Monday, February 25, 2013

Kita boleh lakukan walaupun kita rasa mustahil pada awalnya

Assalammualaikum pada semua yang membaca. Dah lama juga Kak Sue tak update blog ni. Seperti biasa Kak Sue sibuk betul dengan aktiviti harian. Mesti ada tertanya-tanya Kak Sue ni aktif ker lagi sebenarnya Kak Sue bertambah aktif dan lebih sibuk dari sebelumnya. Bulan January dan February Kak Sue banyak berjumpa dengan pelanggan yang minat. Dari orang biasa hingga kepada ahli perniagaan. InsyaAllah kalau diizinkan tuhan dan pintu rezeki terbuka, sasaran untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perniaggan sambilan boleh tercapai. Alasan tidak ada masa dan banyak halangan untuk berjaya tidak boleh dipakai. Kak Sue yang bekerja dari pagi sehingga lewat petang masih mampu untuk menyambung aktiviti sambilan sehingga lewat malam. Nak cakap mudah tak mudah tapi tekad untuk berjaya perlu ada. Bukan selamanya Kak Sue akan bekerja kuat seperti begini tapi pengorbanan ini rasanya berbaloi. Kak Sue sasarkan dalam 2 tahun jika usaha sebegini, insyaAllah akan datang Kak Sue tak perlu bersusah payah. Macam pepatah "Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian".

Pada hari Sabtu lepas 23/02/2014 Kak Sue telah diberi peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan perniagaan bagaimana Kak Sue mampu menjual produk Bio Velocity yang diluar jangkaan. Dalam masa 2 minggu saja Kak Sue dan Azlina Mazwin mampu menjual lebih 50 set yang nilainya lebih kurang RM 60k. Bukan mudah tapi Kak Sue mampu lakukan dengan Azlina Mazwin. Usaha ini perlu pengorbanan bukan saja dari segi masa malah keluarga. Terima kasih pada keluarga yang sentiasa memahami dan menyokong.




Kak Sue sedang membuat pembentangan mengenai pengalaman dan tips kepada rakan-rakan perniagaan

Azlina Mawin juga berkongsi maklumat mengenai produk Bio Velocity

Sebahagian dari pelanggan yang  Kak Sue jumpa

Semakin ramai lagi yang  Kak Sue jumpa dan ada lagi yang masih menuggu temujanji

Alhamdullilah berkat usaha Kak Sue dah capai sasaran awal untuk mendapat pendapatan 5 angka. Macam Kak Sue selalau katakan bukan senang nak senang dan bukan mustahil nak senang. Pucuk pangkal adalah kemahuan. Buangkan sikap malu dan banyak alasan jika kita nak berjaya. Kejayaan tidak datang dengan doa saja tanpa usaha. Lagi cepat dilakukan lagi cepat hasilnya. Kak Sue tahu apa yang sebahagian pembaca fikirkan dan tak perlu Kak Sue huraikan kerana Kak Sue juga berfikiran sama dahulu tetapi tidak lagi sekarang macam pepatah tak kenal maka tak cinta dah kenal kita akan seronak nak lagi. Apa yang kita lakukan hari ini mungkin mengubah masa akan datang. InsyaAllah

1 comment: