Perjalanan penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam. Alhamdullilah kami semua selamat dan kami sampai lebih kurang pukul 5 pagi waktu Korea. Selepas selesai cop passport dan ambik beg, masing-masing sibuk ke tandas untuk membersihkan diri.
Sempat lagi bergamabar bersama jutawan CDM Kak Ana
Masing-masing nampak letih tapi teruja
Selepas selesai semuanya kami semua dibawa naik bas untuk pergi berserapan. Lapar selepas 6 jam penerbangan. Cuaca disini lebih kurang macam Malaysia pada waktu ini. Lepas berserapan kami akan menuju ke Namsan Hanok Village. Ini adalah tempat pusat kebudayaan rakyat Korea dimana terdapat banyak rekabentuk bangunan lama yang Kak Sue rasa banyak dipengaruhi rekabentuk negara Cina. Selepas itu kami melawat Masjid di Korea.
Macam bangsal kayu kat Malaysia tetapi bercirikan budaya Korea
Semua sibuk ambik gambar. Yalah tak tahu bila dapat datang lagi
Biasa tengok set begini dalam K-drama saja
Selepas selesai lawatan kami di Namsan Hanok Village kami akan pergi makan tengahari. Selepas ini kami akan ke Lotte Duty free Shop dan Myeongdong untuk membeli belah.
Makan dulu sebelum menuju ke destinasi seterusnya
Kanak-kana bersama pakaian tradisi Korea
Tugu lama yang dibina
Bersama rakan-rakan lain
Rasanya yang paling seronok lepas ni adalah melawat Lotte World Theme Park. Lebih kurang sama macam Genting Theme Park tetapi lebih banya permainannya. Kak Sue tak berani nak naik cuma tengok jerlah kawan-kawan lain. Takut terkeluar semua dalam perut.
Pemandangan masuk ke Lotte World Theme Park
Besar tempat main skate di Lotte World Theme Park tapi tak ramai main
Kena bawak anak-anak mesti dorang suka
Pertunjukan pancaragam. Kalau waktu malam mesti bercahaya
Macam Disneyland tapi bukan ya
Sempatlah Kak Sue ambik dengan awek korea comel ni
Nak peluk takut pegang tangan sajalah
Gyro Drop confirm Kak Sue tak naik
Sibuk ambik gambar semua
Ini budak-budak boleh naik
Kawan-kawan lain ada yang naik tapi kena beratur panjang ler
Lepas penat bermain di taman tema ni semuanya nak balik ke hotel mandi dan berehat. Kami semua belum lagi balik ke hotel selepas jejak kaki ke Korea pagi tadi. Kami semua berkumpul dan naik bas menuju ke Hotel. Bila sampai kami semua menolak beg-beg besar berebut naik lif untuk masuk ke bilik. Yang bestnya kat sini banyak WIFI percuma. Tak ada password macam kat Malaysia. Suami Kak Sue pernah cakap sebelum pergi, jangan risau Korea mempunyai infrasturktur network yang terbaik dan terlaju didunia sebab rakan sekerja suami Kak Sue pernah tinggal disini. Kadar pengguna internet juga adalah tertinggi.
Yang tak bestnya bila masuk bilik mangga kunci beg Kak Sue tak tahu dimana terpaksalah cari cari lain untuk buka beg. Selepas mandi dan berehat kami nak pergi berjalan-jalan di pasar malam Myeongdong yang berhampiran. Kat pasar malam sini lebih kurang sama macam pasar malam kat Malaysia. Ada jual baju, aksesori hand phone, minyak wangi dan lain-lain. Susah gak nak beli sebab kami tak tahu cakap Korea. Nanti macam ayam dengan itik pulak. Kak Sue tengok jer.
Suasana sibuk di kawasan pasar malam Myeongdong
Macam kat pasar malam kat Malaysia tapi tak tahulah halal atau tidak
Lepas penat berjalan kami semua balik ke hotel. Penat seharian berjalan dari pagi sampai malam. Esok ada program lagi tak sabar nak tunggu esok pagi.