Sudah lebih 18 tahun Kak Sue bekerja makan gaji. Alhamdullilah dengan rezeki yang tuhan beri kami sekeluarga dapat hidup bahagia. Dari segi keewangan nak kata susah pun tidak, senang pun tidak. Cukup untuk jalani kehidupan seharian dan sedikit lebihan untuk dibelanjakan. Yang beza adalah kemampuan membeli dan rating keewangan tinggi sikit. Senang cakap Kak Sue dikategrikan sebagai golongan pertengahan. Masa Kak Sue mula-mula bekerja dulu, Kak Sue boleh letakkan diri sebagai golongan bawahan, memang gaji cukup-cukup makan dan memang tak mampu nak membeli keperluan lain. Contohnya seperti kereta, rumah, hartanah dan lain-lain lagi. Rating keewangan Kak Sue bertambah bila masuk tahun ke 8 bekerja dimana dengan gaji yang sedikit tinggi Kak Sue dan suami sudah mila berkira-kira untuk membeli rumah dan kenderaan lebih selesa. Untuk pengetahuan semua masa mula-mula dulu kami pergi bekerja hanya menaiki motor kupchai selama beberapa tahun.Terus terang kami tidak mampu nak membayar ansuran bulanan yang dalam linkungan RM 600-1000 sebab gaji kami berdua pun pada masa tu lebih kurang RM 1000. Sewa rumah, bil elektrik, belanja dapur dan lain-lain lagi memang tak cukup. Inikan pula nak beli rumah atau kereta. Pada masa tu tak pernah terfikir untuk berubah kerana dalam fikiran kami biarlah begini janji kami tidak menyusahkan orang. Semakin lama semakin selesa dengan keadaan tersebut. Gaji pun bertambah dan pangkat pun naik. Buat apa nak susah-susahkan diri cari lain sebab pangkat dan gaji akan naik seiringan dengan pengalaman. Semakin lama kami bekerja semakin bertambah kedudukan keewangan. Perasaan begitu berterusan sehingga tahun lepas. Bila terbaca rencana mengenai CDM Salha yang telah berjaya dan menjadi jutawan dalam usia yang begitu muda Kak Sue terfikir kembali zaman-zaman muda Kak Sue dulu. Dalam fikiran "Ahhhh... rezeki dia, tuhan nak kasik" tapi dalam hati "Bagusnya kalau jadi macam tu berduit pada usia yang muda". Perasaan cemburu mula timbul bila Kak Sue baca lagi mengenai CDM Salha, beliau dan suami sama seperti Kak Sue muda-muda dulu bekerja makan gaji sebelum beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun menjadi suri rumah beliau bertekad untuk memulakan perniaggan sendiri dan mengharungi cabaran dan akhirnya sekarang beliau berjaya pada usia yang muda dan suaminya juga berhenti menumpukan sepenuh masa bersama dalam perniagaan.
Mereka semua sama macam kita boleh berjaya.
Keewangan bukan faktor utama Kak Sue terlibat dalam perniagaa ini tetapi kisah kejayaan yang dikecapi oleh CDM Salha menjadi pemangkin untuk Kak Sue mencuba. Terus terang Kak Sue bukan kesempitan keewangan pada waktu itu lebih kepada dorongan untuk kecapi kejayaan seperti itu. Akhirnya Kak Sue mengambil keputusan untuk mencuba terlibat dalam bidang yang sama. Bermula June 2012 Kak Sue bertekad untuk bermula. Perniagaan sebegini memang ramai kawan-kawan Kak Sue perkenalkan tapi pada waktu itu tidak ada pemangkin, semangat atau minat kerana selesa dengan kedudukan pada waktu itu. Lagipun produk yang ditawarkan lebih kurang sama dengan produk yang lain. Diringkaskan cerita Kak Sue pun bermula dan alhamdullilah dalam masa sebulan Kak Sue telah berjaya mencapai statu yang dikehendaki. Jualan yang Kak Sue buat melebihi jangkaan awal. Bila keadaan begitu timbul rasa semangat untuk meneruskannya walaupun secara sambilan saja. Ada masanya memang tidak ada jualan kerana sibuk dan tidak ada rancangan yang betul. Kalau duduk saja nak tunggu orang cari kita memang tidak jalan. Atas sebab itu Kak Sue dan rakan perniagaan Awin telah berusaha bersungguh-sungguh dan kami berdua bukan saja memecahkan rekod penjualan malah layak untuk kali pertama mengikuti rombongan percuma ke London dan Paris Mac 2013. Bukan itu saja, sekali lagi kami berdua layak mengikuti rombongan percuma ke Shangai pada bulan September 2013 nanti. Setahun 2 kali kami pergi melancung Alhamdullilah berkat usaha.
Apa yang Kak Sue nak sampaikan disini adalah kita ada pilihan untuk berjaya samada menunggu peluang atau terus mencuri peluang . Bayangkan usaha yang gigih sejak Jun 2012 sehingga April 2013 yang tak sampai pun setahun lagi telah membuahkan banyak hasil dan imbuhan yang lumayan berbanding sebelum ini 18 tahun Kak Sue bekerja. Kak Sue juga kena buat sales dan cari pelanggan untuk kerja sebelum ini tapi imbuhannya sekarang jauh dari apa yang Kak Sue perolehi dan perlu diingat Kak Sue bukan sepenuh masa.
Apa perancangan Kak Sue selepas ini adalah unutk terus bergiat berusaha dan jika diizinkan Kak Sue akan terlibat secara sepenuh masa nanti. InsyaAllah semoga tercapai apa yang Kak Sue impikan. Amin....
No comments:
Post a Comment