Hari ni adalah hari untuk bershopping dan makan saja. Masing-masing sibuk cari beg kosong nak bawak balik barang sendiri dan cenderamata untuk kawan dan saudara di KL. Yang paling best adalah makan atas bot dengan layanan VIP sambil menikmati pemandangan sekitar Han River. Masa berserapan semua sibuk bercerita barang yang nak dibeli. Kak Sue tak tahu nak beli apa. Yang pasti cenderamata sudah semestinya dibeli.
Pemandangan waktu pagi di sekitar kawasan hotel
Sebelum bergerak kami semua bergambar didepan hotel. Muka semua teruja nak membeli belah
Makan tengahari bersama rakan perniagaan dalam cruise yang membawa kami sekitar sungai Han
CDM Salha memberi kata-kata perangsang kepada kami semua
Makanan yang disediakan memang menarik nafsu nak makan
Seronok betul makan sambil naik bot. Peluang macam ni bukan datang selalu. Lepas selesai semuanya tiba pula masa untuk membeli belah. Harga barang kat pasaraya ni tak lah murah sangat lebih kurang sama saja dengan KL. Kak Sue berminat dngan barang-barang kosmetik dan aksesori wanita.
Tak sabar nak masuk pusat membeli belah
Aween macam biasa, makan pun posing
Lepas beli belah tiba masa untuk makan malam. Penat tapi semuanya berselera makan. Balik bilik mandi buat apa yang patut. Malam ni free time kami semua nak keluar cari barang-barang lain.
Suasana di sekitar pasar malam
Semua muka putih. Kalau jumpa malam-malam kat tepi jalan mahu lari orang
Untuk hari pertama klik Korea Trip 17 Sept 2013 Day 1
Untuk hari kedua klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 2
Untuk hari ketiga klik Korea Trip 19 Sept 2013 Day 3
Untuk hari keempat klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 4
Untuk hari ketiga klik Korea Trip 19 Sept 2013 Day 3
Untuk hari keempat klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 4
No comments:
Post a Comment