Tuesday, June 18, 2013

Jalan-jalan ke Jakarta dan Bandung

Assalammualaikum, dah lama Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dipejabat, bisnes dan urusan 
di rumah. 2 minggu lepas Kak Sue pergi berjalan ke Bandung Indonesia. Ini bukan pertama kali Kak Sue kesanarasanyanya lebih dari 3 kali. Bagi yang belum pernah ke Bandung, Kak Sue kongsi cerita sikit. Apa yang menarik tentang Bandung ni adalah cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk. Taklah sejuk sangat tapi selesa untuk berjalan-jalan.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam dengan keadaan trafik biasa. Kita akan melalui lebuhraya yang sama seperti PLUS tetapi jangan terperanjat jika ada kenderaan yang memotong mengikut lorong kecemasan. Sebelum sampai ke bandung kami singgah sebentar di R&R. Anda dinasihatkan jangan minum air sembarangan disini kerana bukannya airnya kotor tapi mungkin kandungan airnya tak sesuai dengan badan kita lagi. Kak Sue tak bohong tapi kalau nak mencuba minum tak dilarang. Digalakkan minum air mineral yang dibeli.

Tanya-tanya harga di Mangga2 Jakarta

Suasana perjalanan adalah menarik dengan dikelilingi bukit bukau. Kak Sue tak nampak sangat sawah padi yang luas seperti di Kedah dan Perlis. Ada, tapi tak seluas yang disangkakan. Mungkin bukan disini ladangnya.Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling kita boleh lihat rumah-rumah penduduk tidak menggunakan atap zink untuk rumah mereka berbanding keadaan rumah kampung di Malaysia. Majoriti menggunakan atap genting yang berwarna coklat cerah. Mungkin kos untuk atap genting lebih murah kerana bahan galian yang mudah diperolehi. Rasanya ramai penduduk luar bandar mempunyai rumah yang sempurna berbanding dikawasan luar bandar. Walaupun tidak besar tapi lebih sempurna berbanding di Kota Jakarta yang mana jurang antara rumah orang kaya dan miskin memang berbeza. Kalau kita nak cari rumah setinggan kotak seperti kita lihat dalam filem-filem indonesia dulu-dulu memang tak nampak kerana pihak pemerintah telah menempatkan semula mereka dikawasan lain untuk tujuan pembangunan. Tapi suasana padat dengan rumah kecil yang rapat memang boleh dilihat. Kalau nak lihat juga rumah kotak, suami Kak Sue cakap pergi ke India memang jurang lebih menonjol.



Pekan Baru Bandung, pasaraya menjual pakaian muslimum dan muslimah

Di Jakarta masalah pengemis tidaklah ramai tapi masih ada yang berkeliaran terutamanya dikawasan yang jadi tumpuan Mengikut penduduk tempatan yang juga tidak senang melihat keadaan ini, ada antara mereka adalah sindiket yang menggunakan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya untuk mendapatkan simpati. Anda dinasihatkan jangan memberi cukup sekadar sedekahkan doa agar mereka berubah.

Restoren yang paling cantek bagi Kak Sue, pemandangan dia memang tak leh nak lawan.


Semakin hampir ke Bandung semakin banyak kawasan berbukit. Kita boleh lihat landasan keretapi yang merentasi bukit bukau yang telah dibina oleh penjajah Belanda pada abad yang lepas masih lagi digunakan. Kalau kita biasa tengok cerita koboi dengan jambatan keretapi yang tinggi. Kat sini memang banyak jambatan sebegitu. Tak dapat bayangkan bagaimana mereka membina landasan sebegini. Sudah tentu memerlukan kos dan tenaga kerja yang ramai.

Sebelum balik ke hotel. Makan malam dulu.. Banyak restoren dan kedai makan disini.

Untuk pengetahuan Bandung pernah dirancang oleh pihak Belanda untuk dijadikan ibu negara Indonesia. Sebab itu ada banyak bangunan penjajah yang dibina disini. Mungkin kerana suasana disini yang lebih dingin berbanding Jakarta. Sampai di kota Bandung memang banyak rumah yang cantik dan besar. Mengikut penduduk tempatan rumah-rumah lama ini adalah hasil peninggalan penjajah Belanda yang sekarang dimiliki oleh golongan kaya, ahli politik dan pegawai kerajaan. Majoritinya pemilih harta mewah adalah dari kaum peniaga keturunan cina Indonesia. Ada juga rumah-rumah ini telah diubahsuai menjadi gedung perniagaan dan restoren. Antaranya seperti Factory Outlet Rumah Mode.

Hotel tempat kami tinggal. Ruang legar sedang diubahsuai. Yang penting Internet free.

Apa yang menarik dibandung?. Dari segi tempat menarik ada beberapa tempat seperti kawah gunung berapi Tengkuban Perahu, kawasan air terjun panas, ladang teh dan ladang tomato. Kebanyakkan ladang-ladang disini adalah milik kerajaan dan hasilnya akan diberi samarata mengikut nisbah tertentu kepada petani. Kalau kita nakkan pemandangan yang cantik dan nyaman, Bandung antara tempat yang boleh kita lawati.

Kawah gunung berapi Tengkuban Perahu. Tempat wajib dilawati.

Jangan terperanjat jika kemana saja kita pergi di Bandung akan ada orang menjual barang-barang mengikut kita. Mereka boleh kenal antara pelancong dan orang tempatan. Anda pilihlah yang terbaik dan kalau tak berminat bagi tahu dengan cara elok. Mereka tidak menggangu kita cuma kita tidak selesa sentiada diikuti.

Pemandangan yang cantik dari atas gunung. Ada masjid diatas sini.

Kawasan air terjun yang memang panas airnya lebih kurang 50 darjah celcius
Dari segi pakaian memang terdapat banyak outlet dan pasaraya disini. Kawasannya tidak setempat dan merata-rata. Tanya penduduk tempatan jika ingin membeli belah. Hati-hati kerana Factory Outlet bukan bermaksud semuanya original kena pandai memilih tempat. Bagi Kak Sue kalau nak beli pakaian branded ni baiklah beli kat Malaysia lebih terjamin keasliannya sebab kita tahu.

Factory Outlet Rumah Mode, gedung pakaian dan beg kulit

Tempat yang paling famous bagi orang Malaysia adalah di Pekan Baru, Bandung. Kawasan ini macam jalan Tengku Abdul Rahman yang menjual pakaian untuk muslimim dan muslimah. Cuma disini peniaga ditempatkan didalam satu shopping komleks, mudah uttuk kita mencari barang pada satu kawasan. Bagi orang biasa yang tak pentingkan jenama, memang tmpat ini menjadi pilihan dan wajib untuk dilawati. Harga memang boleh dirunding. Kak Sue tak plan beli apa pun disini cuma sekadar melihat-lihat apa yang menarik saja. Hati-hati dengan penyeluk saku disini Sebelum balik bolehlah kita membeli kek dari kedai yang cukup terkenal iaitu Kartikasari untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Singgah di Kartikasari sebelum pulang ke Malaysia
.
Akhir sekali pendapat Kak Sue,  Bandung amat sesuai sebagai tempat untuk berehat dan menikmati keindahan alam. Kalau setakat nak bershopping disini rasanya lagi elok kita bershopping di KL Mungkin ada barangan tertentu yang tidak ada di KL bolehlah kita beli disini.

No comments:

Post a Comment