan kepada pengganti tetapi malangnya sehingga Kak Sue berhenti tidak ada lagi yang mengganti jawatan Kak Sue. Kak Sue tak nak fikirkan sangat masalah tersebut kerana syarikat Kak Sue, mampu untuk mencarinya jika mahu. Syarikat tahu apa yang elok untuk mereka.
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan sekerja yang telah memberikan kerjasama sepanjang Kak Sue bekerja. Ada juga rakan-rakan yang memberi sokongan dan ada juga yang memberi nasihat supaya berfikir semula dan meneruskan kerjaya sebelum ini. Kak Sue telah memikirkannya dan telah pun berbincang dengan suami Kak Sue dan beliau bersetuju. Itulah keputusan Kak Sue. Apa jua halangan dan cabaran akan datang adalah pilihan Kak Sue bersama. Tentu ramai yang hairan dan menjadi tanda tanya, kenapa Kak Sue sanggup tinggalkan kerjaya yang telah menjanjikan pendapatan tetap untuk 15 tahun lagi dan mencuba yang lain. Dengan pendapatan mencecah RM 10 ribu sebulan, Kak Sue sanggup meninggalkannya?. Senang saja, Allah yang menentukan rezeki kita dengan syarat kita ingat dia pentingkan solat berusaha dan tidak mengeluh. Rezeki ada di mana-mana saja. Kak Sue tahu bukan mudah nak dapatkan pendapatan yang sama sebelum ini tapi adakah tidak boleh dicapai dengan usaha yang lain?. Untuk permulaan memanglah tidak seberapa tetapi dengan rancangan dan usaha yang berterusan disamping doa dan yakin. Insyallah pintu rezeki akan dibuka dan menjemput kita.
Tidak perlulah Kak Sue nak cerita dan mengeluh pasal kerjaya sebelum ini kerana tidak mendapat apa-apa faedah dengan hanya mengeluh. Tindakan adalah lebih penting dari momokan kisah keluh resah kesana sini. Kita yang tentukan arah dan kejayaan hidup kita. Kalau dah tahu cawan tu kecil janganlah dituang dengan sebaldi air. Tak mampu ditampungnya. Kenalah tambah cawan lagi agar dapat ditampung air kesemuanya. Apa yang Kak Sue nak sampaikan disini adalah kita perlu berjimat cermat dan lebih teliti dalam perbelanjaan. Ikut keperluan dan kemampuan, bukan ikut kawan-kawan dan jiran-jiran. Kita yang tentukan bagaimana kita nak susah. Betul tak?. Nak senang memang semua orang nak, tapi berapa ramai yang berusaha lebih untuk jadi lebih senang?. Kalau kita dah tahu kelulusan kita setakat sijil D. Jangan mimpi kita nak dapat gaji dengan kelulusan sijil Z, dengan hanya makan gaji. Tak kisahlah swasta atau kerajaan. Tangga gaji ditentukan oleh kelulusan dan gred. Kerja berpuluh tahun kalau dah tahap gaji mati takkan naiknya kecuali dirombak semula.
Sebenarnya cara mencari pendapatan sebegini sesuai untuk era sebelum ini. Ibu bapa kita menghantar kita belajar setinggi yang mungkin tujuannya adalah untuk kita mendapat kerja yang baik dan pendapatan yang lebih baik. Memang betul pepatah orang tua menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Secara sedar atau tidak, ramai dari kita tak mampu nak harungi hidup seharian biasa dengan gaji dan kelulusan yang tak seberapa, Kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di bandaraya seperti Kuala Lumpur. Nak marah pun tak boleh hanya mampu mengeluh dengan tanda kekesalan yang secara sedar atau pun tidak. Apa kata aku dengar cakap emak dan ayah dulu belajar bersungguh-sungguh.
Bukannya Kak Sue cakap tak boleh hidup dengan kerja makan gaji, tapi setakat itu sajalah pendapatan kita. Tak salah apa pun kalau pandai berjimat cermat dan tahu tahap kemampuan. Masalahnya ada juga yang Kak Sue lihat kawan-kawan disekeliling hidup cukup-cukup makan dan susah juga. Ada yang memang rajin dan bekerja kuat tetapi setakat itu sajalah. Cukup bulan semua gaji habis untuk dibayar hutang-hutang. Perasaan dorang hanya tuhan saja yang tahu.
Atas dasar itulah Kak Sue cuba mengubah haluan dan mencuba untuk mencari cara pendapatan yang lain. Pilihan ditangan kita. Suka atau tidak kita kena cari sumber pendapatan untuk kesenangan lebih pada masa akan datang. Bermula pada minggu pertama tahun baru ini Kak Sue telah membuat beberapa perancangan untuk dilaksanakan. Dengan doa dan usaha. Kak Sue harap tuhan akan memberi petunjuk dan membuka pintu rezeki untuk keluarga dan rahmat olehNya. Akhir sekali, Selamat Tahun Baru 2014. Kalau ada rancangan yang tak tercapai tahun lepas kita perbaiki dan tambah perancangan baru demi kejayaan dunia dan akhirat.
Assalammualaikum...
PS: Blog Kak Sue sedang dalam pembaikan dan diubah semula. Tunggu kemunculan imej baru Blog Kak Sue dengan kandungan yang lebih menarik.
Kak Sue.

No comments:
Post a Comment