Bagi yang latarbelakang IT memang mudah sangat tapi bukan semua orang tahu. Berikut adalah langkah-langkah untuk post blog dengan menggunak Wordpress.
Andaian:
- Anda telah ada blog yang menggunakan WordPress
- Anda adalah seorang BEGINNER yang tidak tahu langsung pasal blog.
Langkah 2: Selepas anda login sila pilih menu "Post" dan pilih sub menu "Add New" seperti dalam paparan dibawah.
Menu utama WordPress
Langkah 3: Karang post yang anda mahu seperti dalam contoh paparan dibawah. Tajuk dan kandungan adalah bergantung kepada anda.
Sila ambil perhatian pada bulatan merah diatas:
Save Draft - Maknanya post anda akan disimpan dan pengguna belum boleh melihat post anda.
Preview - Adalah untuk melihat paparan blog anda sebelum anda publish
Publish - Anda telah bersedia dan berpuashati dan sedia untuk berkongsi dengan pengguna yang lain.
Ada banyak option yang boleh dipilih oleh anda:
Membuat post pada WordPress
Sila ambil perhatian pada bulatan merah diatas:
Save Draft - Maknanya post anda akan disimpan dan pengguna belum boleh melihat post anda.
Preview - Adalah untuk melihat paparan blog anda sebelum anda publish
Publish - Anda telah bersedia dan berpuashati dan sedia untuk berkongsi dengan pengguna yang lain.
Ada banyak option yang boleh dipilih oleh anda:
Publish options
Status:
Draft anda boleh tukarkan kepada "Draft" atau "Pending Review". Biarkan saja pada "Draft" kerana hanya anda saja yang akan publish post anda, tidak perlu ada review dari orang lain
Visibility.
Public - Post anda boleh dibaca oleh semua orang
Password protected - Post anda hanya boleh dibaca jika pengguna ada password tersebut
Private - Hanya anda saja boleh membaca post tersebut
Format Options
Format
Untuk permulaan biarkan post anda kepada "Standard"
Categeries Options
Categories
Tujuan kategori ini adalah untuk memudahkan anda membuat kumpulan nanti bila terdapat banyak post selepas ini. Anda boleh tambah kategori anda sendiri dengan menekan button "Add New Categroy". Setaip post anda boleh dipaparkan mengikut kumpulan tertentu. Kategori ni juga penting untuk memudahkan Search Engine Optimization (SEO) menyenaraikan blog anda.
Tags and Featured Image Option
Tags
Tag ini penting untuk memudahkan blog anda diindex oleh Search Engine Optimization (SEO) macam google, yahoo dan lain-lain search engine yang ada. Anda perlu letakkan Tag yang betul. Paling mudah anda letakkan Tag yang berkenaan dengan produk atau servis yang ditawarakan. Contohnya kalau anda jual barang letakkan "Premium Beautiful", "BB Plus", "Bio Velovity" dan lain lain lagi. Benda ni kita tak nampak kesannya secara fizikal. Tapi ianya penting untuk senaraikan blog anda untuk dicapai oleh orang luar. Nak cerita lebih lanjut lagi rasanya takut anda tak faham. Letakkan saja seperti yang saya cadang tadi.
Feautured Image
Tak perlu ubah apa-apa
Ok setakat disini dulu. Harap dapat membantu bagi mereka yang memerlukan.
--Mat Rempit--
No comments:
Post a Comment