Pada Sabtu yang lepas Kak Sue menghadiri Penganugerahan Diamond Sales Manager (DSM). Memang meriah dan berwarna-warni. Ada 2 lagi tahap sebelum mencapai target iaitu melangkah menjadi DDM dan seterusnya menjadi CDM. Yang hadir pada majlis semuanya memperagakan pakaian yang cantik macam anugerah filem. Mereka semua sebenarnya adalah usahawan yang telah berjaya dan akan berjaya. Ada antaranya adalah doktor, hakim, arkitek, jurutera, projeck manager, pensyarah malah pekerja biasa dan suri rumah. Mereka adalah antara yang mahu mengubah hidup menjadi usahawan yang berjaya.
Majlis Penganugerahan DSM 2013
Hidangan yang disediakan pada majlis anugerah. Boleh tahan sedapnya.
Bersama rakan perniagaan
Perjalanan untuk mencapai apa yang diimpikan bukannya mudah tetapi memang boleh. Kisah doktor, tenaga kerja professional yang meletakkan jawatan dengan menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini menjadi contoh terbaik bagaimana ilmu yang ada didada boleh digunakan untuk kemajuan diri sendiri.
Kak Sue yakin dan akan berusaha untuk capai kejayaan yang lebih besar
Sambil menunggu giliran untuk naik kepentas bergambar sakan.
Nida dan suami juga hadir bersama
Kak Sue merasakan setelah terlibat hampir setahun dan berada pada tahap sekarang telah mengubah pandagan hala tuju masa depan Kak Sue . Semakin berusaha dengan gigih semakin Kak Sue yakin kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Bukan seorang dua saja yang telah berjaya. Jika dilihat pada hadirin yang hadir, tidak percaya ada sesetengahnya sudah bergelar jutawan dan hanya menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini. Mereka semua tidak ada kedai dan menyimpan stok tetapi pendapatan mereka mengalahkan CEO syarikat korporat. Kak Sue bukan nak momokkan dengan cerita dan angan-angan tentang mereka yang telah berjaya tapi kita kena ambik panduan tentang kisah disebaliknya bahawa mereka semua adalah sama seperti kita dan bukan terus berjaya. Semuanya bermula dari bawah sehingga mencapai pada tahap sekarang. Sesuatu yang tidak mustahil dicapai.
Bersama Aween, sepupu Aween dan Nida
Aween macam biasalah meriahkan suasana
Bergambar bersama sebahagian dari group TLC
Aween mulalah tu buat aksi
Bersama leader Kak Sue , Wani
Jam nak dekat pukul 1 pagi ni tapi semuanya masih sabar beratur menunggu giliran
Yang ditunggu-tunggu penganugerahan DSM
Bukan bermakna kita perlu meletakkan jawatan untuk berjaya. Persediaan dan perancangan untuk mencapai target mesti ada. Usaha yang gigih dan tidak putus asa penting. Bukan semua boleh berjaya tapi dengan panduan dan latihan yang diberikan oleh mentor akan membuka jalan kearah yang lebih baik. Kita kena tanya pada diri sendiri adakah kita mampu dan sanggup. Jika "Ya" jawapannya, ini adalah antara perniagaan yang boleh kita ceburi untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan diberkati.
Sempat posing sebelum turun dari pentas
Aween macam biasa lah. Ambik gambar cun please....
Hahahahah... Makan beradab tu Aween.
Pada satu masa nanti, Kak Sue perlu membuat keputusan yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Kak Sue percaya dan yakin boleh berjaya kerana apa yang boleh dicapai setakat ini dengan hanya menjalankan perniagaan secara sambilan. Kak Sue percaya dengan fokus dan semangat untuk belajar bersama-sama mentor, InsyaAllah Kak Sue boleh bersama-sama mereka yang telahpun berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah fakta, syarikat ini telah melahirkan ramai jutawan bumiputera. Yakin boleh. Amin...
No comments:
Post a Comment