Monday, May 20, 2013

Apa itu domain name dalam bahasa mudah

Kak Sue minta Mat Rempit untuk terang secara bahasa mudah apa itu domain name. Kepada yang tak tahu pasal teknikal. Dibawah adalah penerangan beliau secara bahasa mudah dan bukan teknikal.

Paling mudah untuk terangkan domain name secara mudah adalah contohnya jika seseorang ingin menulis apa-apa surat kepada anda,  mereka perlu tahu "Nama" dan "Alamat" anda. "Nama" boleh disamakan dengan "domain name" dan "Alamat" adalah "tempat dimana anda membuat blog".
Gambarajah pemetaan domain name kepada server blog

Keterangan Gambarajah
Kawasan No 1, dalam gambarajah, pengguna membuka browser dan taip "http://www.premium-beautiful.com" dan menekan Enter.

Kawasan No 2, dalam gambarajah, sistem internet akan mencari "Nama" tersebut iaitu "http://www.premium-beautiful.com" didalam server dan bila ia kenal "Nama" tersebut, sistem internet akan pergi ke lokasi "Alamat" tersebut iaitu pada kawasan no 3 dengan alamat IP Address: 74.125.135.132.

Kawasan No 3, blog yang berada di kawasan no 3 akan dipaparkan pada pengguna di kawasan no 1. Pengguna tidak akan nampak alamat IP Address bernombor tetapi telah ditukarkan kepada name "http://www.premium-beautiful.com" 

Harap semua faham dengan penjelasan ringkas ini.

Terima Kasih....
Prengggggggggggg.......................

No comments:

Post a Comment