Assalammualaikum semua, dah lama Kak Sue tak update blog. Kali ini Kak Sue nak kongsi percutian bersama rakan-rakan perniagaan lain ke Korea. Tahun ini dah 2 kali bercuti percuma. Pada bulan March lepas London/Paris dan kali ini Korea Selatan. Teruja kerana ini kali pertama Kak Sue ke Korea.
Banner pembakar semangat pada yang lain
Pada hari pertama ni kami berkumpul di KLIA. Kak Sue, Aween dan Juliana bertolak dari rumah pada pukul 615pm dan kami sampai di KLIA pada pukul 7.00pm. Semuanya berkumpul di kaunter masuk H10. Setelah menyerahkan dokumen dan beg kepada pemandu pelancong. Kami semua menunaikan solat maghrib di surau KLIA.
Jadual perjalanan kami ke Korea
Di lobi KLIA, group kami semua sibuk mengambil gambar dan video masing-masing. Macam-macam posing dan macam-macam kata-kata diberikan untuk pembakar semangat pada yang lain. TLC tidak ketinggalan mengambil gambar berkumpulan. Walaupun dah banyak kali pergi KLIA tapi semua ambik gambar macam baru melawat. Maklumlah semuanya tak sabar nak masuk ke terminal dan berlepas.
Cek passport masing-masing, karang mahu kena tinggal kat sini
Pemandu pelancong kami sedang sibuk memberikan penerangan
Setelah semuanya selesai. Kami semua masuk ke terminal dan menunggu untuk berlepas. Masing-masing seronok terutama bagi yang pertama kali ke luar negara. Sambil menunggu panggilan masuk masing-masing sibuk dengan handphone. Biasalah dunia tanpa sepadan. Mesej pada keluarga dan kawan-kawan. Pada pukul 11:15 pm pesawat kami pun berlepas mengikut jadual. Seperti lawatan ke London/Paris sebelum ini, pramugari Korean airline mengucapkan selamat datang kepada group kami semua. Macam kita charted penerbangan ini pulak. Lepas makan semuanya tidur sebab esok pagi kami akan terus berjalan ke bandar Inceon.
Untuk hari pertama klik Korea Trip 17 Sept 2013 Day 1
Untuk hari kedua klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 2
Untuk hari ketiga klik Korea Trip 19 Sept 2013 Day 3
Untuk hari keempat klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 4
Untuk hari ketiga klik Korea Trip 19 Sept 2013 Day 3
Untuk hari keempat klik Korea Trip 18 Sept 2013 Day 4
No comments:
Post a Comment