Tuesday, June 25, 2013

Anugerah DSM, permulaan perubahan sikap dan masa depan

Pada Sabtu yang lepas Kak Sue menghadiri Penganugerahan Diamond Sales Manager (DSM). Memang meriah dan berwarna-warni. Ada 2 lagi tahap sebelum mencapai target iaitu melangkah menjadi DDM dan seterusnya menjadi CDM. Yang hadir pada majlis semuanya memperagakan pakaian yang cantik macam anugerah filem. Mereka semua sebenarnya adalah usahawan yang telah berjaya dan akan berjaya. Ada antaranya adalah doktor, hakim, arkitek, jurutera, projeck manager, pensyarah malah pekerja biasa dan suri rumah. Mereka adalah antara yang mahu mengubah hidup menjadi usahawan yang berjaya.

Majlis Penganugerahan DSM 2013

Hidangan yang disediakan pada majlis anugerah. Boleh tahan sedapnya.

Bersama rakan perniagaan

Perjalanan untuk mencapai apa yang diimpikan bukannya mudah tetapi memang boleh. Kisah doktor, tenaga kerja professional yang meletakkan jawatan dengan menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini menjadi contoh terbaik bagaimana ilmu yang ada didada boleh digunakan untuk kemajuan diri sendiri. 

Kak Sue yakin dan akan berusaha untuk capai kejayaan yang lebih besar

Sambil menunggu giliran untuk naik kepentas bergambar sakan.

Nida dan suami juga hadir bersama

Kak Sue merasakan setelah terlibat hampir setahun dan berada pada tahap sekarang telah mengubah pandagan hala tuju masa depan  Kak Sue . Semakin berusaha dengan gigih semakin  Kak Sue  yakin kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang berterusan. Bukan seorang dua saja yang telah berjaya. Jika dilihat pada hadirin yang hadir, tidak percaya ada sesetengahnya sudah bergelar jutawan dan hanya menumpukan sepenuh masa pada perniagaan ini. Mereka semua tidak ada kedai dan menyimpan stok tetapi pendapatan mereka mengalahkan CEO syarikat korporat.  Kak Sue  bukan nak momokkan dengan cerita dan angan-angan tentang mereka yang telah berjaya tapi kita kena ambik panduan tentang kisah disebaliknya bahawa mereka semua adalah sama seperti kita dan bukan terus berjaya. Semuanya bermula dari bawah sehingga mencapai pada tahap sekarang. Sesuatu yang tidak mustahil dicapai.

Bersama Aween, sepupu Aween dan Nida

Aween macam biasalah meriahkan suasana

Bergambar bersama sebahagian dari group TLC

Aween mulalah tu buat aksi

Bersama leader  Kak Sue , Wani

Jam nak dekat pukul 1 pagi ni tapi semuanya masih sabar beratur menunggu giliran

Yang ditunggu-tunggu penganugerahan DSM

Bukan bermakna kita perlu meletakkan jawatan untuk berjaya. Persediaan dan perancangan untuk mencapai target mesti ada. Usaha yang gigih dan tidak putus asa penting. Bukan semua boleh berjaya tapi dengan panduan dan latihan yang diberikan oleh mentor akan membuka jalan kearah yang lebih baik. Kita kena tanya pada diri sendiri adakah kita mampu dan sanggup. Jika "Ya" jawapannya, ini adalah antara perniagaan yang boleh kita ceburi untuk mengubah hidup menjadi lebih baik dan diberkati.

Sempat posing sebelum turun dari pentas
 
Aween macam biasa lah. Ambik gambar cun please....
 
Hahahahah... Makan beradab tu Aween.

Pada satu masa nanti,  Kak Sue perlu membuat keputusan yang boleh mengubah kehidupan masa depan.  Kak Sue  percaya dan yakin boleh berjaya kerana apa yang boleh dicapai setakat ini dengan hanya menjalankan perniagaan secara sambilan. Kak Sue percaya dengan fokus dan semangat untuk belajar bersama-sama mentor, InsyaAllah  Kak Sue  boleh bersama-sama mereka yang telahpun berjaya. Percaya atau tidak, ini adalah fakta, syarikat ini telah melahirkan ramai jutawan bumiputera. Yakin boleh. Amin...

 








Monday, June 24, 2013

Top Leader Circle semakin dikenali

Kak Sue nak berkongsi tentang usaha kumpulan Top Leader Circle atau secara ringkas TLC.
TLC adalah sebuah kumpulan yang bergerak secara berkumpulan bagi menjayakan misi membantu dan menghasilkan usahawan yang berjaya. Ketua kumpulan adalah terdiri daripada mereka yang telah berjaya.

TLC adalah antara kumpulan terbaik 2013



Daripada pengamatan Kak Sue, objektif utama penubuhan TLC adalah:
  1. Membantu mereka yang baru hendak memulakan perniagaan dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar secara lebih sistematik dan tersusun.
  2. Berkongsi rancangan dan strategi perniagaan secara berkumpulan.
  3. Melahirkan ahli usahawan yang berjaya dengan melaksanakan "The Millionaire Project"

Kebebasan kewangan menjadi impian semua

Kenapa kita perlu memilih TLC:
  1. Ahli TLC terdiri daripada golongan pendapatan yang bercampur-campur. Suri rumah tangga, golongan professional, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan  Jadi perkongsian pengalaman hampir meliputi seluruh golongan pendapatan.
  2. Pendedahan kepada pihat media yang luas seperti akhbar Berita Harian, The Star, New Straits Times, Kosmo dan juga media elektronik seperti Astro, TV3, TV9, TV1 dan Bernama.
  3. Latihan yang berterusan kepada usahawan
  4. TLC bakal mempunyai pusat latihan yang tetap bagi melatih mereka yang berminat dalam keusahawanan.
  5. Produk yang berkualiti dibawah syarikat yang telah beroperasi lebih 20 tahun dan telah melahirkan ramai jutawan dari golongan bumiputera..

Pencapaian TLC:
  1. Dinobatkan gelaran "Ikon Sohonita Malaysia" oleh Dato' Seri Shahrizat Abdul Malik.
  2. Ahli panel forum keusahawanan untuk para wanita anjuran Sohonita Malaysia.
  3. Pengiktirafan oleh syarikat sebagai salah satu kumpulan terbaik di Malaysia dengan memberi peluang kepada wakil TLC CDM Salha untuk memberikan ucapan pada Majlis Diamond Night pada 22 Jun 2013.
Telah hampir setahun Kak Sue bersama TLC an mereka telah pun berjaya membantu usahawan mencapai matlamat yang diimpikan. Latihan dan sokongan yang diberikan banyak membantu. Kesimpulan yang boleh kita dapati disini adalah untuk mencapai kejayaan kita tidak boleh melakukan secara berseorangan. Perlu mencari ilmu dan mendapat pandangan dari mereka yang telah berjaya. 

"Kita tak boleh berjaya dengan berseorangan, TLC membuka jalan untuk mengubah hidup kita"

Video kejayaan yang telah dikecapi oleh ahli TLC
 

Tuesday, June 18, 2013

Jalan-jalan ke Jakarta dan Bandung

Assalammualaikum, dah lama Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dipejabat, bisnes dan urusan 
di rumah. 2 minggu lepas Kak Sue pergi berjalan ke Bandung Indonesia. Ini bukan pertama kali Kak Sue kesanarasanyanya lebih dari 3 kali. Bagi yang belum pernah ke Bandung, Kak Sue kongsi cerita sikit. Apa yang menarik tentang Bandung ni adalah cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk. Taklah sejuk sangat tapi selesa untuk berjalan-jalan.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam dengan keadaan trafik biasa. Kita akan melalui lebuhraya yang sama seperti PLUS tetapi jangan terperanjat jika ada kenderaan yang memotong mengikut lorong kecemasan. Sebelum sampai ke bandung kami singgah sebentar di R&R. Anda dinasihatkan jangan minum air sembarangan disini kerana bukannya airnya kotor tapi mungkin kandungan airnya tak sesuai dengan badan kita lagi. Kak Sue tak bohong tapi kalau nak mencuba minum tak dilarang. Digalakkan minum air mineral yang dibeli.

Tanya-tanya harga di Mangga2 Jakarta

Suasana perjalanan adalah menarik dengan dikelilingi bukit bukau. Kak Sue tak nampak sangat sawah padi yang luas seperti di Kedah dan Perlis. Ada, tapi tak seluas yang disangkakan. Mungkin bukan disini ladangnya.Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling kita boleh lihat rumah-rumah penduduk tidak menggunakan atap zink untuk rumah mereka berbanding keadaan rumah kampung di Malaysia. Majoriti menggunakan atap genting yang berwarna coklat cerah. Mungkin kos untuk atap genting lebih murah kerana bahan galian yang mudah diperolehi. Rasanya ramai penduduk luar bandar mempunyai rumah yang sempurna berbanding dikawasan luar bandar. Walaupun tidak besar tapi lebih sempurna berbanding di Kota Jakarta yang mana jurang antara rumah orang kaya dan miskin memang berbeza. Kalau kita nak cari rumah setinggan kotak seperti kita lihat dalam filem-filem indonesia dulu-dulu memang tak nampak kerana pihak pemerintah telah menempatkan semula mereka dikawasan lain untuk tujuan pembangunan. Tapi suasana padat dengan rumah kecil yang rapat memang boleh dilihat. Kalau nak lihat juga rumah kotak, suami Kak Sue cakap pergi ke India memang jurang lebih menonjol.



Pekan Baru Bandung, pasaraya menjual pakaian muslimum dan muslimah

Di Jakarta masalah pengemis tidaklah ramai tapi masih ada yang berkeliaran terutamanya dikawasan yang jadi tumpuan Mengikut penduduk tempatan yang juga tidak senang melihat keadaan ini, ada antara mereka adalah sindiket yang menggunakan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya untuk mendapatkan simpati. Anda dinasihatkan jangan memberi cukup sekadar sedekahkan doa agar mereka berubah.

Restoren yang paling cantek bagi Kak Sue, pemandangan dia memang tak leh nak lawan.


Semakin hampir ke Bandung semakin banyak kawasan berbukit. Kita boleh lihat landasan keretapi yang merentasi bukit bukau yang telah dibina oleh penjajah Belanda pada abad yang lepas masih lagi digunakan. Kalau kita biasa tengok cerita koboi dengan jambatan keretapi yang tinggi. Kat sini memang banyak jambatan sebegitu. Tak dapat bayangkan bagaimana mereka membina landasan sebegini. Sudah tentu memerlukan kos dan tenaga kerja yang ramai.

Sebelum balik ke hotel. Makan malam dulu.. Banyak restoren dan kedai makan disini.

Untuk pengetahuan Bandung pernah dirancang oleh pihak Belanda untuk dijadikan ibu negara Indonesia. Sebab itu ada banyak bangunan penjajah yang dibina disini. Mungkin kerana suasana disini yang lebih dingin berbanding Jakarta. Sampai di kota Bandung memang banyak rumah yang cantik dan besar. Mengikut penduduk tempatan rumah-rumah lama ini adalah hasil peninggalan penjajah Belanda yang sekarang dimiliki oleh golongan kaya, ahli politik dan pegawai kerajaan. Majoritinya pemilih harta mewah adalah dari kaum peniaga keturunan cina Indonesia. Ada juga rumah-rumah ini telah diubahsuai menjadi gedung perniagaan dan restoren. Antaranya seperti Factory Outlet Rumah Mode.

Hotel tempat kami tinggal. Ruang legar sedang diubahsuai. Yang penting Internet free.

Apa yang menarik dibandung?. Dari segi tempat menarik ada beberapa tempat seperti kawah gunung berapi Tengkuban Perahu, kawasan air terjun panas, ladang teh dan ladang tomato. Kebanyakkan ladang-ladang disini adalah milik kerajaan dan hasilnya akan diberi samarata mengikut nisbah tertentu kepada petani. Kalau kita nakkan pemandangan yang cantik dan nyaman, Bandung antara tempat yang boleh kita lawati.

Kawah gunung berapi Tengkuban Perahu. Tempat wajib dilawati.

Jangan terperanjat jika kemana saja kita pergi di Bandung akan ada orang menjual barang-barang mengikut kita. Mereka boleh kenal antara pelancong dan orang tempatan. Anda pilihlah yang terbaik dan kalau tak berminat bagi tahu dengan cara elok. Mereka tidak menggangu kita cuma kita tidak selesa sentiada diikuti.

Pemandangan yang cantik dari atas gunung. Ada masjid diatas sini.

Kawasan air terjun yang memang panas airnya lebih kurang 50 darjah celcius
Dari segi pakaian memang terdapat banyak outlet dan pasaraya disini. Kawasannya tidak setempat dan merata-rata. Tanya penduduk tempatan jika ingin membeli belah. Hati-hati kerana Factory Outlet bukan bermaksud semuanya original kena pandai memilih tempat. Bagi Kak Sue kalau nak beli pakaian branded ni baiklah beli kat Malaysia lebih terjamin keasliannya sebab kita tahu.

Factory Outlet Rumah Mode, gedung pakaian dan beg kulit

Tempat yang paling famous bagi orang Malaysia adalah di Pekan Baru, Bandung. Kawasan ini macam jalan Tengku Abdul Rahman yang menjual pakaian untuk muslimim dan muslimah. Cuma disini peniaga ditempatkan didalam satu shopping komleks, mudah uttuk kita mencari barang pada satu kawasan. Bagi orang biasa yang tak pentingkan jenama, memang tmpat ini menjadi pilihan dan wajib untuk dilawati. Harga memang boleh dirunding. Kak Sue tak plan beli apa pun disini cuma sekadar melihat-lihat apa yang menarik saja. Hati-hati dengan penyeluk saku disini Sebelum balik bolehlah kita membeli kek dari kedai yang cukup terkenal iaitu Kartikasari untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Singgah di Kartikasari sebelum pulang ke Malaysia
.
Akhir sekali pendapat Kak Sue,  Bandung amat sesuai sebagai tempat untuk berehat dan menikmati keindahan alam. Kalau setakat nak bershopping disini rasanya lagi elok kita bershopping di KL Mungkin ada barangan tertentu yang tidak ada di KL bolehlah kita beli disini.

Jalan-jalan ke Jakarta dan Bandung

Assalammualaikum, dah lama Kak Sue tak update blog ni. Sibuk dengan kerja dipejabat, bisnes dan urusan 
di rumah. 2 minggu lepas Kak Sue pergi berjalan ke Bandung Indonesia. Ini bukan pertama kali Kak Sue kesanarasanyanya lebih dari 3 kali. Bagi yang belum pernah ke Bandung, Kak Sue kongsi cerita sikit. Apa yang menarik tentang Bandung ni adalah cuacanya yang lebih nyaman dan sejuk. Taklah sejuk sangat tapi selesa untuk berjalan-jalan.  Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 3 jam dengan keadaan trafik biasa. Kita akan melalui lebuhraya yang sama seperti PLUS tetapi jangan terperanjat jika ada kenderaan yang memotong mengikut lorong kecemasan. Sebelum sampai ke bandung kami singgah sebentar di R&R. Anda dinasihatkan jangan minum air sembarangan disini kerana bukannya airnya kotor tapi mungkin kandungan airnya tak sesuai dengan badan kita lagi. Kak Sue tak bohong tapi kalau nak mencuba minum tak dilarang. Digalakkan minum air mineral yang dibeli.

Tanya-tanya harga di Mangga2 Jakarta

Suasana perjalanan adalah menarik dengan dikelilingi bukit bukau. Kak Sue tak nampak sangat sawah padi yang luas seperti di Kedah dan Perlis. Ada, tapi tak seluas yang disangkakan. Mungkin bukan disini ladangnya.Kalau kita perihatin dengan keadaan sekeliling kita boleh lihat rumah-rumah penduduk tidak menggunakan atap zink untuk rumah mereka berbanding keadaan rumah kampung di Malaysia. Majoriti menggunakan atap genting yang berwarna coklat cerah. Mungkin kos untuk atap genting lebih murah kerana bahan galian yang mudah diperolehi. Rasanya ramai penduduk luar bandar mempunyai rumah yang sempurna berbanding dikawasan luar bandar. Walaupun tidak besar tapi lebih sempurna berbanding di Kota Jakarta yang mana jurang antara rumah orang kaya dan miskin memang berbeza. Kalau kita nak cari rumah setinggan kotak seperti kita lihat dalam filem-filem indonesia dulu-dulu memang tak nampak kerana pihak pemerintah telah menempatkan semula mereka dikawasan lain untuk tujuan pembangunan. Tapi suasana padat dengan rumah kecil yang rapat memang boleh dilihat. Kalau nak lihat juga rumah kotak, suami Kak Sue cakap pergi ke India memang jurang lebih menonjol.