Kak Sue ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan kenalan yang menyambutnya. Cuti selama beberapa hari ini penuh dengan aktiviti perniagaan yang semakin berkembang. Bulan ini dapat ang pow lebih sedikit, sudah semestinya hasil dari usaha yang berterusan.
Selamat Tahun Baru Cina
Kak Sue sampai tak menang tangan untuk melayan dan membuat temujanji dengan pembeli dan bakal business partner. Maklumlah Kak Sue bukannya sepenuh masa tapi secara sambilan menjalankan perniagaan. Memang seronok dengan peluang yang terbuka luas bagi mereka yang optimistik. Kak Sue akan kekalkan rentak dan fokus. Setiap tindakan akan menghasilkan keputusan. Tanpa tindakan tiada apa-apa yang datang. Tanya pada diri kita adakah kita bertindak atau hanya menunggu kejayaan datang dari orang lain.
Kepada rakan-rakan yang akan bercuti, selamat bercuti. Memandulah dengan berhati-hati. Sekali lagi Kak Sue ucapkan Selamat Tahun Baru Cina semoga tercapai objektif yang diusahakan. Amin...
No comments:
Post a Comment